Blogger sakit gigi
Sejak tengah hari tadi saya perasan yang gigi saya lain macam. Tapi semasa di sekolah, boleh tahan lagi. Dah balik ke rumah pun, masih sempat masak dan buat macam-macam lagi.
Oooo, masalah muncul bila waktu berbuka puasa. Gigit sikit, terasa gigi macam sakit. Mulalah syak yang gusi bengkak yang menyebabkan rasa sakit macam tu. Rasa macam bahagian yang sakit ni, giginya nak tercabut dari gusi... Alamak, tak nak tak nak...Telan ayam black pepper pun tak rasa sedap dah. Berkali-kali suami suruh saya habiskan sayur pun saya buat tak tahu je. Biasanya memang kalau masak sayur selain kailan ikan masin, sayalah yang makan lebih, tapi hari ni, sikit je dapat kunyah dengan gigi yang rasa sakit bila mengunyah sesuatu...Mulalah nak fikir yang suami saya ni tak prihatin, dah cakap saya tengah sakit gigi ada ke pula dia nak saya habiskan juga makan? ai, ketuk kepala kang baru tahu?
Adui, panik juga ni... Sebab kurang kalsium je ke? Atau dah masanya gigi ni nak rosak. Takutnya nak kunjungi doktor gigi. Kalau dibuatnya gigi ni kena cabut, kan naya. Walaupun bukan gigi yang depan, tapi kalau saya senyum boleh je nampak gigi yang tak ada ni...Nak kena gunakan polident
ke? Ayooo...
ke? Ayooo...
sakit gigi la sakit yg paling menduga iman... moga sakit tu tak berlarutan... tapi kalau makin kuat, jangan lupa jumpa dentist
ReplyDeleteThanks ambil berat...
DeleteSementara nak gi jumpa dentist tu, kumur2 dulu air garam... atau ambik cengkih
ReplyDeleteselitkan kat gigi yg sakit tu.
harap2 hari ini dah ok..
ReplyDeletebetul tu kalu sakit gigi memang sakit seluruh badan...
ReplyDeletebr hari sabtu lps cabut gigi geraham. berdebar nya yan ampon
ReplyDeleteGigi kalau sakit memang sakit yang takleh di ubat melainkan kena gi dentist...
ReplyDeletejumpa doktor nanti melarat
ReplyDeleteMemang sakit yg tak tertahan harus jumpa doc tp still tak blh cabut doc akan bg ubat kurangkan sakit then baru cabut ;)
ReplyDeleteI pun lately ni selalu terasa sakit gigi ata bengkak gusi, selalu buat derk jer tapi risau gak sebenarnya. Wonder the same thing, takkan dah nak tanggal kot gigi nyer, muda lagi ni. huhuu
ReplyDeleteAlahai siannya AN.... nasib baik bukan gigi depan An hehe...tapi zaman ni tak perlu nak risau kalau gigi depan patah pun, dah boleh tanam gigi kan hehe
ReplyDeletesian Aisy..ingat dulu sakit gigi..satu badan demam huhu.
ReplyDeletesakit gigi ni mmg menyakitkan..nak pulak kalu org buat taktau je,ishhh mmg nak kena latu..hehehe
ReplyDelete