Mulakan dengan bismillah
Nampaknya tahun 2013 tinggal beberapa jam lagi. Kita di bumi Malaysia ni dah tak lama nak masuk waktu Asar pun. Bersyukur kita dapat teruskan kehidupan dengan insan-insan yang kita sayangi.
Saya hari ni berada di sekolah untuk sesi orientasi pelajar tingkatan satu. Hari ni kerja bahagian sambutan, jadi merempitlah saya dari rumah pagi tadi. Mujur sampai ke sekolah pada pukul 7.25 masih awal lagi untuk bersedia.
Setiap tahun pun, di majlis macam ni, saya selalu tersentuh melihat kerjasama dan penglibatan ibu bapa. Cukup ramai ibu bapa yang meluangkan masa untuk menghantar anak mereka ke hari pertama di. sekolah. Ada yang datang tu dengan bawa bersama anak yang masih bayi. Ada pula yang kelihatannya cukup prihatin, pelbagai persoalan ditanyakan sampai guru tingkatan pun pening nak menjawab. Apa-apapun, semua ni tak lain tak bukan, menunjukkan para ibu bapa memang prihatin dengan pendidikan anak-anak mereka.
Kehadiran ibu bapa melebihi jangkaan. Para pengawas kena letakkan lebih kerusi untuk para ibu bapa duduk.
Antara ibu bapa yang hadir tu, salah seorangnya menegur saya tadi.
" Cikgu, duduk BSP kan?"
" Ya," jawab saya.
" Cikgu tak kenal? Kita sama kumpulan yasin".
Barulah terjawab persoalan. Saya ni jenis kalau orang yang saya jumpa kadang-kadang saja, mulalah memikir kat mana pernah jumpa. Rupanya anak puan ni masuk tingkatan 1 tahun ni. Masuk ke kelas yang saya ajar pulak tu, kebetulan.
Ingat cikgu tak takut ke kalau mengajar anak jiran atau kenalan?
Bukan pelajar je takut kalau cikgu kenal mak ayah diorang, cikgu pun sama tau. Orang yang kita kenal ni, mungkin lagi banyak komennya daripada ibu bapa lain.
Haha...tak apa. Saya ambil dari segi positif. Kalau anak puan ni baik, bolehla tambah topik perbualan kalau jumpa lagi nanti. Kalau anak puan ni nakal, lagi bagus, boleh saya laporkan terus kepada maknya pasal kelakuan dia kat sekolah. Pastinya, semua murid akan dapat layanan yang sama, tiada pilih kasih.
Bismillah.... semoga tahun 2014 ni bakal jadi tahun yang menggembirakan, membawa rahmat dan kesihatan yang baik kepada kita semua.
selamat tahun baru jugak.
ReplyDeleteTugas cikgu dh bermula seminggu lbih awal kn..mulia kerja cikgu ni..jihad ni..klu jujur dn ikhlas byk sungguh kumpul pahala..
ReplyDeleteknor kalau ank nk masuk darjah 1 ye knor tmn, hntr n balik je..setel apa yg patut dulu, klu tingktan 1..tk pula nk teman2...dh besar dh tu...sendiri je..
Insya Allah kak.. saya cuba yg terbaik utk tahun baru ni
Deletehihi..jumpa jugok..jauh tu anta usj..sblm ni dah ada ke bdk bsp?ckgu2 bsp taulah ramai
ReplyDeleteMmg ada budak kawasan ni di sek kita.. tp yg tu semua tak kenal parents diorang..
Deletebagus bila ibu bapa perihatin ttg anak,cuma jgn cerewet sudah.. :)
ReplyDeleteSetuju..
DeleteSelamat thn baru , kdg2 tu mmg kite tak pasan Wlaupun 1 tmn sbb blk keje terus balik umah je ;)
ReplyDeleteRasanya anak puan tu pun lebih behave bila tahu cikgu yg mengajar tu duduk di taman yg sama… hihihi
ReplyDeletehari pertama sekolah mmg cukup meriah..parents teruja dan mmg pentingkan pendidikan anak2...cikgu2 pun naik semangat.:)
ReplyDeletebetul tu,kena amik dr sudut positif..kenal atau tidak,bahagi kasih syg sama rata..tugas guru tu penting..menyelamatkan seluruh generasi..
slmt kembali bertugas cikgu...
ReplyDeleteselamat bertugas dan semoga segala nya dipermudahkan.aamiin
ReplyDeleteSelamat kembali bertugas Cikgu Aisy.... :)
ReplyDeletetak sangka boleh kenal akak pula.. lpas ni makin ramai kenalan la. nina pun kdang2 org tegur tp xpernah tau kt mana yg jumpa. hehe
ReplyDeletedulu-dulu teringin nak jadi cikgu tp xde rzeki...keje la kat sini hehehe
ReplyDeleteCantik dan besar sekolah awak yeh AN...mesti bersemangat nak gi sekolahkan..... yelah sekolah baru mcm best je hehe
ReplyDeleteBetul apa yg awak cakap AN...kalau mengajar anak kpd mak bapak yg menjadi jiran kita lagi seriau...kalau Okje pun gitu gak tu!
Sama la! Saya pun x cam sgt org. Kadang blur je tgk org... sapa nih?
ReplyDeleteSemoga AN diberikan kesihatan yang baik untuk mengajar anak-anak bangsa dan mendidik mereka, ya. Jadi guru bukannya mudah tapi dah namanya pekerjaan, kenalah dilakukan dengan ikhlas. Tabik dekat cikgu-cikgu ni sebenarnya, kalau saya pun belum tentu boleh. Ni pun sibuk nak mencari guru kelas anak sebab masalah kecil aje pun, time table tak dapat salin dengan betul. Mommy tak faham Mandarin pulak. Makanya kena kejar cikgu kelas sampai dapat hari ni. Boleh ya gitu!
ReplyDelete