Rombongan Cikgu Rok : masuk dusun
Kami balik ke Tapah minggu ni. Ada kenduri sikit tengah hari tadi. Lepas kenduri tu, Cikgu Rok ajak kami pergi ke dusun buah-buahan milik dua orang abang Cikgu Rok di Behrang.
Saya tak lepaskan peluang. Ikut aja. Bila lagi nak merasa masuk dusun, kan? Jadi, maka pergilah kami 7 beranak termasuk Naim dan Nazif mengikuti rombongan Cikgu Rok ni.
Rugi siapa yang tak ikut tadi..tengoklah buah ni.. isi segar dan besar...
Sampai sahaja ke dusun berkeluasan 6 ekar ni, mata dijamukan dengan pemandangan dusun yang bersih dan pokok-pokok pulasan sedang mekar dengan buahnya yang penuh. Tak terkata gembiranya melihat betapa banyaknya buah pulasan yang sedang memerah di berpuluh-puluh pokok yang ada. Bak kata Mak Ndaq, "boleh duduk je bawah pokok dan tadah je mulut untuk makan buah yang banyak ni."
Tanpa buang masa, kami terus turun dari kereta dan serbu pokok-pokok pulasan ni.
Bukan saya je, saya jeling tengok Cikgu Rok, Mak Ndaq dan MIL pun macam kegirangan sangat.
Pokoknya jarak dekat-dekat.
Kami jalan satu pokok makan sebiji. Jalan lagi ke pokok lain, makan sebiji. Jalan lagi, makan lagi sebiji buah pulasan... ooo.. nikmatnya.
Macam dalam filem Hindi pun ada. Bila makan buah yang sedap, selak antara daun yang ada, sebabnya nak bagitahu kat pokok tu buahnya rasa sedap.. haha, itu Cikgu Rok punya perangai ye.. haa.. sporting habis mak su aiii..
Memang seronok betul pergi ke ke kebun ni. Tengok sekeliling pokok penuh buah..korang tengok gaya dan senyuman Cikgu Rok pun korang mesti dah tahu betapa seronoknya kami tadi ...
Rupanya kebun ni luas lagi. Ada pokok rambutan, durian dan juga pokok lain.
Dua Ahmad ni pun cukup seronok nampaknya. Naim dan Nazif seronok sangat jalan ke sana sini. Nazif pilih sendiri lagi buah yang dia nak. Apa taknya, buah lebat sampai ke tanah...Dusun ni dijaga rapi oleh pekerjanya, tengoklah rumput pun pendek je. Bersih pulak tu. Sambil mengutip buah-buah pulasan ni, banyak kali Naim jeritkan, " wah, banyaknya".... sempat juga dia meniru dialog Mail, " dua seringit, dua seringit mama...Naim jual"... haaaa.... macam-macam..Pengalaman yang jarang diperolehi ni.
wah bestnya.. nina suka rambutan kuning tu
ReplyDeletepengalaman yg best buat naim dan nazif..makan buah pun dah best sangat inikan pula dpt rasa buah fresh hasil petik sendiri..
ReplyDeleteWah tak tahan tak pic Pokok pulasan . Terliur sudah ;)
ReplyDeletewah sonoknya.... mesti byk hasil dr dusun yg dibawa blk ni.
ReplyDeletepulasan,durian..amboii,sedapnya...
ReplyDeleteAduhai, seronoknya dapat makan pelbagai buah-buahan main petik dengan jari aje. Untung kalau ada dusun ni,ya. Ini nak makan satu-satu jenis buah, berkejaranlah mencari gerai menjual buah.
ReplyDeleteseronoknya...dapat masuk dusun, mcm2 buah ada nih.. mesti seronok naim, berapa dpt hasil jualan hari tu? hehehe
ReplyDeleteOKje lebih suka pulasan berbanding rambutan... tapi makn pun tak seberapa jugak hehe....sebab malas nak kopek hehe...mmg buruk perangaikan....
ReplyDeleteNazif ngan Naim apa lagi seronok le tu...sebab luaskan...puas le mereka berlari!
Ya Allah pulasan. my peberet. nasin baik baru je lps mkan
ReplyDelete