Sejak seminggu ni, menentukan apa benda nak makan memang terasa susah. Menjelang je waktu makan, terutamanya makan malam, saya mulalah tanya suami apa benda yang dia nak makan.. Dia mula-mula akan bagilah apa menu yang nak minta dimasak. Rancang nak ayam masak lemaklah,tomyam lah, kailan ikan masinlah, kangkong belacan lah dan macam-macam lagi.Tapi menjelang masa nak masak, sama ada kami bergilir-gilir masak atau daripada tiga masakan yang rancang nak buat akhirnya jadi satu je, tu pun ayam goreng je ataupun keluar makan penyelesaiannya.
|
'Master'chef masuk dapur |
Budak-budak, kadang-kadang waktu kita sibuk tulah waktu dia nak meragam. Naim ke Nazif, sama je setakat ni. Naim dengan karenahnya, Nazif lak dengan tangisan atau kemengada-ngadaannya nak didukung. Semalam pun sama. Dua hero ni selsema, dua-dua pun asyik merengek je. Naim pun minta didukung, jadi papa dukung Naim dan mama tentulah dukung Nazif.. Last, masa nak masuk azan magrib tu saya syorkan kepada suami, pergi makan di Sri Serdang. Dia cakap ok. Terus rujuk alamat kedai tu dan akhirnya burger bakar menjadi makanan malam kami.
|
sedap, makan sambil bergilir dukung Nazif pun nikmat |
Inilah kehidupan. Merancang lama-lama kadang-kadang tak jadi. Yang tak dirancang pula mudah je berlaku. Macam arini, ku sangka dapat berehat sebulan lagi dengan tenang sebab soalan PBS dah siap, rupanya dapat lagi dua kerja baru...Dalam perjalanan nak dihantar ke rumah.. Jangan tensen, Ikhlaskan diri, insyaAllah semuanya selamat.....
Saja kot si Nazim ngan Naim nak suruh parent diorang cuti masak sekali sekala. Hehe..
ReplyDeleteBurger bakar nampaknya makin popular di kalangan blogger tapi until now I blom pernah rasa lg... sian kan.. tak jumpa lg kat JB ni.
datang la sini, kat sri serdang ada, rawang ada n yg paling glamor wangsa maju...
DeleteHehe... mmg seronok klu dpt berjalan ke sana, tp Cik Abg kita busy manjang. Makan burger MC D je la jwbnya buat ilang kempunan.
Deletebetul tu kdg2 lain yg dirancang lain yg jadi..
ReplyDeleteakak belum pernah makan lg burger bakar tu.teringin gak nak rasa mcm mana..tp belum berkesempatan
akak bukan jauh pun, jom kita set ms turun mkn burger sm2, kt sri serdang..
Deleteapa nama kedai tu?nyum3.
ReplyDeletebila anak tak sht mmg kena byk sabar. apa pun tak menjadi mlh kesabaran makin teruji kan?
LM..kedai ni lava grill burger, di restoren bismillah, sri serdang.. ni ke kedai yg penah LM cakap dlm blog? ke kedai yg sama?
Deletesedap tu beger bakar... a'aa biasalahkan, sy pun sellau gitu, kdg rancang lain, jadi lain.. hihi
ReplyDelete