Ini pun jadilah..

Cuti dah tinggal separuh, saya ingatkan kami takkan ke mana-mana lagi lepas balik dari kampung. Dalam hati dah mula rasa redha sejak beberapa hari yang lalu. Tapi, siapa sangka, dalam perjalanan kami balik ke mari semalam,  tetiba kami melencong ke Cameron Highlands.
Percutian tak dirancang sungguh, buat keputusan nak singgah di CH semasa kami hampir ke Daerah Gua Musang. Semasa kami sampai pada petang Ahad tu, cuaca sejuk betul. Kesian pulak pada anak-anak sebab tak bawa baju tebal, mana tahu nak ke sini. Kebetulan Papa N ada bawa sehelai baju panas, maka Naim pakailah baju panas yang lusuh ni sepanjang kami di sana.
Percutian budget kali ni nampaknya berjaya menggembirakan semua. Walaupun jangka masa singkat, namun rasanya berbaloi kami singgah kali ni. Naim dan Nazif nampaknya seronok dan tak buat hal sangat sepanjang kami jalan-jalan sekitar CH.
Nak memuaskan hati  Abang Naim, dua kali kami ke ladang strawberi. Banyak permainan kan ada kat situ, dia seronoklah bila dibawa ke situ. Lagipun, jalan kat mana-mana pun pasti ada permainan kanak-kanak yang dijual. Dapat barang yang dia nak, tunjuk muka seronok sajalah abang ni. 

Papa N pun sama. Katanya misi jalan-jalan cari makan tercapai sebab benda yang dia nak makan semua dapat makan kali ni. Siap kami pergi cari kedai untuk makan selada air masak belacan dan sup selada air lagi. Layankan jelah, dapat suami yang suka makan semua jenis sayur ni, fahamkan ajelah seleranya. 
Makan salad dan ladang teh tempat wajib pergi. Kononnya kalau tak ke dua tempat ni, tak sah datang CH ni. Iyakan sahajalah. Alang-alang dah datang CH ni, jomlah singgah. Mujur masa panjat tangga ke Ladang Boh tu, Naim nak naik sendiri. Nazif jelah yang kena Papa N dukung, selamat tenaga mama..haaa.. kalau tidak maunya kena berhenti sebab letih beberapa kali sebelum sampai ke atas tu. 

Alhamdulillah cuaca pagi hingga tengah hari tadi tak sejuk seperti semasa kami sampai pada petang Ahad tu. Taklah rasa bersalah sebab pakaikan baju biasa je kepada dua Ahmad ni. Apa yang ada sajalah kami pakai. Ala, korangkan suka cuaca sejuk macam ni? Oklah kan ? Bila ditanya Naim suka tak datang sini, jawapan Naim ialah 'suka, nanti kita datang lagi k'.

 Amboi, kalau gitu jawapannya, kira oklah percutian pendek ni. Ada rezeki lain kita jalan lagi ..

Comments

  1. percutian yg dijangka ni kdg2 best jugakkan, yg penting semua org suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak..kalau yang dirancang lama2 pun selalunya tak jadi sebab macam2 hal...jadi ini oun bolehla...ada juga jalan masa cuti kali ni.. jimat

      Delete
  2. Janji anak happy..kn..
    knor bercuti, mcm blum bercuti rasanya...jln di kl je..dkt2 rmh.
    mood nk cuti blum lg rasanya..tgu result anak2.

    ReplyDelete
  3. selada?daraknya saya...tak pnh mkn..hihi..nnt nak tryla.tak bli aiskrim malaysia stoberi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Water crest .... haaa...ais krim stawberi tak pun... pegi kejap je...

      Delete
  4. sama2 ke CH hari ahad, mungkin kita berselisih jer kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah..saya baca entry akak juga. Sy sampai pu dh kul 5, mmg selisih je kita aritu.m

      Delete
  5. lamanya nak tak naik CH,,setiap kali ada kawan2 bercuti ke CH..acik suka tengok gambar yang dikongsikan

    ReplyDelete
  6. tpt sejuk dlm negara kita cuma CH wpun dah x sejuk mcm dulu2
    'selada' tu apa?

    ReplyDelete
  7. Kadang-kadang yang tak dirancang tulah yang jadi memori. So ni dah balik rumah semulalah ya. Tak kisahlahkan, janji dapat juga pergi bercuti.

    ReplyDelete
  8. Nak g Cameron gak ;) kami ke Johor Mkn Kenduri dahulu hujung minggu ni sekaligus merangkap percutian keluarga

    ReplyDelete
  9. Tak jem ke cikgu? Kami naik sekali tu, terus rs seram nak naik lagi. Tataulah in future mcm ne sbb best gak jln2 CH tu. Geram tgk sayur2 segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok alhamdulillah masa kami pergi tu jalan tak jem. Kat kawasan kea farm biasalah kan... tu jelah kot rasanya yg agak sesak.. perjalanan pegi dan balik pun ok..

      Delete
  10. cameron mmg best..sejuk2 pastu seronok borong buah n sayur fresh2..byk juga sayur yg jarang kita jumpa kt tmpt kita ada dijual murah kt sini kan..

    percutian tak dirancang mmg best..anak2 suka,mama papa pun happy..:)

    ReplyDelete
  11. Aisy.. makan kat mana??? Saya takde port makan kalau ke sana, main redah je... teringin nak rasa salad tu!!!

    ReplyDelete
  12. wah..best..dulu masa honeymoon,IbuNoey pergi CH gak..pengalaman terindah..nak pergi lagi tapi ntah bila la..hehe..risau dengan jalan yng berliku2 tu..

    ReplyDelete
  13. Hari tu mssa on the way ke Penang...tengok je signboard ke CH ni...rupanya dia yg sampai dulu. .hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. eleh Okje dah merantau banyak tempat tu oklah... kami ni pergi kejap je..

      Delete
  14. alhamdulillah
    dapat juga luangkan sekejap kan

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?