Air, angin dan Nazif

Ai semua.. dah mandi dan cuci baju?
Haa.. sengaja tanya soalan yang boleh buat ramai orang Selangor hangin badan ye. Alhamdulillah kawasan rumah kami tak tersenarai dalam kawasan yang bermasalah air. Semoga yang terlibat tu dah buat persediaan.

Panik betul malam semalam. Nazif tiba-tiba terjaga dari tidur walaupun sebelum tu dia tidur lena je. Ingatkan dia nak menyusu, jadi saya cuba nak susukan dia. Tak pulak. Makin kuat suaranya Nazif ni menangis. Cuba dukung dia. Tak nak juga. Makin kuat lagi dia meraung. Alahaai..saya cepat bacakan ayat ayat kursi dan cuba tenangkan dia. Pun tak jalan juga.

Papa N cuba nak pujuk. Tak nak dia. Makin bertambah kuat lontaran suara Nazif ni. Jadi, dah 15 minit dia macam tu, kami buat keputusan bawa di ke klinik. Sebelum keluar tu saya dah sapu minyak panas ke perut dan kaki Nazif. Agaknya sebab kurang sikit rasa tak sedap perut masa sampai dia klinik tu, Nazif mula berhenti menangis.

Doktor pun kata perutnya ada angin. Dapatlah dua jenis ubat. Mujur budak kecil ni suka makan ubat. Tak ada masalah makan ubat dan terus lena tak lama lepas balik ke rumah.

Kenapa boleh angin ye? Saya dah sapu minyak ke perutnya banyak kali sebab pagi semalam lagi saya perasan perutnya kembung. Dia tak nak makan pulak tu, padahal biasanya di kecil ni memang kaki makan. Mulalah rasa bersalah maknya makan pucuk ubi kayu. Tapi sebelum ni pun ada juga saya makan. Entahlah, lega alhamdulillah tak berlarutan keadaannya.

.....................................................
Pasal air ni, semalam dalam perjalanan ke klinik saya perhatian dobi layan diri yang ada di sepanjang jalan ke Seksyen 27 Shah Alam memang ramai orang, walaupun waktu tu dah pukul 3 pagi. Semua bersedia untuk menghadapi masalah air nampaknya. Baguslah. Ok juga dobi ada banyak di kawasan kediaman kita kan? Memudahkan kalau jadi macam ni.

Lepas balik dari klinik, Nazif dipaksa minum susu botol..bimbang kalau dia kembung sebab maknya makan benda sejuk.. minta maaf nak.. mama tak ingat.

Comments

  1. kesian naziff..kalau masih menyusu badan.. mak nya kena lbh berhati hati...cian anak..huhu...walau tak tersenarai dlm list xder air...akak ttp simpan air...risau juga kalau ter xder air..ehe

    p/s..bekas air mia tuu...rega RM2 je... ehe..hahaha..cam tak caya je...

    ReplyDelete
  2. alahai sian nazif...gitu le ade anak boboy ni kan..kene hati2 kalotak mmg selalu kembong....mujur dayyan jarang kene tapi mase baby dulu selalu gak kene mmg beringat lieya...serik tgk die nangis sakit tu.....mmg tak lupe lepas mandi sapu minyak kat betis, perut belakang badan....tuam telo pun selalu buat...org kate baik mencegah kan....

    nazif sihat2 selalu yeak sayang....

    ReplyDelete
  3. rasa malas nak balik S.alam.eh,s.alam tersenarai juga ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kawasan tertentu di shah alam yg masuk list tak ada air ni.. umah zilla tak sue pulok

      Delete
  4. kesiannya naziff..mmg ada bby yg xblh kalau mak dia xmkn yg sejuk2 ke angin ke,nnti anak sakit. Tp alhamdulillah,anak sy ok je sy telan apa pun..

    ReplyDelete
  5. Adoi...mcm ne ley kembung tu ya? Nak kate kembung sbb cikgu makan benda sejuk n berangin, Nazif dah bsr kan? Efek jugak eh? Sy mmg tatau sbb Aydin tak nah kena kembung perut....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah kan..saya dah lama makan pucuk ubi atau beberapa lain yg sejuk sejak nazif dah lebih setahun .xda dia kembung pun sblm ni.. semalam entah apa lah.. nak jadi kot..

      Delete
  6. Angin dlm Bdn , adib pun kdg2 jadi , bila dia minum susu je byk
    Mkn kurang selalu dia ngadu sakit perut , air tak de mmg susah ckit

    Psst blk dr Jb byk Baju nk di basuh ;)

    ReplyDelete
  7. alahaaiiiiii siannya nazif. mg hari ni semuanya baik2 jer

    ReplyDelete
  8. kawasan akak blum ada lagi .. masih ok.. harapnyer idakler kenakan..
    anak2 cuti sekolahkan.. macam2 kerrenah kalau takder air..
    alahai kesiannyer dia... budak kalau takder masalah idakler menangiskan...

    ReplyDelete
  9. hehehe semua unsur2 alam yg perlu ada dlm kehidupan kita, xde letrik leh bertahan lagi, xde air mmh haru birulah kan !

    ReplyDelete
  10. tempat knor setakat ni,rasanya tak kena kut..tapi persediaan sudah..

    ReplyDelete
  11. masa nak jadi kan..akak pun main bedal je nak makan apa,walapon adelya tu kecik lg.

    kat kawasan rumah akak ni mmg terlibat tp setakat ni air paip masih ada mungkin air dr tangki masih banyak,risau juga sbb kalu takde air taska akan tutup

    ReplyDelete
  12. Rasanya budak lelaki mmg senang kembung....teringat masa si SA kecik...dia demam punyalah mak pak bukakkan baju sebab nak kurangkan sejuk.... tapi lain pulak jadinya.... kembung pulak dah...hehe
    Tulah kalau anak menyusu mmg kena jaga makan sikitlah mamanya

    ReplyDelete
  13. pucuk ubi memang angin kan..tapi kadang ada budak yang tak alah..lepas ni,kena elak makan pucuk ubi la..hehe..

    ReplyDelete
  14. alahai kesian nazif..org kata pemakanan ibu menyusu ni mmg berkait rapat dengan anak.ye la kan apa yg kita makan pun jadi makanan anak.so far Alhamdulillah afia tak pernah kena kembung..sy makan pun main belasah je.hehe

    ReplyDelete
  15. Alahai kesiannya Nazif. Nasib baik tak berpanjangan. Maknya alpa sekejap, mungkin dok risau pasal air kot ... Saya memang dah fobia kalau tengok air paip mengecil. Memang rasa macam kecik aje dunia bila dilanda masalah air nih...tak sanggup betul apalagi kalau ada anak-anak kecil di rumah.

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1