Anak bertuah
Kalau bab makan....
Nak makan kena baca doa dulu. Tak kira di rumah atau di tempat awam, masa baca doa dia baca doa tu kuat-kuat.
Mama senyum kambing je masa dia baca doa buka puasa..berkali kena tegur pun dia masih nak baca doa buka puasa juga.. tapi kalau kita bacakan doa makan, tahu je dia ikut.
Makan mesti nampak bersungguh. Ini pastilah makanan yang dia suka. Kalau tak, pegang pun tidak.
Kalau dia angin baik, masa makan tu adik akan dapatlah sikit habuannya.
Kalau jumpa kopiah atau songkok, terus dia label diri dia USTAZ..
Dah bosan, adiklah jadi mangsa pakai kopiah ni..
Nak dapatkan apa yang dia nak, pelbagai helah dia buat. Duduk kat atas lantai macam ni dah biasa. Mujur kebelakangan ni dia boleh terima kalau diberi alasan, nanti papa kerja kuat dan cari duit untuk beli kereta mainan Naim.. tak sangka dia dah mula faham hubung kait antara kerja + duit + pembelian.
Ada masanya bolehla pujuk dia daripada beli je apa benda yang dia berkenan.
Kalau tak, sebelum ni selalu dia membebel, "papa ni asyik kerja je".
Masa dia tak nak diganggu, suka masuk dalam bakul dan diam-diam tengok ipad seorang diri. Masa ni adik pun tak dilayan. Biasanya ni situasi lepas kena marah sebab dia usik adik.
Anak bertuah mama ni, lagi beberapa minggu dah nak mula masuk sekolah tadika dah. Alahai, macam manalah ye.. mak kita dulu pun agaknya penuh harapan setiap kali anak anak masuk ke fasa baru. Doa mengiringi ...
Naim baya Aydin kan cikgu? Nxt yr, 4 tahun?
ReplyDeleteBetul..
DeleteHero bongsu acik dulu pun masuk sekolah umur 4 tahun.bukan acik nak hantar.tapi dia yang nak sangat sebab masa tu sekolah tadika belakanG rumah je
ReplyDeleteBudak bertuah dah nak masuk sekolah yer… mama tak perlu risau… Insya Allah, Naim boleh sesuaikan diri :)
ReplyDeleteRasa2nya tentu Naim mudah utk sesuaikan diri kat Tadika sbb dah biasa kena tinggal Mama gi work sebelum ni.
ReplyDeletecerdik dia ni..
ReplyDeletebudak cerdik dan bertuah memang mcm tu kan naim..naim dah 4 tahun nak sekolah ye, adam tahun dpn pun nk bg sekolah juga..taktau la mcm mana tu, mamanya ni risau je kejenye takut anak tak pandai berdikari..dah jadi mak ni mcm2 yg difikir ye,taktau la mcm mana arwah mak akak dulu jg kami 9 org adik beradik
ReplyDeleteNaim dah besar dah....sebenarnya besar dpd adik je....realitinya masih bebudak yg perlukan perhatian...Hari tu Okje ada nampak sorang budak tu baring atas lantai kat JJ ...kalau tak silap dan dan teringat awak AN...hehe....Budak budak mmg cenggitu ....mana mana emak mmg dah tak hairan dah...
ReplyDeleteanak2 kita juga tu hehehe.. doakan yg terbaik utk mereka ye
ReplyDeletehehehe..comel jer duduk dalam bakul tu.....karenah mereka mnghiburkan...
ReplyDeletemuka naim dah mcm 6 tahun dah..ok..jgn risau..hehe...nnt nk tgk zahin dan naim masuk sekolah pula cane..dulu ngan k.ma duk bincang pasal anak2
ReplyDeleteNaim dah nak masuk tadika ya?? cepatnya masa berlalu...haha..ustaz tunjuk peace yo!
ReplyDeletecantik benar port dia tu,dalam bakul..hehe..
ReplyDeletewah,dah nak masuk tadika dah..keterujaan mak mesti sama dengan anak kan..
dh makin cerdik anak2 akak.. bagus la gunakan pendekatan baru nk fahamkan satu2 benda tu. hehe.
ReplyDeleteanak bertuah penghibur hati..makin besarmakin byk akalnya..kerenah dan perangai pun makin berubah..yg penting naim tetap comel smp bila2
ReplyDeleteAksi macam ni tak akan berulang lagi, AN. Enjoy ajelah selagi mampu walaupun kadang-kala sakit jiwa raga dibuatnya. Masa si Abang 'grad' dari SR, saya menitis air mata, mengalahkan tengok anak dapat ijazah universiti. Sedih tau, bila tengok anak berjalan atas pentas. Masa tu terasa macam alahai, dah besar dah anak aku....mana mungkin dapat peluk cium macam dulu2 lagi...
ReplyDeletein shaa Allah.mudah mudahan dipermudahkan
ReplyDelete