Petua memberi ubat kepada bayi

Musim demam, batuk dan selsema ni memang menyebabkan ramai yang sakit. Kat rumah saya pun sama. Bukan Naim je yang demam, selsema dan batuk, malah mama, papa dan adik Nazif pun turut berjangkit sama. Kita yang dah dewasa tak ada masalah. Naim pun kira ok lagi sebab dia memang suka kalau diberi makan ubat.. saya taklah risau macam tu. Kalau dah makan ubat tu tak lama akan hilang selsema dan batuk. Tambah lagi, keluarga kami memang suka sapukan kapur limau nipis di leher untuk hilangkan batuk dan sakit tekak.

Ha, yang sekarang ni jadi masalahnya ialah Nazif...Dia kecil lagi, belum lagi tiga bulan. Dah dua minggu asyik selsema dan batuk, rasa kesian sangat tengok dia. Dah buat kaedah tradisional macam-macam pun tetap tak hilang lagi batuk dan selsemanya.. Kesian tul bila dia batuk..Macam satu badan akan bergerak-gerak..Menyusu pun tak nak. Meraung je kerja dia bila dah batuk berterusan. Kemudian dia akan buat bunyi macam marah sebab batuk tu.. tidur pun kurang sebab mudah terjaga bila diserang batuk.

Tadi kami bawa Nazif kali ke klinik untuk kali kedua. Pada kali pertama aritu doktor tak bagi ubat kerana katanya Nazif muda sangat untuk diberi ubat batuk. Hari ni doktor bagi ubat dalam dos sikit je, 1.5 oz je sekali makan sebab dah berlarutan dua minggu. Tapi rupanya susah juga nak beri bayi telan ubat cecair ni. Kali pertama dan kedua bagi Nazif, dia keluarkan balik cecair tu.. panik juga mamanya sebab tak tahu berapa oz je yang dia dah telan..kot nak bagi lagi terlebih dos kan naya lak. Kalau tak bagi, kesian tengok dia asyik batuk.

Akhirnya, seseorang yang baik hati telah bagi kami satu cara untuk buat bayi kecil macam Nazif telan ubat yang diberi. Caranya ialah semasa hulurkan picagari berisi ubat tu, kita kena pastikan ubat yang kita nak titiskan ke mulut bayi tu akan keluar di bahagian tepi lidah dia.  Dengan buat macam ni, secara refleknya lidah akan menolak masuk ubat yang dititiskan tadi..

Alhamdulillah percubaan tengah hari dan malam ni telah berjaya. semoga cepat hilang batuk dan selsema Nazif ni. Semoga tak ada apa apa yang bahaya.

Comments

  1. Nazifpn demam.. mg cepat baik ya..

    ReplyDelete
  2. Pernah juga doktor ajar cara tu... mmg berkesan, kan? Hilang masalah :)

    ReplyDelete
  3. Masa anak2 I kecik pun mcm tu, susah nk mkn ubat, kdg dah masuk mulut, diorang muntahkan balik..

    ReplyDelete
  4. Sedih dan kesian sebab kecik benar. Moga usaha kali ini boleh membantu Nazif cepat sembuh.

    ReplyDelete
  5. mmg kesian kalu anak2 batuk..moga nazif cepat sembuh

    ReplyDelete
  6. macam ni yea.. terima kasih perkongsian ini akak :-) semoga Nazif cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. skang nie cuaca tak berapa baik....jaga kesihatan ye...rajin2 makan ubat..

      Delete
  7. batuk lagi ke Nazif.bb kalu batuk kesian sangat ..nak2 kalau berkahak...lagi kesian.

    ReplyDelete
  8. terima kasih petuanya..sekarang cuaca memang tidak berapa baik.ramai kanak-kanak yang sakit..semoga anak aisy nasiha cepat sembuh

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?