Dah sampai masa
Hujung minggu lalu dan semalam kami ronda satu kawasan BSP untuk mencari tadika yang sesuai untuk Ahmad Naim. Setakat ni, ada tiga tempat yang menarik perhatian kami. Dua daripadanya yang agak ada nama dan lagi satu yang biasa je. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Namun belum buat keputusan nak pilih tadika yang mana lagi memandangkan banayak juga yang kena diambil kira.
Rupanya, anak mula bersekolah ni, macam macam hal yang nak kena fikir. Nak kena fikirkan apa silibus yang nak anak belajar, nak kena tetapkan kita nak anak belajar dalam situasi apa, nak fikirkan pasal day care selepas belajar dan juga mungkin kena fikirkan pengangkutan anak ke tadika. Macam-macam jugalah nampaknya..
Saja letakkan gambar lama Naim kat atas tu untuk mengingatkan diri yang Naim ni dah makin besar. Dah nak masuk sekolah pun nampaknya. Walaupun baru nak masuk tadika, mak bapaknya kemain bersemangat bincangkan hal ni. Papanya siap cakap dengan saya pagi tadi. "Tahun depan Naim dah nak kena mandi awallah kalau nak ke sekolah". Kelakar betul. Ada pulak risaukan hal mandi. Kalau dah selalu mandikan awal pagi, tak ada masalah, mesti Naim boleh buat. Lagipun, dah tiba masanya melatih Naim berdisiplin dan ikut peraturan yang senang. Pejam celik, sekejap je masa berlalu,kan?
Hehehehe...sampai masa nak berjauhan seketika dengan ibu bapa
ReplyDeletePening jugak pikir pasal Tadika ni. Semua nak yang terbaik utk anak mereka.
ReplyDeletehehe...biasalah AN...bila anak dah start bersekolah ni, kita pun semakin lama semakin tua.... OKje lagilah... bukan tadika lagi dah ni hehe
ReplyDeleteAnak membesar depan mata rasa sekejap je amsa berlalu kan
ReplyDeletebetul! pening nak cari tadika anak ni. walaupun hanya tadika, tapi, rasanya masa kecil ni la personaliti dia dibentuk. persekitaran yang baik akan menghasilkan sikap dan attitude yang baik juga. bertahun2 kesannya akan dirasai.
ReplyDeleteNaim sebaya Aydin, kan? Thn dpn, 4 tahun? Nak skool thn dpn eh?
ReplyDeleteaa sebaya.. Mmg plan nak bagi naim belajar tahun depan.. rasanya elok bagi dia awal kenal persekitaran sekolah..
Deleteowh parents kena decide ker silabus? dont they have it already according to the ages, berapa banyak environment options offered? Nak kena atur program macam tu yer..
ReplyDeleteLike us here, semua program sekolah dah tentukan, cuma kami kena pilih berapa jam nak budak tu sekolah.
Haha... Antara tiga tadika ni ada yg ajar english montessri, ada ajar banyak pasal agama Islam dan ada juga yang ajar Bm ikut sistem bunyi. Macam2lah yang lain2, tu yg nak kena pilih antara tiga tadika ni..
DeleteMaksud persekitaran tu, ada yang tempatnya murid ramai, ada sikit, ada yang offer kelas renang, kelas mengaji quran, lawatan ke luar dan bimbingan buat homework.
Sorry nas, pengalaman baru saya ni, tulis pun tak jelas kan? Itulah maksud sebenarnya..tak ada yang lengkap semua, setiap satu ada lebih dan kurang.
bagus juga hantar Naim sekolah awal2.. boleh dia belajar berdikari...
ReplyDeletemesti ndak senang duduk bila anak berjauhan dengan kita
ReplyDeletecomelnya Naim masa kecik..dah nak masuk tadika tahun dpn ye..
ReplyDeleteteringat pla anak sy masuk tadika..ada yg menangis ditinggalkan hehe
Lama tak bersiaran...mana pegi?
ReplyDeletesamalah, thn depan mia pun nak masuk tadika,
ReplyDeleteblaja berdikari la naim nanti . bagus gak tu. dah kena blaja bangun pagi2..hehe
ReplyDeleteakak pun dah mula mencari2 tadika utk adam tahun depan,risau juga dibuatnya ni
ReplyDelete