Hari ini
Syoknya hari ni. Balik dari sekolah boleh rehat. Biasanya sebaik sampai je ke rumah, saya terus berkejar nak masak. Sambil cium dua hero saya, sambil tu juga buka tudung dan sebaik je letakkan diorang, terus saya sinsing lengan dan mula masak.
Hari ni suami saya dah beli lauk. Entah apa angin dia hari ni, tak tanya atau tak kena suruh dah siap beli lauk untuk berbuka. Katanya cuma masak nasi dan sayur je. Kena juga masak! Tapi sikit sahaja lah. Kira ok lah juga, sekali sekala dapat kurangkan kerja.
Tadi, anak buah saya bagitahu esok dia ada temuduga kerja. Dia ni baru je berhenti kerja dengan alasan tempat kerja sekarang tak gembira. Jadi, saya doakan semoga kalau dia dapat kerja baru ni nanti, dia akan gembira bekerja di sana.. Apapun kehidupan macam itulah, kan? Kita kena belajar dari kesilapan dan mencuba yang terbaik supaya kita bahagia dan selamat dunia dan akhirat.
Hari ni juga, ada peristiwa yang menyayat hati berlaku di sekolah. Salah seorang murid saya pada mulanya menyoal tentang tempoh kehamilan. Panik juga nak jawab. Risau takut apa apa yang dah berlaku. Rupanya murid ni risau dia anak angkat kepada ibu bapanya. Agak mencabar nak tenangkan hati dia tadi. Masa yang terhad, dengan jiwa yang tak tenang, saya cuma mampu berharap murid saya tu akan dapat bertenang dan cuba menerima keadaan yang ditanggungnya.

huhu.. mcm2 perkara hari ni..
ReplyDeletegud luck buat ank sedara y nk g interbiu tu..mudahan ade rezeki dia..
n buat student tu..kesiannya..sekecil tu dh bfikir & tanggung sejauh tu..harapnya dia tenang & nmpk kebaikan di sebalik y berlaku..
Harapnya macam tulah..orang kata berat bahu yg memikul dr mata yg memandang kan?
Deleteitu yg saya cukup takut situasi ini berlaku terhadap keluarga abang yang punyai anak angkat, sampai sekarang masih merahsiakan perkara sebenar, puas sudah beri nasihat supaya beritau berita sebenar sementara anak itu masih kecil & sebelum anak itu ketahui sendiri, maklum le dia semakin remaja, lambat laun akan tau juga
ReplyDeleteBerat juga tu.. Kalau famili tu sayangkan anak angkatnya, tentu dia tak sanggup nak bagitahu hal sebenar. Harapnya akan ada penyelesaian yang baik juga..
DeleteHari ini yang penuh dengan kejadian menduga minda... for u. Hohoho mau tak gelabah kan tetiba the young ones tanya pasal benda kehamilan ni, hopefully she/he will be fine..
ReplyDeleteMmg gelabah, saya terus tya " are you pregnant?" tadi.. Lepas dia cerita barulah saya faham dan bagi sikit kata2 nak tenangkan hati dia...harapnya dia tak buat apa2 yang pelik.. Dia baru jumpa sijil nikah mak dia sbnarnya..tgh terkejut sgt tu..
Deletealhamdulillah bila hubby memahami ye ;)
ReplyDeleteaduhh pasti budak tu hiba kan
laa..kesiannya
ReplyDeleteSekali sekala beli lauk di luar seronok juga kan? dapat lah berehat.
ReplyDeleteMacm2 hal dengan budak2 ni yer. Sekurang2 nya ada ibu bapa walaupun anak angkat berbanding anak2 yatim yang terus tiada kasih sayang ibu bapa.
Kalau tak masak memang bestkan AN hehe...boleh rehat panjang sikit...Dulu masa OKje kerja, OKje mmg tak masak kalau puasa beli je kat office...balik nak rehat2 je hehe
ReplyDeleteoklertu dapat rest sikitkan....
ReplyDeletesusah gakkan jadi guruni... kena tau banyak perkara..
anak2 murid memang mengharapkan bantuan..
cam anak akakler sentiasa memandang tinggi cikgunyer...
dapatlah Aisy rehat sikit..:)
ReplyDeletekesian jg budak tu Aisy..harap2 dia boleh menerima keadan sebenar..
mesti anak murid tu sedihkan..tp harap2 dia tabah
ReplyDelete