Memburukkan orang lain takkan menjadikan diri kita lebih baik

Menjelang bulan mulia ni, marilah kita sama-sama insafi kesalahan diri. Sepatutnya bulan - bulan yang lain pun sama ye. Tapi daripada menjalani ibadah puasa yang hanya menahan lapar dan dahaga tapi tak pula kita menjaga anggota yang lain, nanti cuma lapar dahaga sahajalah yang kita dapat sepanjang bulan yang sepatutnya penuh keberkatan ini.

Ustaz dan ustazah dah banyak menceritakan kelebihan berpuasa. Jadi tak perlulah saya tulis banyak lagi. Cuma sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan rakan semua yang disayangi. Jom kita bersihkan hati kita. Hati yang bersih, insha Allah memberikan ketenangan kepada kita. Nak hati bersih banyak caranya, boleh kita perbanyakkan membaca Al Quran, banyakkan zikir, bersolat sunat, bersedekah dan ikhlaskan hati dalam hubungan sesama manusia.

Jangan buli orang lain. Memburukkan orang lain tak menjadikan kita insan yang lebih baik, malah lebih terkutuk. Allah juga tempat mengadu yang terbaik.

Semoga amalan puasa kita tahun ini lebih berkat berbanding tahun sebelumnya..

Comments

  1. Terima kasih atas peringatan itu Aisy.
    Memang rugi sapa2 yg mengumpat, tak kira ramadhan
    mahupun bukan.
    Bayangkan je keadaan lidah yg bakal dipotong
    dlm neraka.
    Hee seram!

    ReplyDelete
  2. Insya Allah amin....
    Dah tak lama nak puasa... rasa tak sabar pulak :)

    ReplyDelete
  3. insyaAllah. moga kita sentiasa bersangka baik dgn org lain
    tak pe la org buat kita, jgn kita bls benda yg sama kan

    ReplyDelete
  4. Mendalam maksudnya tu AN....nampak gayanya kena bermonolog aje le bulan puasa ni...pendam sampai hancur je kat dalam hati tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha, bahaya tu okje.. Yang patut mmg kena tegur, kan? Ni dpt ilham sebab seseorang kat sekolah..

      Delete
  5. betul tu..kalu kita memburukkan org lain sebenarnya disitu dah menampakkan betapa buruknya diri kita ni, ye la menceritakan keburukan org lain tu bukankah sesuatu yg buruk juga..

    selamat berpuasa esok

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1