Cara mengatasi anak suka tabur makanan
Penat tau nak asyik kena kemas, lap, sapu dan mop lantai atau meja kan? Kalau korang ada anak yang suka sepahkan makanan, makan pun tabur-tabur, memang tak dapat nak elakkan kerja-kerja pembersihan ni. Ragam Naim bila makan macam inilah. Kadang-kadang satu ruang tamu kena lap selepas dia makan.
Tak bagi dia bagi, tak boleh sebab dia dah pandai minta bila nak makan. Bila bagi, dia makan bukan makan elok-elok, yang masuk mulut jauh sikit daripada yang ditumpahkan. Ada hari-hari tertentu je dia benarkan orang dewasa suapkan makanan tu. Kebanyakan masa dia nak suap sendiri. Akibatnya, apa lagi, bertaburanlah makanan tu.
Kak Ngah pernah cerita yang anak kawan dia suka bergaduh semasa makan, jadi kawan dia tu selesaikan masalah tu dengan buang makanan tu, biar semua pun tak dapat makan. Jadi, lepas tu anak-anak dia tak lagi bergaduh semasa waktu makan. Saya terfikir nak guna kaedah ni nak latih Naim makan dengan lebih sopan. Tapi, rasanya tak sesuai sebab dia kecil lagi. Kalau buat macam ni dia entah boleh faham tak maknanya dan boleh ke dia tak ulangi lagi perangainya tu?
Jadi, nak tak nak kenalah rajin sapu, lap dan mop. Tunggu dia matang dan faham apa yang dia buat barulah dia tak buat macam ni agaknya.. korang ada tak tips lain untuk atasi masalah ni?

mmg penat lah kalu cam tu.. lbh2 lg dah ada ank kecik kan...
ReplyDeletealisha ni alhamdulillah.. dia tak suka sepah2kan nasi.. dulu kecik2 ms baru belajar adalah.. skrg dah ok.. cuma nasi jatuh tepi2 pinggan tu adalah :-)
ina: budak pompuan ni sopan kan? sy tgk anak buah yg pompuan takde pun makan mcm ni, Naim je yang agak nakal...ai, sabar aje la bila ada anak mcm ni..dugaan semua ni..
ReplyDelete