Sudah setahun berlalu
Mengambil kesempatan sementara anak-anak tengah bermain dengan pengawasan papanya, bolehlah saya update blog. Gigih saya nak siapkan entry ni kerana tarikh hijrah yang sangat bermakna kepada saya. Esok dah masuk hari ke 16 kita berpuasa. Rasanya cepat sangat setahun ni berlalu. Melihat Nazif yang semakin membesar ni, saya rasa seronok sangat. Saya masih teringat lagi detik yang sama macam sekarang ni pada tahun lepas saya yang tengah menonton tv, mula rasa lain macam. Pada masa tu, iaitu malam menjelang 5.8.2012, saya cuma dapat tidur sekejap sahaja sebelum mula merasa sakit bersalin. Pengalaman bersalin kali kedua ni saya pernah ceritakan di sini . Tak sangka Allah panjangkan usia saya dan anak saya ni setahun lagi. Kini detik 16 Ramadan kembali lagi. Mulanya saya ingatkan saya akan bersalin tepat pada tarikh jangkaan, namun belum juga Nazif nak keluar pada tarikh 5.8 tu. Esoknya pula hari Nuzul Quran. Masa tu masih lagi mengharap Nazif cepat keluar, namun akhirnya Allah takdir...