Lepak dengan pembaca tegar

Sebelum dua pembaca tegar blog saya ni pindah ke asrama, hari Sabtu yang lalu kami sama-sama jalan-jalan cari makan di Times Square. Mulanya nak ke Aeon AU2, tapi rasanya dekat sangat dengan rumah budak berdua ni, jadi saya pilih nak bawa budak berdua ni ke Times Square.
Saja nak meraikan Ewin dan Wel ni. Ibu ayah diorang dah bagi hadiah yang amat bagus, jadi mak cik belanja makan sahajalah ye..
Dua pembaca tegar yang menjadi silent reader di blog saya ni. Bermula dengan menulis syok sendiri, diorang ni selalu baca dan berikan respons kepada perkembangan Naim dan bila ada Nazif, kisah dua beradik ni berterusan  menjadi perhatian kedua-dua kakak sepupu ni. 
Agaknya perasaan diorang ni bila baca kisah Naim dan Nazif ni macam perasaan saya terhadap diorang masa kecil-kecil dulu. 

Masa tengah belajar dulu, kalau sekali-sekala datang ke rumah diorang ni, saya cukup gembira tengok anak buah yang comel dan bijak. Macam Wel, dia mula bercakap masa usia 4 tahun. Ibunya sebelum tu dah risau, takut dia tak boleh bercakap, tapi sebaik 
sahaja masuk ke tadika sebulan, terus dia mula petah bercakap. Cakap dalam BI pulak tu. Sebabnya di sekolah dia masa tu memang ajar dalam BI dan dialah satu-satunya Melayu dalam kelas tu. 
Rasa bangga betul masa tu. Mak ciknya ni pun teragak-agak nak cakap BI, dia cakap macam anak mat salleh pulak. Ahli keluarga kita,kan? memang rasa seronok sangat..Syukur, semoga kejayaan sentiasa mengiringi korang berdua hingga dewasa kelak.....

Tapi saya tak belanja makan besar pun. Makan biasa-biasa saja. Makanan rungan je, lagipun ibu diorang ni tengah masak nasi mandy guna rempah dari Jordan, sebelum kami keluar tu..
Masa sampai ke Times Square tu Nazif mula buat perangai mengada-ngada nak tidur. Dipujuk sikit-sikit oleh kakak ni, dia sekejap ok sekejap lagi meragam. 
Dapatlah kami jalan-jalan, berkongsi cerita, gelak bersama dan pusing-pusing di Times Square tu untuk dua jam.
Sempat Nazif tidur sementara kami jalan-jalan. Dah pilih keluar waktu tidur Nazif ni, mana boleh nak cakap apa-apa bila dia tidur, kan? Mujur tak menyelak baju mama.. Faham pulak dia ada di tempat awam.

Wajah-wajah ceria yang sempat dirakam.

Sebelum balik, belanja kakak ais krim pilihan hati.. bolehla ye.. lain kali kita keluar sama-sama lagi k...

Comments

  1. salam...

    singgah .. bestnya dapat aiskrim ye kakak...

    Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

    ReplyDelete
  2. nim nazif seronok la dpt keluar dengan kakak berdua..sesekali jumpa mmg best..tak sgka ada pembaca tegar ye.bg sokongan rajin nak menulis...ni yg best dpt lepak belanja depa makan..

    ReplyDelete
  3. sonoknye.. :D.. moga2 terus berjaya yer kakak berdua.. :D.. berjaya di dunia dan di akhirat.. ameeennn..

    ReplyDelete
  4. bestnya.makan2..jln2

    ReplyDelete
  5. singgah jengah2.....
    Bestkan kalau outing n mkn2 mcm nie....

    ReplyDelete
  6. wah ada silent readers ya.. hehe. akhirnya berjumpa jua akak dengan diorang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ai nina ni..tak bacalah tu ye.... silent readers berdua ni anak buah akak sebenarnya.. diorang suka baca apa yg akak tulis...

      Delete
  7. Sekali sekala dpt lepak2 mmg best, kan? Dlm masa yg sama ada org boleh pujuk naim

    ReplyDelete
  8. makan org belanja mmg teramat seronok dan best hehe

    ReplyDelete
  9. sweetnya ada silent reader dari fmily sndiri :-)
    au2 dh dkt dgn area saya ni. hihi

    ReplyDelete
  10. seronok jalan2..makan2..
    em lama dah x dapt berjalan macam muda-mudi dulu.
    ada anak malasnya amat

    ReplyDelete
  11. best nyer lepak lepak.... ngan anak sedara...dah besar dah...saya pon rapat ngan anak sedara cam kenkawan..ehe

    ReplyDelete
  12. Wah, untung kakak dua orang ni ada makcik yang verylah sporting. Sesekali berjalan santai dengan kakak sepupu, tentu seronok Naim dan Nazif mahupun mamanya :D

    ReplyDelete
  13. Wahhh seronoknya dpt keluar lepak2 mcm tu..mak sedara yg comel dgn anak2 dara yg comel jugak..

    ReplyDelete
  14. Mmg wajib awak belanja depa AN....memasing dah dpt result cemerlang....haiiii mmg untung le depa dpt mak sedara yg pemurah mcm org tu

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya!ada org belanja gitu.tahniah kakak2!

    ReplyDelete
  16. bestnya makcik belanja ya...hehe....ni anak kakak ain ya...bijak2 diaorang...

    ReplyDelete
  17. seronok dpt lepak2 dgn anak buah mcm tu, anak buah akak lelaki, tak mau dia jalan2 dgn mak sedaranya ni dah,melainkan kalu ajak tgk wayang, tu pun dia dah malas juga

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?