Bi, bila nak kelik?

Mesej saya kepada Kak Bi (kakak keempat yang ada di KL).

Bi, hari ni kat kg makan best...

Kurma kambing kuah kering dengan ubi kayu rebus...sedap..rugi tak balik Bi.....
Cepatla balik kg ni..
..............................

Sungguh tak matang kan?
Haa..
Tapi korang jangan gelak dulu..
Ha.. nampak makanannya biasa sahaja. Tapi kalau antara kami adik beradik, sejak kecil lagi kalau mak masak lauk macam ni, tak kiralah kuzi ke, kari ke, kurma ke, kami biasanya memang rebut makan bila dah jadi kuah kering macam ni. Memang sedap bila makan dengan nasi panas dan ulam budu.

Nak dapat kuah kering ni kena masak lamalah.. selalunya bila kuah dihangatkan pada hari kedua. Tapi yang kami makan semalam ni, baru masak sebenarnya, tetapi disebabkan semasa masak tu tak ada yang perhatikan dapur, kering kuahnya jadi macam ni terus. Jadi, memang bertambahla makan nasi semalam. Terus ambil gambar untuk saja buat akak yang tak balik dengki. Haaa..

Kitaorang ni kalau ada yang balik ke kampung, mulalah yang tak balik tu bertanya khabar apa 
makanan masa kat kampung. Benda yang biasa je selalunya tapi tambahan kasih sayang tu yang buat kami rasa sedap dan istimewa.. ubi kayu rebus dengan gula pun rasa sedap macam makan kat hotel tau...


Comments

  1. lagi2 masakan ibu, mmg mantop..

    ReplyDelete
  2. Akak pun sama..bila kelik Kg jer..tayang apa yg mak masak kat adik beradik yg tak balik..hihih..
    Ubi rebus mmng sedapkan..mkn pnas2 masa hujan ni.. ..fuhhhhhh..satu pinggan sekali ngap jer.

    ReplyDelete
  3. ubi rebus dh lama sgt tak mkn..mmg sedap la.apalagi masakan mak,mmg terbaik la..kompem kak bi jeles..:)

    ReplyDelete
  4. emmm comfrmlah sedap..

    nostalgia tu...mkn dgn kelapa..

    ReplyDelete
  5. Aduhaii.... sedap ni Aisy.
    I pun kalau balik rumah mak I, berharap2 adik beradik yg lain akan balik.
    Tp semua tu hanya akan berlaku di pagi raya je sbb memasing busy dgn family memasing kan.

    ReplyDelete
  6. itu la ada stu week tu kan I pulun masak habisan, pasai duk sms borak ngan my abang yg kat kampung masa tu setiap kali bagitau I dia makan itu la ini la. Tension tau kitew hahaha.

    ReplyDelete
  7. Hari Sabtu baru ni Okje rebus ubi jugak AN...tapi makan ngan sabal tumis je! Memang betul sungguh mengalahkan makan kat hotel hehe....Buh apa tu kat ubi tu AN jadi kuning?
    Makanan kenangan adik beradik mana boleh lupakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buh apa..rebus dgn sikit garam je.. ubi sini warna dia macam tu, Okje.. kat KL selalunya putih kan? Haa.. papa Naim makan hari tu smpai tak nak makan nasi sebab kenyang.. haa.. kemain banyak makannya

      Delete
  8. akak tengok ni pun dah terliur aisy...gulp3 telan air liur..hahaha

    ReplyDelete
  9. Masakan ibu memanglah sedap. Dah lama tak merasanya. Bukan setakat Bi aje, yang membaca ni pun terliur sama. Ubi kayu ni kalau kat KL kena beli, kalau kat kampung main cabut-cabut aje...Seronok ya balik kampung dapat hirup suasana kampung, makan masakan mak. Hai, macam-macam boleh buat!

    ReplyDelete
  10. Fuhhh, ubi kayu rebus tu yang tak menahan :D

    ReplyDelete
  11. ubi rebus dulu kecik2 arwah mak suka buat..cicah dengan kelapa parut muda..sedap

    ReplyDelete
  12. Ngidam ubi rebus lama dah. Huhuhu. Pasar borong jual ubi x elok

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?