Semalam malam Lailatul Qadar ke?

Disebabkan semalam anak-anak payah sangat nak tidur, saya rasanya dapat tidur pukul satu lebih, ditambah dengan badan yang sememangnya penat, maka buat kali pertamanya pagi tadi satu keluarga tak sahur. Baru tahu betapa pentingnya mama ye? Nadi keluarga tau...haaha.. teringat pula kata ustaz masa zaman sekolah. Lailatul Qadar ni satu malam yang oenuh keberkatan, antara tanda kedatangannya ialah pagi tersebut berlaku hujan yang membuatkan orang nak tidur lebih, sedangkan fadilat kalau beribadat pada malam tersebut, amatlah besar, melebihi 1000 bulan.

Mulalah ada dua penyesalan. Satu penyesalan sebab takut miss malam yang penuh berkat ni. Paling tidak pun kalau ada berdoa, pun dah ok. Bila fikir tak ada pula banyak doa sebelum tidur semalam. paling banyak pun saya gosok kepala dan nasihatkan Naim suruh jadi anak yang soleh dan jangan suka mengamuk tak tentu pasal. Penyesalan yang kedua ialah sebab tak bangun sahur. Risau nanti tak bersemangat nak mengajar nanti. Semalam yang bersahur pun kemain lembik jadinya, sehinggalah dapat aura apabila masuk kelas paling nakal, terus rasa bersemangat sampaikan murid di kelas seterusnya bertanya kenapa saya nampak sangat bertenaga...ha, aura melawan keletihan.

Tak apalah, jangan disalahkan badan atau suami. Sama-sama tak terjaga, nak buat macam mana kan? Masih ada lagi setengah bulan yang mulia ni untuk kita kejar pahala berganda. Lailatul Qadar tu kan rahsia Allah, manusia biasa tak akan tahu bila sebenarnya.....Patut tambahkan amalan yang baik supaya Ramadan kali ini tak sia sia..

Bila balik kerja dengan badan letih, ada kalanya benda kecil pun nak dibesarkan, betul tak? mengenang kembali peristiwa semalam, kesian pula rasanya Naim kena marah sebab beberapa kali usik adik. Saya tahu dia nak perhatian je sebenarnya. Masa diorang main bersama macam ni, saya cuba buat kerja lain. Tapi bila mama tak tengok, budak budak ni mulalah tak nak berkongsi elok elok apa yang dia tengah main. Di saat macam ni saya mulalah terfikir cukup ke apa yang saya buat untuk anak-anak? semasa di sekolah selalu memikirkan apa yang saya lakukan cukup tak untuk penuhi tanggungjawab murid, namun kalau dah selalu balik dengan penat anak anak sendiri cukup ke kasih sayang mamanya?

Kita sama-sama doakan banyak-banyak ye. Mengambil sempena bulan yang mulia ini, semoga apa yang dirancang berjalan lancar. Semoga apa yang dipinta untuk anak-anak juga akan diperolehi, tak cepat mahupun lambat. Yang penting, hidup perlulah ada keberkatan dan jangan suka mengambil kesempatan. Kena cuba tu.

Comments

  1. Smpi skrg mendung nye kan?

    Sy bgn dkt pkl lima. Terlewat jugak arini. Mujur sempat sahur

    ReplyDelete
  2. Biasa lah kan..kadang2 kita ni tak tersedar kalau dah penat sangat =)

    ReplyDelete
  3. assalam AN..anak2 macam tu la..cabaran bulan ramadhan tu AN

    ReplyDelete
  4. 10 mlm terakhir kan! in sha allah sama2 kita cari

    ReplyDelete
  5. Terfikir gak gitu AN tadi sebab mcm redup je ke jerebu punya kes hehe....
    Biasalah AN...budak budak tu, dugaan buat mama yang tak bersahur hehe

    ReplyDelete
  6. Eh ni dah 10 mlm terakhir ke Aisy?. Baru 15 kan?.
    Sama2 la nanti kita ingat mengingati, mana la tau ada rezeki utk berjumpa mlm lailatuqadar.
    Jgn pulak masa tu baru kita busy nyoping2 udah le kan..

    Betul la you ckp tu, klu kat rumah mmg kita para ibu2 ni la
    yg jadi "alarm clock".

    I sebenarnya dah terjaga pukul 4pagi, pastu ngantuk punya psl, extent la konon
    nk bangun 4.30, dah set jam semua... tetiba terjaga lg dah pukul 6. Waaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lagi tu sebab dah terjaga kul 4. Saya tak tersedar langsung, tgk2 dah pukul 6... Memang tak dapat nak tolong la..

      Delete
  7. Kunci jam berkali-kali. Saya kunci 3 kali - 4.30, 4.45 dan kul 5. Selalunya, kul 4.30 dah bangun. In case nak bermalasan lg 15 minit, masih ada alarm yg akan kejutkan. Takut terbabas. Kalau kul 5 tu... time menu ringkas spt nasi goreng, mmg kul 5 la sesuai. Hihi

    ReplyDelete
  8. kita sama sama mencari keberkatan di bulan mulia ini… Kalau kita bukan yg terpilih sekalipun untuk malam istimewa itu, yg penting kita beribadat dengan penuh tekun dan ikhlas…Allah Maha Mengetahui..
    Lama x bersua di blog kan ain,..rindu pulak..:)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?