Sayur campur kunyahan petang kami

Saya perasan gas memasak habis lepas siap masak makanan tengah hari. Legalah kan sebab sekurang-kurangnya sempat masak gulai telur itik, sayur campur dan ayam goreng. Kalau tidak, pasti meronta juga tadi.

Dengan dua anak kecil ni, saya fikir untuk tunggu papa diorang balik petang ni baru tukar gasnya. Kenyang makan, pujuk anak-anak tidur dulu.

Lepas makan, bergaduh dan tidur akhirnya semua bangun. Bangun tidur, hujan pulak tu pasti semua lapar. Barulah rasa kesan tak ada gas ni. Mula-mula saya bagi diorang ni makan roti dan biskut yang ada. Nampak kelaparan lagi anak-anak saya ni. Roti diorang makan sikit, tak sedap kata si Naim ni. Amboi, memilih pulak. Mana boleh jadi ni. Lagi-lagi Nazif yang selalunya lain macam bila dalam kelaparan.

Tinjau makanan tengah hari tadi ada lagi sayur campur dan ayam goreng. Maka, saya panggil dua beradik ni, tunjukkan sayur campur ni,  berebut diorang makan sayur campur yang sejuk ni. Mujur jenis penggemar makan sayur. Barulah boleh main dengan tenang lepas tu. Lega hari mama.

Sayur campur sebagai penyelamat. Masa singgah ke pasar malam Brincang dan Kea Farm hari tu saya sempat beli sikit sayur, jadi menu kami banyak sayurlah ni. Nak habiskan stok yang ada.

Mujur juga anak-anak tak protes masa makan sayur tadi. 

........
Selingan : Geram tak kalau orang kirim sesuatu barang dengan korang, kemudian buat tak tahu pulak. Dahla barang tu korang dah beli dengan dahulukan duit korang sendiri? Ingatan ye, untuk orang macam ni, tiada lain kali lagi untuknya. No more pesan atau kirim k...

Comments

  1. Bagus Naim dan Nazif suka ratah sayur… Nasib baik ada sayur sebagai penyelamat…
    Owh, ada jugak org mcm tu…. kira dah black list la tu yer? hihihi

    ReplyDelete
  2. mmg ada jenis cenggini.. nasib le

    ReplyDelete
  3. akak sentiasa pastikan gas dlm tong spare berisi hehe..kut2 dok masak kul 5 pg...jd kes naya pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kami ada satu tong je.. kalau jadi macam ni di masa yang penting kan susah.. mmg nak kena dapatkan lagi satu.

      Delete
  4. Aisy - soalan kpd perenggan yg terakhir tu, mmg pernah alami... nasib baik la bukan mahal sgt, klu tak mmg I lelong.

    Gas abis?. Selalu hubby sediakan 2 tong gas utk saat2 kecemasan tp klu keduanya habis, I akan masak dlm rice cooker buat sementara waktu tp resepi yg simple2 je la.



    ReplyDelete
  5. nampak sdp sayur tu..bagusnya anak2 awak..i tak de kirim apa2 kan?manalah tahu takut lupa..:)mmg geram sangat kalau macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha... dont worries my dear.. it's not u... kalau u for sure wont do that...

      Delete
  6. memang kelam kabut bila gas habis..ari tu pernah kena..adoyai..seksa nak tunggu AyahMal balik..

    ReplyDelete
  7. bagus dua beradik ni pemakan sayur..suka tgok budak makan sayur...sy masa kecik tak suka langsung makan sayur.dh tua2 ni baru belajar makan..pas pregnant afia ni je mood makan sayur makin merudum.haha..

    gas takde mmg spoil kan

    ReplyDelete
  8. Wahh.. suka makan sayur? Ada petua tak Aisy... anak² saya, sanggup puasa kalau dipaksa makan sayur...

    Manusia ni macam², kalau dah tak jujur....

    ReplyDelete
  9. bagusnya suka makan sayur...

    geram jugakan mcm tu, akak ni dah bayar harga baju tp bila tanya dah pos belum dah tak jawab, tensen nih,nak meniaga tu kena la jujur...

    ReplyDelete
  10. Hehe. ..tit bit sayur le ni kiranya....
    GERAMMM.....hehe.. okje sendiri kalau nak kirim lebih suka kirim duit....sebab rasa kuranglah jugak menyusahkan orang yg dikirim tu walaupun sebenarnya dah menyusahkan jugak tu sebab org tu kena tolong bawak!
    Paham tk ni? Mcm berbelit belit pulak ayat okje ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. fahm.. kita je fikir giru..orang lain tak pikir kot.. manusia tak serupa kan..Allah je yg tahu..kita berdoa je lah

      Delete
  11. Oh, untunglah anak-anak boleh makan sayur aje dah back to normal. Kalau saya satu family, mahu meraung-raung budak berdua tu tak cukup makan. Bab orang kirim lepas tu buat tak tahu aje, kalau saya pun memang takda 2nd chance lagilah nampaknya ...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1