Cendol lagi
Di samping menunaikan hasrat hati nak makan cendol, kami pergilah makan cendol di Dengkil, sambil melawat tapak. Kononnya nak buka kedai kecil jual cendol kan? Walaupun tak jadi nak buka bisnes cendol, pergi makan pun cukuplah..
Kali pertama mencuba Cendol Durian Borhan.
Menu yang dipesan, cendol durian jagung, cendol durian pulut, laksa dan cucur udang. Yang lain tak sempat nak ambil gambarnya, faham-faham sahajalah keadaannya bila makan dengan anak-anak.
Tengok model ni makan sambil menikmati cendol dan cucur udang.. kemain comot. Dah masuk fasa semua pun Nazif nak makan sendiri. Suap tu, kena guna tangan sendiri. Tak kisahlah yang masuk mulut sikit atau banyak. Si comel ni nampaknya sikit mengurus disebabkan ni..tak adalah nak kena cubit lagi kalau berterusan macam ni..
Sebelum balik pun saya dah terfikir, Idea nak berbisnes cendol ni tak sesuai. Nak kena sabar banyak. Kalau ada sepuluh pelanggan yang datang makan bawa anak aktif macam ni..adoi..penat.. Nazif semalam, separuh mangkuk tumpah di meja agaknya. Nak makan sendiri punya pasal. Kotor baju dia tak payahlah kira, tapi meja dan kerusi basah dengan cendol.. meja sebelah kanan masa tu, anak lelakinya yang nampak sebaya Nazif juga menumpahkan air minum maknya. Meja sebelah kiri pula, ada keluarga yang sebelum mula makan lagi anaknya dah tumpahkan semangkuk cendol. Rasanya mengurut dada pekerja kat situ melihatkan gelagat anak anak kecil ni. Haa.. nasibla korang.budak-budak ni pelbagai karenah. Naim pula, diambilnya pensel dan diconteng meja, alahai....
Untuk cendol Borhan ni pula, komen saya, sedap. Ada pelbagai perisa macam labu, jagung, pulut dan yang biasa juga. Dah 15 tahun berbisnes cendol ni kan, pasti ada keistimewaannya. Harga cendol sini RM 3 semangkuk bagi yang ada jagung, pulut atau labu. Yang biasa lebih murah.
Tercapai hasrat nak makan cendol. Nak meniaga cendol nampaknya saya batalkan dululah..Perlu komitmen sejujurnya jawapan. Bukan saja saya nak kejar kesenangan dan kebebasan. Mana-mana kerja pun ada halangan dan dugaannya. Jadi, teruskan apa yang ada dengan hati yang terbuka, pasti itu lebih baik, kan?
uwaaaaa..nak juga cendol.... nak juga... sedapnya...adat anak makan sampai berlumuih..ehe...
ReplyDeletebiasalah ada anak2 kecik, kalu meja tak bersepah, tak sah..
ReplyDeletetak jadi nak buka kedai cendol??? alamak tak dapat cendol free la mcm ni..hehehe
ReplyDeleteakak dulu berangan nak buka kedai bunga,sbb suka sgt tengok bunga yg cantik2,pastu teringin pula nak buka kedai buku,sbb suka baca buku tp takut nak bersaing dgn MPH,kinokuniya jd biarkan la hahaha...azam tahun depan nak jadi tukang jahit la,nak cari cikgu utk belajar menjahit ni,harap2 yg ini menjadi..
lama tak pekena cendol ni...Kalau Okje suka kacang merah...kalau jagung pun mungkin boleh masuk kot.....
ReplyDeleteHaha....tak pe tunggu Nazef besar sikit le kalau masih ada nafsu nak meniaga cendol! boleh gitu?
Sedap tak cendol Borhan? Quite famous gak cendol ni, kan? Sy tak jumpa lagi cendol sedap selain kat Penang tu.
ReplyDeleteSimple pun..kena gayanya..mmg sesuai..isi2 perut..
ReplyDeletenampak sedap sgt tu !
ReplyDeleteNi Mkn Kat mana? Dia Ada francais kan merata2 Ada cendol borhan Kat cni pun Ada ;)
ReplyDeletesedapnya cendol.....
ReplyDeleteBiasalah anak2 kecilkan...akak suka tengok gelagat anak2 kecil kalau keluar..Teringat masa anak2 kecil dulu..Macam tu jugaklah gelagat dan karenah mereka....
baru berangan nak makan cendol AN bila balik nanti…. sekali dah cancel… hancuss harapan
ReplyDeletesedap cendol tu..
ReplyDeleteSaya suka juga makan cendol. Dah lama tak makan cendol :(
ReplyDeletelama xmkn cendol...sedap nih time panas2 pekena cendol..amboeh naziffff..comel sangat ..geram tgk..nak mkn sendiri ya nazif
ReplyDeletedah memang kebiasaan budak..hehe..kita sabar je la dengan karenah dorang.kadang malu gak sebab tumpah sana sini.tapi dah namanya budak.fasa perkembangan dorang macam tu.
ReplyDeletehaha.. asal budak tu pandang pelik saja. kt mana akak makan cendol? dengkil boleh tahan juga nk cari kedai
ReplyDeletecendol labu?adoi mesti sedap.tak hbo2 dengan labu.muahaha..
ReplyDeletebudak2 biasalah bab tumpah2 ni derang mmg expert..tu belum lagi bab muntah.lagi naya nak mengemop.sabo jer la dh namanya berniaga.hehe
Bisnes cendol tak payah letak kerusi meja, AN. Beli bawa balik aje. No makan-makan kat situ, hahaha. Mula kecil-kecilan dulu dah berjaya, hire aje pekerja. Takdalah kita yang pening kepala tengok aksi anak orang macam aksi anak kita makan cendol :D
ReplyDeletealhamdulillah sy baru je pekena CDB.. amik cendol durian jagung. sedap .
ReplyDeletemak saya niaga cendol tp buat berdasarkan tempahan je la. mmg penat tapi itu yg mak suka. slalu mak buat utk majlis kwin, atau majlis kenduri tahlil.