Mula buat stok

Setelah dimarah oleh bonda di kampung, akhirnya saya mula buat stok susu untuk Nazif . Beriya bonda telefon mengingatkan saya tentang ni. Bukan sesaja nak lambat-lambatkan, tapi tak berkesempatan...boleh alasan macam tu ye? tak sedar diri dah nak mula kerja ? apa-apa pun akhirnya saya berjaya juga mulakan usaha nak buat stok susu. Itu yang penting.

Untuk kali pertama, saya hanya guna kaedah manual iaitu perah dengan tangan aje. Sebabnya pam yang ada macam tak kuat sedutannya, jadi susu tak keluar. Entah mana rosaknya sedangkan benda tu macam beroperasi  baik je. Kali ni dapat sikit sebab tak reti sangat walaupun selepas rujuk daripada beberapa blog..lagipun Nazif dah meraung tunggu haknya, jadi cukuplah setakat 1.5 oz je.

Bila difikirkan sekarang, saya kena mengaku betapa cetek ilmunya saya ni. Senang cakap jenis tak ambil tahu. Padahal ni dah anak yang kedua. Tak juga boleh gunakan alasan yang saya tak banyak tahu tentang penyusuan susu ibu sebabnya masa Naim kecil, badan saya tak banyak susu hingga menyebabkan seawal di dalam wad lagi Naim dah minum susu formula. Kesian Naim, tapi nak buat macam mana, dah terpaksa.

Tadi suami dah belikan pam susu yang baru bagi menggantikan pam yang dah rosak tu. Alhamdulillah sekali pam sebelah B dapat 3 oz, bagi saya dah banyak lah tu. harapnya bila dah banyak kali pam akan keluar lebih banyak lagi susu.

cubaan kali pertama dengan pam yang baru - 3oz
Pam ni tak mahal RM 189 je, tapi saya beli sebab pam ni boleh digunakan sama ada dengan elektrik atau dengan bateri. Mudah kan? Kalau berada di tempat yang tiada soket masih lagi boleh pam susu dengan gunakan bateri. Kira 2 dalam 1.

Comments

  1. kena mula buat stok dah...nanti tak cukup plak..sian bb...:)

    ReplyDelete
  2. bgus utk prkongsian ibu2 kt luar sana..
    heeee,,

    ReplyDelete
  3. Lagipun bengkak kalau tak dipam, especially bila lepas kita makan. Kdg sampai bleh demam.

    ReplyDelete
  4. anak buah sy tak minum susu ibu tapi sensitif sangat kulit dia bila minum susu yg bukan susu ibu..terpaksa try setiap jenis susu..huhu

    ReplyDelete
  5. Selamat berjuang utk BF

    Wahh blh guna letrik dan bateri. Tu mmg best

    ReplyDelete
  6. semoga segala usaha dipermudahkan..anak2 akak xnak minum susu ibu dia ni..sedih2

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?