Pengalaman yang tak dapat dibeli

Macam yang saya bagitahu sebelum ni, Sabtu lalu kami balik ke Tapah untuk majlis tahlil arwah Opah. Bila ramai saudara mara berkumpul bersama, macam-macam peristiwa menarik dapat dialami. Yang paling seronok dalam perjumpaan ini pastilah anak-anak di generasi ketiga  atau generasi keempat dalam  keluarga arwah Hj Zainuddin.
Mirul ( berbaju biru) bawa satu beg besar penuh dengan pelbagai jenis pistol. Sama besarnya dengan beg orang yang nak pergi berkhemah seminggu. Macam pembekal senjata pula. Jadi, ada masanya huru hara rumah bila semua anak jantan ni main tembak-tembak.


Naim seronoklah angkut mana-mana pistol yang abang-abang atau pak ciknya tak main. 

Malam ke siang sama je. Masa dah bentang toto nak tidur pun, diorang sempat lagi main kejar-kejar dan baling bantal yang ada. Sampai kena jerit dengan Opah Su baru semua nak diam. Buat muka sedih masing-masing bila dipaksa tidur.



Naim ambil peluang cuba naik motor Atuk. Best katanya..Naim ni, baru 3 tahun kaki dah nak cecah ke bawah.. agaknya lagi tiga tahun memang dah sampai nak pijak bawah..

Balik kali ni dapat ke dusun buah pulak tu..


Nampaknya mama kena beli photobook, dapat abadikan gambar kegembiraan Naim Nazif sepanjang tahun ni....Nanti dah besar boleh korang tengok semula.

Comments

  1. best tengok anak2 happy:)

    ReplyDelete
  2. Bila dah jumpa geng, seronok lah dia orng kan...
    Akak pun teringin jugak nak beli photobook tu...

    ReplyDelete
  3. Amboi semua ada snipper senapang semua ni. Main-main tembak - tembak. Hahaha

    ReplyDelete
  4. Alamak, kalau hero-hero tak cukup umur ni berkumpul, dah boleh dibayangkan bagaimana keadaannya. Asalkan mereka happy dapat berkumpul bersama, kita pun happy jugakan walaupun terasa penat. Ni macam balik untuk latihan perang aje...satu beg 'senjata api' ya...

    ReplyDelete
  5. Memang kena ada photobook atau album pun boleh juga Aisy. Kakak setiap satu anak satu album dari mula new-born sampai sekarang. Sayang kalau tak diabadikan...

    Main tembak-tambak buat anak-anak lelaki mestilah seronok.

    Adik auntie nak buah boleh? Rendangnya pokok..

    ReplyDelete
  6. Salam ain....ain sihat? wah bestnya ....naim dgn nazif, mesti seronok jumpa sepupu sepapat....amboi naim nak naik motor..kaki sampai ke tu

    ReplyDelete
  7. wah mesti gegak gempita riuhnya suasana kan...hahahah...mau tak menjerit opah su nya

    ReplyDelete
  8. Eh, comelnya dak kenit pegang buah pulasan tu. Hehehehe! Comel sgt!!!!

    Klu dah kazen seme lelaki, mane tak huru-hara rumah. Meriah je rasa, kan? Hahahaha! Skg ni, anak2 buah sy seme kck2 g. Itupun dah riuh. Tgu dah baya2 mcm dlm gambar cikgu ni. Mau tak bising atok neneknya?

    ReplyDelete
  9. mmg seronok lah dapat jumpa sepupu mcm ni, gamat rumah dibuatnya

    ReplyDelete
  10. masa kecik ni lah nak kumpul dgn sepupu sepapat..dah besar sok buat hal memasing
    bukan x nak jumpa tp semua ada tggjawab

    ReplyDelete
  11. Meriah la dengan gelagat diorang kan :D

    ReplyDelete
  12. Haha...budak budak kalau dah bercampur mmg gamat rumah jadinya hehe...,,
    OKje pun teringin nak buat photobook tu An...

    ReplyDelete
  13. siap adapembekal senjata mana la bebudak ni tak tumpang sekali main..mmg merah klu reramai cmni..bukan selalu naim nazif dpt main denan kawan2 ramai cmni..

    ckp pasal photobook sy dh beli dua tp smp skang malas nk design..gabar pun merata ceruk..hehe

    ReplyDelete
  14. salam kenal..tgh blogwalking termasuk sini pulak..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?