Sudah setahun berlalu
Mengambil kesempatan sementara anak-anak tengah bermain dengan pengawasan papanya, bolehlah saya update blog. Gigih saya nak siapkan entry ni kerana tarikh hijrah yang sangat bermakna kepada saya. Esok dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Rasanya cepat sangat setahun ni berlalu. Melihat Nazif yang semakin membesar ni, saya rasa seronok sangat. Saya masih teringat lagi detik yang sama macam sekarang ni pada tahun lepas saya yang tengah menonton tv, mula rasa lain macam. Pada masa tu, iaitu malam menjelang 5.8.2012, saya cuma dapat tidur sekejap sahaja sebelum mula merasa sakit bersalin. Pengalaman bersalin kali kedua ni saya pernah ceritakan di sini.
Tak sangka Allah panjangkan usia saya dan anak saya ni setahun lagi. Kini detik 16 Ramadan kembali lagi. Mulanya saya ingatkan saya akan bersalin tepat pada tarikh jangkaan, namun belum juga Nazif nak keluar pada tarikh 5.8 tu. Esoknya pula hari Nuzul Quran. Masa tu masih lagi mengharap Nazif cepat keluar, namun akhirnya Allah takdirkan Nazif terpaksa dilahirkan secara pembedahan pada tarikh 7.8.2012.
Sepanjang masa tu, saya rasa gembira walaupun menanggung kesakitan Saya gembira kerana ada ibu bapa, kakak-kakak dan ahli keluarga lain serta beberapa rakan baik yang berkali-kali bertanyakan perkembangan saya. Lima hari di wad tu akan terasa lama kalau tak ada sokongan ahli keluarga dan terutamanya suami.
Budak kecil yang hampir setahun usianya ni dah makin banyak kemahiran dia. Walaupun baru nak tumbuh gigi dan belum tahu bercakap, Nazif dah menunjukkan tanda faham apa yang diceritakan kepadanya. Kalau disuruh melambai dia akan melambai. Nazif juga dah tahu tunjukkan susu, biskut atau benda yang dia nak. Saya boleh tahu kalau Nazif nak susu, apabila dia tunjukkan botol susu atau mula selak baju mamanya ni. Yang paling seronok sekali Nazif juga dah pandai ajak mama atau papa main dengan dia, serta gelak Nazif ni sangatlah seronok didengar.
Oklah, nak tidur dulu. Harapnya malam ni sempat bangun dan dapat bersahur, tak nak lagi terbabas tidur macam semalam. Dalam hati rancang nak masak sizzling untuk bersahur nanti. Agaknya nak makan dengan nasi ke nak makan dengan yee mee?

Duduk berlama2 dlm wad mmg membosankan.
ReplyDeleteTapi bila baby dah lahir, happy bukan kepalang, terasa hilang
satu bebanan. Itulah nikmatnya melahirkan.
*rajinnya, sahur2 pun boleh masak sizzling. I pulak tgh pikir2 tak tau nak masak apa ni. Ingat mcm malas nak tido, jap lg nak masak terus.
betul betul... tengok nazif je dah lupa sakit tiga hari sebelum...
Deletetak jadi sam, kami makan mee goreng je tadi... walaupun bangun sahur, rasa malas pulak nak keluarkan hotplate, jadi ting tung flm kuali masak mee kuning je.
happy bday nazif....semoga panjang umur, dimurahkan rejeki untuk kamu sekeluarga dan semoga membesar menjadi anak yg soleh, dan cerdik.
ReplyDeleteanak saya pun masa bulan puasa.hehe
birthday wishes awal ni... thanks....insha Allah
Deletejemulah dok dlm wad.
ReplyDeletekes terpaksa, walaupun jemu terpaksa redha je kan...
DeleteHihihihi.... selain jemu, kesian juga pada yg di tinggalkan di rumah. Susah sbb tiada yg uruskan makan minum dan pakaian. Syukur yg amat dapat bersama keluarga. Risau juga ni.... mcm mana lah rasa nak bersalin kali ini. Apa pulak tanda2nya.. hihi
ReplyDeletebetul, kai pertama tinggalkan naim masa tahun lepas tu, risaunya rasa...lagi2 bulan puasa, risau papanya tak makan dgn baik..
DeleteSalam Ain..Semua pengalaman yg dikutip tu sebelum semasa dan selepas melahirkan suatu pengalaman yang cukup bermakna kan..heheh..Dah besar dah Nazif… makin comel dan makin banyak keletah
ReplyDeleteKejap je kan masa berlalu. Sy kenal awk masa awk hamil
ReplyDeleteHepy bezday Cik mat! Hehe moga jadi anak soleh ! Okje tiga tiga operate!
ReplyDeleteblm lg okje.... cik mat nazif ni blh ada adik lg lah nampaknya? tiga kali mcm okje? hihi....
Deletetgklah dulu ye......
tengah berdebar menunggu keputusan scan utk esok, takut baby songsang lg ni, mungkin akan dibedah juga kali ni, apapun akak redha janji semuanya selamat, doakan akak ye
ReplyDelete