Naim minta maaf
Nak katakan menonton Upin dan Ipin ni sekadar hiburan semata, tak boleh. Walaupun Naim belajar cakap 'aku' daripadanya, namun banyak benda baik yang Naim juga perolehi daripada slot Upin dan Ipin. Memang tak dapat dinafikan.
Antara yang saya kagum ialah penggunaan perkataan maaf. Memang tak syak lagi Naim belajar perkataan dan penggunaan maaf ni daripada slot ini. Yang kagum tu, mama dan papanya tak suruh pun, tapi sekiranya dia buat salah, Naim akan buat muka sedih, dengan lenggok kepalanya yang sedikit menunduk, dia akan meminta maaf.
Macam kejadian semalam, adik yang makin dapat kaki ni, tak henti ke sana ke sini. Dah lenguh saya pungut, saya minta Naim pula tolong. Ada juga masa yang lain, Naim sendiri yang tolong laporkan, "mama, tengok ni adik, naik tangga". Agaknya beberapa kali dia tolong, maka ada satu kali tu dia bengang kot. Tau Naim buat apa? Diketuknya adik, tapi dia tak perasan yang papanya tengok sama. Apa lagi, dapatlah habuannya. Dari jauh papanya jerit marahkan saya supaya tengokkan anak-anak main. Tapi, Naim ni terasa pulak. Terus dia meraung, menangis. Agaknya dia takut papanya marah dan juga takut dia telah buat adiknya sakit.
Selepas dipujuk supaya bertenang, Naim cepat-cepat meminta maaf kepada saya. Memang tak ada yang menyuruh pun. Dan selalunya memang macam itulah, selagi kita tak cakap "ok, Naim jangan buat lagi tau", dia akan ulangkan maaf tu. Menyentuh hati tau di saat macam ni.
Tapi jangan main main dengan Abang Naim ni, kalau benda tu bukan salah dia, jangan harap kita nak dengar perkataan maaf ni daripada dia.
korang nampak headphone yang tak cukup sifat ni? masa dia dengar tu, tetiba adik tarik. Papanya baru je guna dua kali headphone ni. Bila dinasihat supaya lain kali jangan berebut dengan adik, sebaliknya berkongsi, langsung dia tak nak cakap maaf. Walaupun, saya ada suruh Naim cakap maaf kepada papanya..
hehe...ada jugak egonya tu AN...
ReplyDeleteBetullah.... memang bukan salah dia punkan hehe....
Betul tu....besar betul pengaruh TV dalam jiwa anak anak nikan...
bagusnyee naim
ReplyDeleteakak pun selalu praktikkan perkataan maaf dgn anak2 specially zahrien ! ;)
bagus naim...mmg upin ipin ni byk juga beri kebaikan,cuma bila guna perkataan aku tu adam terus ckp kat akak..mama tak baikkan cakap aku..oh lega akak disitu
ReplyDeletebagusla adam macam tu, mmg lega kalau dia dah faham...
DeleteSamalah Aydin pun, Belajar aku dari Upin Ipin tapi byk belajar benda baik dr cite tu jugak. Tapi aydin ni ego sket. Klu bt salah, disuruh ckp sori...pyh betul. Ikut papanya. Heheheheh....
ReplyDeleteNaim bijak. Bsr t mst pelembut orgnye.....
haha, pelembut juga nampaknya.. adik yang nampak tokoh garang.. tapi kalau naim ni tak tahan mengada ngada, pekej dgn hati lembut tu.....
DeleteComel je minta maaf.. Hihi
ReplyDeleteTp episod2 yg baru ni byk ejek2. Aduhh syafiq dah terikut2 mengejek dan kata sibuk je
itulah pasal, naim pun sama.., tak bagi tengok, dia meraung nanti
DeleteAlhamdulillah Naim good boy :)
ReplyDeleteKATUN NI ADA BAIK DAN BURUKNYA
ReplyDeleteJD KENA PANDAI PILIH
PALING SY X BERKENAN KARTUN JEPUN HAGEMARU TU
MMG KELAKAR TP XDE KEBAIKKAN DR WATAK KATUN TU
HUHU
Mmmg kuat kan pengaruh tv kt anak-anak
ReplyDelete