Posts

Showing posts with the label Info kesihatan

Jangan tidur lepas subuh kalau nak awet muda!!

Ha, angkat tangan siapa yang nak awet muda? Mesti semua pun nak gitu kan? Nanti takke bangga kalau tetiba terjumpa kawan yang dah lama korang tak jumpa, dia tegur korang tak berubah pun muka sejak dari dulu. Lagi kembang hidung korang tu kalau kawan tu direct cakap, " wei, ko awet mudalah, tak nampak macam 30 tahun pun".. ha, tu satu contoh situasi.. Petua awet muda yang saya nak kongsikan hari ini ialah korang kena bangun awal setiap pagi . Maknanya kena bangun solat subuh awal dan jangan tidur lagi selepas itu untuk kekal awet muda . Kemudian, sebelum solat tu kena bersihkan diri, kena mandi dulu . Sebaiknya mandi pagi ni dengan air biasa , bukan air panas. Amalan ni bukan sahaja untuk awet muda tapi Allah pun suka korang beribadat dengan diri yang bersih, kan bagus tu. Amalan ni moyang saya yang praktikkan sejak dari muda. Mengikut kata Kak Ja saya, moyang saya ni semasa hayatnya memang kulitnya bersih, lembut macam kulit bayi dan kurang kedut walaupun dia meninggal pu...

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Walaupun melahirkan Nazif ni sudah pengalaman kali kedua saya dibedah, namun bila ditanya soalan tu saya sebenarnya tak tahu macam mana nak jawab dengan tepat. Bagi saya perkara ini adalah mengikut badan seseorang, apa ubat yang dia makan, bagaimana penjagaan dia kepada tempat luka tu, penjagaan makanan dia dan aktiviti yang dia lakukan. Kedua-dua kali bersalin pun ada bezanya. Melahirkan secara pembedahan ni memanglah kalau dilihat secara luarannya ramai yang akan kata kita nampak sihat. Nak berjalan tak payah kepit-kepit sebab kat bawah tu tak sakit. Masa dalam pantang nak jalan laju pun boleh je, tak macam orang yang bersalin normal. Tapi luka kat perut  tu pedihnya agak lama nak hilang. Ikut pengalaman saya yang terbaru ni, saya pada mulanya cepat baik luka secara luaran. Semasa saya berjumpa doktor untuk pemeriksaan semasa 22 hari, luka tu dah baik dan memang saya pun dah kurang rasa pedih pada waktu tersebut..maknanya luka dalaman pun saya agak semakin baik seba...

Petua memberi ubat kepada bayi

Musim demam, batuk dan selsema ni memang menyebabkan ramai yang sakit. Kat rumah saya pun sama. Bukan Naim je yang demam, selsema dan batuk, malah mama, papa dan adik Nazif pun turut berjangkit sama. Kita yang dah dewasa tak ada masalah. Naim pun kira ok lagi sebab dia memang suka kalau diberi makan ubat.. saya taklah risau macam tu. Kalau dah makan ubat tu tak lama akan hilang selsema dan batuk. Tambah lagi, keluarga kami memang suka sapukan kapur limau nipis di leher untuk hilangkan batuk dan sakit tekak. Ha, yang sekarang ni jadi masalahnya ialah Nazif...Dia kecil lagi, belum lagi tiga bulan. Dah dua minggu asyik selsema dan batuk, rasa kesian sangat tengok dia. Dah buat kaedah tradisional macam-macam pun tetap tak hilang lagi batuk dan selsemanya.. Kesian tul bila dia batuk..Macam satu badan akan bergerak-gerak..Menyusu pun tak nak. Meraung je kerja dia bila dah batuk berterusan. Kemudian dia akan buat bunyi macam marah sebab batuk tu.. tidur pun kurang sebab mudah terja...

BAT Malaysia umum kenaikan harga rokok

Nak merokok lagi wahai perokok? harga makin mahal tak jadi hal kan? tak kisahlah ye... renungkanlah sendiri bagi yang sayangkan insan di sekeliling anda..   KUALA LUMPUR — British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai Isnin, 22 Okt, 2012. "Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat-kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012. "Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan. —  kosmo online

Entry bertangguh : 2 hari baru siap

Image
Tarikh dapat ilham: 19/10/2012 jam 6.00 pm.. Alhamdulillah, hari ni kesihatan saya dah semakin baik. Pagi tadi memang bangun dengan perasaan tak best lagi, sebab kepala masih berdenyut-denyut. Tekak pun masih tak seperti biasa. Tapi, selepas sarapan, cepat-cepat saya telan panadol sebab dah tak tahan rasanya. Walaupun masa tu, kepala masih lagi terasa berdenyut-denyut, saya gigih menyiapkan kerja-kerja sekolah memandangkan Nazif masih lagi belum bangun. Banyak lagi kerja yang perlu disiapkan segera. Bila Nazif bangun, tentulah kerja sekolah ni kena ditinggalkan dulu. Selepas uruskan dia, main-main dengan dia, lega betul saya sebab Nazif ada mood nak tidur lagi sekali.. Jinak betul sayang arini ye, senang jaga.. Suka betul saya waktu tu, sebabnya memandangkan Nazif tidur, saya pun tidur sama.. Nak sangat tidur sebab kepala yang tengah berdenyut-denyut ni. Alhamdulillah selepas bangun kepala dah tak rasa berdenyut-denyut lagi. Apa taknya, tidur bukan sekejab, hampir dua jam juga kami...

jom buat urutan...

Image
Lega dah siap mandikan Nazif. Dah pun urut sikit dia lepas mandi tadi. Sementara dia boleh diam-diam kat tilam tu, bolehlah update blog sikit. Korang biasa dengar tentang urutan bayi tak? Semasa Naim kecil saya jarang buat urutan untuk dia. Entah kenapa, malas kot sebabnya.. Mungkin juga sebab tak ada masa kerana jaga dia sorang-sorang di JB. Tapi untuk Nazif ni saya rajin sikit nak buat urutan kat badan dia... Memang pernah diberitahu tentang kebaikan urutan bayi tapi bila ada penyakit M tu tak dapatlah nak buat apa-apa kan? Namun bila saya dapat tahu yang salah satu kebaikan daripada urutan bayi ni ialah mengurangkan tekanan ke atas bayi yang suka menangis, apa lagi, terusla saya amalkan setiap hari. Maklum ajelah Nazif ni kalau tak kena caranya, memang juara nangis. Tak daya nak asyik dukung je dia semata-mata tak nak dia menangis. Lagipun kalau biasakan asyik dukung je pun payah juga untuk orang lain jaga dia bila saya dah kerja nanti. Urutan boleh dibuat seluruh badan termas...

Akar kembang fatimah

Image
Tak beberapa lama dulu saya dapat akar ni daripada seorang kawan, Saliha namanya. Dia pun tengah mengandung. Katanya akar ni perlu direndam dan airnya boleh dimakan untuk memudahkan proses kelahiran nanti. Saya yang tak pernah minum air ni, dah mula rendam akar ni sejak minggu lepas. Pada pendapat saya, dah nak dekat tempoh bersalin, eloklah dimimum air ni. Jadi, sejak semalam, dah 3 kali saya minum. Tetiba biras saya yang datang semalam ada tegur, air akar ni tak elok diminum awal. Sebaiknya bila dah ada tanda kelahiran seperti keluar darah atau air ketuban baru lah diminum. Alamak, apa? Macam mana ni? Satu lagi, saya ada terbaca yang kononnya akar ni cuma akan kembang mengikut waktu tuannya dah nak bersalin. Ye ke? Rasanya setakat yang saya dah rendam tiga kali ni, memang kembang je... ke lain macam kembangnya bila dah betul-betul tiba masa nak bersalin.. itu tak pastilah. Macam mana ye sekarang? nak kena tunggu sakit dulu ke baru minum lagi ? ke boleh je teruskan minum air n...

Hati-hati : Kosmetik tiruan ancam wanita

Membaca petikan akhbar hari ini, saya tak terkejut dengan berita ini. Walaupun saya ni bukan orang suka bermekap, namun kekadang bila melalui premis-premis di pasar malam atau gerai-gerai tak berlogo di sekitar pasaraya (bukan di dalam pasar raya ye), selalu saya meragui ketulinan produk yang dijual. Berita melaporkan bahawa kemungkinan terdapat campuran formula ‘rahsia’, tetapi berbahaya di dalam kandungan produk yang bukan sahaja boleh merosakkan kulit dan wajah, tetapi organ dalaman secara perlahan-lahan. Jangan kerana nak bergaya, melawa dan jimat wang kita kaum wanita menggadaikan kesihatan kita untuk jangka masa akan datang ye...

Aplikasi tuala wanita : Kain

Image
tuala wanita daripada kain Sebelum ni kita tengok produk lain je yang perkembangannya macam ni.. Tukar macam-macam, akhirnya berbalik ke rekaan yang pernah ada dulu..Contoh, beberapa tahun dulu, tudung kain bawal memang cukup popular. Macam-macam gaya pemakaiannya, nak bubuh berapa pin pun tak kisah. Bila datang tudung fesyen sauk(pakai terus) aje, wanita mula beralih ke tudung ni kerana lebih senang menguruskannya dan pelbagai lak warna dan fesyennya. Tapi kita tengok kebelakangan ni, tudung bawal ni dah mula naik lagi kan? makin ramai yang dah mula menggayakan kembali tudung bawal bercetak yang dijual di pasaran kini. Macam tuala wanita ni, dulu masa zaman mak dan nenek semuanya menggunakan kain. Bentuk macam mana kain tu tak tahu la, sebab kita dah membesar dengan memakai tuala wanita pakai buang sebagaimana yang terdapat di pasaran sekarang.. Ni, dalam akhbar hari ni, ada dipaparkan pengusaha tuala wanita jenis kain, tapi dengan pelbagai ciri keselesaan dan manfaat u...

Mencuba berus gigi colgate slimsoft

Image
Apalah, berus gigi pun nak kecoh? Macam mana tak kecoh, kalau setiap hari gusi berdarah je, siapa boleh tahan, kan? Malah ada masanya ketika tak berus gigi pun gusi ada juga berdarah. Jadi kenalah usahakan sesuatu untuk mengatasi masalah ni. Kebetulan semalam semasa di Giant, tengok-tengok apa yang nak dibeli, ternampak berus gigi ni. Tengok dengan reka bentuk bulunya yang nampak betul-betul halus daripada berus gigi yang pernah saya gunakan, saya pun beli lah. Dah cuba guna pun baru sekejab tadi.. ok, boleh tahan, sesuai dengan gusi mak buyung yang selalu berdarah ni. sebab lembut jadi gusi tak  berdarah lagi.. lega tul tadi..