Posts

Showing posts with the label Penjagaan Anak-anak

Rutin yang semakin ok !

Dah makin membiasakan diri dengan rutin harian sebagai surirumah sepenuh masa. Pagi-pagi macam ni anakanda saya yang berdua tu masih lena. Apa taknya kalau malam, jam dah masuk putaran hari lain baru nak tidur. Siang hari memang tak tidur pun. Jadi pagi, saya biar je diorang bangun sendiri, setakat ni lebih kurang antara jam 9.30 hingga pukul 10.00 pagi diorang akan bangun dengan mood yang cukup baik. Sementara anak tidur, saya dah jemur baju. Dah masak agar-agar. Dah keluarkan lauk dan kuih frozen untuk digoreng jika diminta.. kentang pun dah siap potong, kejap lagi boleh goreng. Memang kena ada stok banyak bila anak kat rumah ya? Makan mulut kecil ni takla sebanyak mana, tapi lepas diorang buat aktiviti, diorang akan minta makan. Payah pulak tu nak bersabar lama-lama. Ingat mama diorang ni ada kuasa ajaib ke apa, bila petik jari terus siap apa yang diminta. Jadi, kalau dah sedia awal-awal dapatlah kurangkan masa penyediaan makanan tu. Setakat seminggu ni saya rasa tips yang paling ...

Read Aloud

Image
Istilah read aloud ni saya belajar dari entry Mama Adam . Kagum betul dengan MA yang memulakan aktiviti ni seawal usia Aleesya setahun. Sebelum tu saya pernah juga sekali sekala buat aktiviti bacaan dengan anak-anak macam ni. Cuma tak tahu istilahnya macam ni untuk aktiviti ni. Asalnya suka-suka je, tak faham kesannya dan tak tahu cara yang sepatutnya. Tak ada ilmu, memang tak patut, kan? Rasanya saya mula buat aktiviti read aloud ni selepas saya diberitahu kesannya semasa saya sertai ceramah Puan Lina Karim . Betul kata beliau, anak-anak kecil memang sangat kreatif dan sangat pandai berimaginasi. Cuma mama Naim ni sajalah yang agak culas nak buatnya sebagai aktiviti mingguan. Selalunya pun, masa nak buat sesi macam ni, atas inisiatif Naim sendiri. Naim biasanya akan ambil buku dan cakap, " Mama, tanya Naim what is this?". Tengok tu, cikgu kecil mengajar saya?  Sekali sekala buat macam ni, Naim dan Nazif pandai saja nak kaitkan apa yang disebut tu dengan benda yang ...

WW : melatih anak memahami arahan

Image
Aktiviti pagi. Diilhamkan daripada penerangan cikgu di tadika yang kami nak masukkan Naim belajar nanti, saya buat aktiviti melatih Nazif dengan kemahiran psikomotor dan kognitif. Haaa, canggih nama aktiviti. Padahalnya, saya bagi arahan supaya Nazif pungut kereta mainan Abang Naim yang berada berdekatan. Minta dia letak di atas benda hijau ni. Nazif ambil satu persatu, setiap kali dia bawakan sesuatu saya puji, " pandai adik, good boy", dan dia akan terus ambil lagi sambil tersenyum.. Nampaknya berjaya dia laksanakan arahan, kecuali empat benda kat depan tu..bukan kereta..okla tu kan..budak 15 bulan.. dia tengok abangnya main tu dia ambillah semua tu.

Kisah Gelap

Image
Ha.. jangan ada prasangka yang bukan-bukan bila baca tajuk entry ni. Kali ni saya nak ceritakan kisah kami empat beranak yang terpaksa bergelap apabila tiba-tiba elektrik tiada pada dua hari yang lalu. Terkejut juga bila tetiba gelap pada pukul 10.20 malam. Jarang sangat berlaku macam ni. Naim mulalah merintih dan bersoal jawab mengapa kenapa gelap macam tu suasananya. " Mama, abis tu, macam mana kita nak tengok tv ni? "Abis tu, bila nak ada lampu ni?" "Takkanlah nak gelap je ni? " Dia duk ulang berkali-kali ayat-ayat ni. Dia tak tahu, kalau rumah teres ni, pastilah bila gelap macam tu, kita kentut pun jiran sebelah boleh dengar, sebab rumahnya dekat sahaja. Agaknya, jiran kami ni dengar yang Naim ni asyik duk pok pek membebel ni, Papa N dan Naim diajak bersantai-santai kat luar rumah. Memanglah panas suasananya kat dalam rumah masa tu. Di luar pada masa tu, diorang siap berkelah lagi. Buat 20 minit pertama, agaknya hampir separuh penghun...

Situasi biasa

Image
Situasi biasa di rumah kami ni, kemeriahan macam pukul 8 malam walaupun jam dah masuk pukul 12 tengah malam lebih. Korang sangka tak budak dua beradik ni akan makin galak bermain walaupun dah sepatutnya waktu tidur? Bukan sekali sekala, malah hampir setiap malam macam itu kejadiannya. Nak menidurkan diorang ni bukannya mudah, petua-petua yang saya tahu bukan selalu berkesan. Masa Naim seorang dulu, ok je cara-cara ni. Dah ada geng ni, diorang makin seronoklah bermain. Sekejap main elok, sekejap lagi bergaduh. Adik selalu jadi mangsa. Dialah mangsa kena cium, mangsa kena peluk, mangsa kena geletek jika abang mood elok. Kalau tetiba abang jadi mood tak elok, adik juga mangsa kena kacau. ............................................................................. Siapa tak geram pada budak bulat ni? Tu yang Naim suka sangat cuit-cuit dia ni.. Nazif dah makin pandailah sekarang. Dia banyak faham persekitaran. Masa dia menyibuk nak tolong masak, saya selalu alihkan perha...

Bergilir bergusti

Mama dan papa sama-sama sibuk malam ni. Dua-dua ada kerja yang kena disiapkan segera. Dua Ahmad pula tengah seronok nak main. Jadi, mama dan papa bergilir main dengan dua Ahmad ni. Masa main dengan papa, kedua-duanya sopan. Taklah kena marah. Mama pun boleh siapkan kerja cepat dan terus hantar ke email rakan. Tapi bila giliran mama pula yang jaga anak-anak, papa buat kerja, adoii... Mama digustikan oleh Ahmad Naim. Adoi, sakit betul budak tiga tahun ni buat. Larang dengan sopan dia buat tak faham, masih lagi nak usik mama dan adik. Jadi, kena guna suara kuat dan ugut nak bagi Naik tidur dengan kucing baru dia tak ulang buat smack down..  lega...

Ustaz

Image
Gambar Naim masa di usia setahun lebih.. nak iras Nazif sekarang kan? Ahmad Naim di usia 3 tahun 6 bulan lebih dah pandai mengarah mamanya pakai tudung! Masa kami bersiap nak keluar makan, biasalah orang yang terakhir bersiap pastinya mama yang kena siapkan anak-anak terlebih dulu. Naim masa tu, tengok je saya. Saya pun senyumlah. Dah ambil beg tangan, saya dukung pula Nazif yang memang duk bergayut kat kaki masa saya sikat rambut sebelum tu. Tiba - tiba Naim tunjukkan jarinya ke arah kepala saya dan sebut , " Mama, pakai." Saya faham yang dimaksudkan oleh Naim tu. Tudung yang saya nak pakai ada di tingkat bawah sebenarnya. Namun, saja nak mengusik dia, saya balas semula kata-kata Naim tu, " Tak nak lah mama". Reaksi Naim seterusnya, dia tengok kiri kanan, terus dia capai tudung saya yang secara kebetulannya ada dekat atas tilam. Agaknya nak pujuk mamanya lagi, " Mama, pakai ni!" , kata Naim sambil menghulurkan tudung tersebut kepa...

Sayang papa lebih

Image
Semalam saya diberi kebenaran balik awal. Sekali sekala rasa seronoklah macam tu. Dalam perjalanan saya dah rancang untuk bawa Naim dan Nazif pergi main memandangkan hari masih siang. Tujuannya nak bagi diorang rasa gembira. Malam sebelum tu, disebabkan Nazif asyik menangis je, saya banyak bagi tumpuan pada Nazif, jadi inilah masa nak gembirakan Naim. Reaksi Naim bila mama datang jemput? Sangat gembira. Riuh dia cerita macam-macam bila nampak mama. Tangan dihulur suruh mama pegang. Senyumannya masa itu pastilah sangat menawan.  Jarang sekali dapat mamanya jemput kan? Awal pulak tu, budak lain ramai lagi, dia gembira dan banggalah. Jadi, saya pun bawakan diorang ni pergi ke kedai yang ada mesin nyanyi hari tu. Anggapan saya, diaorang akan main banyak kali, jadi saya dah sediakan banyak duit syiling untuk tujuan tu. Tapi, sebaliknya berlaku.. Naim main sekali je, manakala Nazif pulak masa tu lagi rela didukung oleh mama. "Mama, dah siap. Nanti kita datang dengan papa neh...

Nak kena banned kedai ni!

Image
Antara kedai makan kegemaran keluarga kami di sekitar kawasan rumah ialah sebuah kedai tomyam ni. Selalulah juga kami makan ataupun bungkus makanan dari kedai tu sebelum ni. Kedai makan biasa je, tapi sedaplah rasanya, sesuai dengan citarasa kami sekeluarga. Tapi, bila pergi lagi semalam, alahai. Dah lain. Ada perubahan dah. Naim dan Nazif ni makin galak nak main, bukan nak makan pun. Mama dan papa pun makan tak senanglah, bila dua beradik ni asyik nak main dengan benda ni je. Asyik minta duit syiling je.. Nazif pun main macam dia budak besar. Sebelum ni tak ada pun. Ai...tetiba je.. tapi bukan salah kedai ni pun, mesin ni kepunyaan kedai baju yang baru dibuka kat sebelah tu..

Kongsi minat yang sama

Image
Naim, Nazif dan Papa... semuanya suka makan telur separuh masak. Naim dah lama ikut kegemaran papa ni, Nazif pula sejak umur setahun ni, papanya mula bagi rasa dan nampaknya dia pun suka.. Tengok ajalah gaya makannya tu, makan budak besar kata papanya.. Mamanya? Tengok sahajalah...tak suka makan telur separuh masak ni...hairan pun ada, macam mana budak kecil macam Nazif pun suka makan telur separuh masak ni?

Rujuk kembali

Image
Sebelum ni saya pernah bagitahu yang Naim ni cukup suka pakai baju tidur. Tak kira siang atau malam. Semalam pun sama. Mengamuk dia bila kami paksa dia pakai jeans dan t shirt masa nak keluar ke Kelana Jaya semalam. Kiranya tahap marah betullah Naim semalam, sampaikan dia gigit papanya kat bahu! Sakit, kata Papa N. Hari ni pun masih terasa sakit. Kesian papa, kenapalah Naim gigit kuat? Saya suruh dia minta maaf dengan papa, tapi korang tahu? Naim tak nak cakap maaf pun.. Tapi budak, tak lama dia marah. Lepas baik je nangis tu dia kembali menempek dengan papa. Masa di Kelana Jaya semalam pun asyik minta papanya dukung je...dah lupa apa yang dia marah sangat tu. P/s: kenapa bila dah dewasa ramai yang suka berdendam?

Solat dengan anak kecil

Image
Dah lama saya terfikir nak buat entry ni, memandangkan di bulan puasa hari tu banyak kali saya tengok suami saya solat asar lewat petang. Semuanya kerana menunggu saya balik dari sekolah, yang ada masanya kalau jalan sesak, saya sampai ke rumah pada pukul 6.20 petang. Alasan Papa N adalah kerana khuatir anak-anak mengalami apa-apa jika dibiarkan sendirian semasa dia solat. Masalah ni juga berlaku pada saya. Tahu sahajalah, cikgu banyak cuti, suami pula tak macam saya. Bukannya pula saya ada pembantu rumah. Walaupun taska anak-anak dibayar penuh namun untuk menghantar anak ke taska sedangkan saya sedang bercuti, bukanlah pilihan saya. Tak sedap hati rasanya kalau macam tu. Anak-anak saya pula memang jenis yang aktif. Sama dengan mamanya ni. Mungkin bagi korang yang tak berada di situasi ni perkara ni taklah merisaukan korang. Namun saya percaya ada juga sebilangan ibu bapa yang mungkin ada masalah yang sama. Jadi, mungkin sedikit sebanyak entry ni akan membantu. Tengok sahaja...

Besen dan Alhamdulillah, penenang

Image
Musim dan kaedah menenangkan anak selalu berubah-ubah. Kalau sebelum ni, saya dapat tenangkan Nazif dengan bagi dia menyusu je. Dah besar sikit, Nazif dah mula pandai makan, dia kejar makanan dengan cekapnya, jadi nak tenangkan dia kami banyak suapkan makanan. Dia memanglah seronok macam tu, dah boleh guna tagline, " Nazif lain macam bila lapar". Tapi, saya rasa, kalau dibiar macam ni berterusan, tak boleh jadi ni. Nanti si Comel mama jadi gemuk, oooi tak boleh...tak nak ! Kaedah terbaru dan nampaknya memang berkesan betul ialah masukkan dia dalam besen besar tapi dengan syarat saya ada kat tepi. Selain risau dia terbalik, juga biasalah budak-budak ni mana boleh mamanya jauh sikit. Tapi, kalau nak melipat kain atau saya saja-saja nak update blog atau nonton tv, memang boleh jalan kaedah ni. Masukkan mainan Nazif sekali ke dalam besen besar ni, Nazif akan boleh mainlah kat dalam tu dalam tempoh masa yang agak lama juga sebelum dia mula bosan. Sambil-sambil tu saya layan...

Dah sampai masa

Image
naim di usia 15 bulan Hujung minggu lalu dan semalam  kami ronda satu kawasan BSP untuk mencari tadika yang sesuai untuk Ahmad Naim. Setakat ni, ada tiga tempat yang menarik perhatian kami. Dua daripadanya yang agak ada nama dan lagi satu yang biasa je. Semuanya ada kelebihan masing-masing. Namun belum buat keputusan nak pilih tadika yang mana lagi memandangkan banayak juga yang kena diambil kira.  Rupanya, anak mula bersekolah ni, macam macam hal yang nak kena fikir. Nak kena fikirkan apa silibus yang nak anak belajar, nak kena tetapkan kita nak anak belajar dalam situasi apa, nak fikirkan pasal day care selepas belajar dan juga mungkin kena fikirkan pengangkutan anak ke tadika. Macam-macam jugalah nampaknya.. Saja letakkan gambar lama Naim kat atas tu untuk mengingatkan diri yang Naim ni dah makin besar. Dah nak masuk sekolah pun nampaknya. Walaupun baru nak masuk tadika, mak bapaknya kemain bersemangat bincangkan hal ni. Papanya siap cakap dengan saya pagi tadi. "Tahun...

Air asam jawa memang mujarab!

  Malam semalam badan Nazif sikit panas. Tapi dia dapat tidur macam biasa. Pagi ni dia bangun lambat. Anak saya ni memang jenis payah tidur, biasanya kalau mamanya bangun , dia pun terus je bangun. Sesekali tidur lama sikit memang sebab tak sihat atau terlalu letih pada hari sebelumnya. Tetiba pagi tadi saya teringat petua dari blog Pondok Ajib . Terus saya bancuh semanguk kecil air asam jawa. Kemudian, apa lagi, saya tanggalkan baju dan seluar Nazif, tinggalkan pampers je. Kemudian saya lumurkan air asam jawa tu ke seluruh kepala dan  badan dia. Alang-alang nak mandikan dia nanti, tak pe comot pun. Biarkan kering air asam jawa tu, kemudian lepas 15 minit baru saya mandikan Nazif. Alhamdulillah, badannya dah tak panas lagi. Memang asam jawa dapat serap kepanasan dalam badan. Korang pun cubalah petua ni kalau anak kecil panas badan ye, in shaa Allah dapat tolong turunkan suhu dengan cepat.. Tadi, saya periksa suhu badan dia, 36.1 je... Legalah mama ye, adik tak panas...

Dah namanya budak

Image
Masa kita suruh, dia tak nak buat, bila kita tak suruh pulak, beriya-iya dia nak. Sekarang ni kalau kami keluar, mesti Naim yang akan ingatkan , "Papa, amik kerusi adik"... Jadi, bila keluar, Naim yang duduk kat situ. Dah jadi terbalik pula. Masa dia kecil dulu, memang tak nak duduk, ni jadi tempat letak barang beli belah kami je. Dah ada adik ni, dia pula yang tak izinkan adik duduk, sebaliknya dia pulak yang nak duduk. Siap panjat sendiri lagi tu.... dari segi keselamatan rasanya hal ni baik juga.. Taklah kami risau lagi, sebab Naim dah tak berlari-lari lagi bila sampai ke tempat orang ramai. Kalau dulu, masa dia dua tahun, sampai ke shopping mall, mulalah dia tunjuk keterujaan dia  berlari-lari riang bila jejak je kaki.. Kini, dia nak ditolak, kami dah lega tak payah kejar dia.. Bab ni pun satu lagi. BEDAK..Pantang jumpa, habisla bersalji rumah... Macam semalam, mamanya update blog sekejab je. Sambil tu saya biarkan Nazif main kat tepi saya.. Tetiba dia ...

Kicapmu kicap ku jua

Image
Kalau bab makan kicap, Naim ni memang anak mama. Samalah kita kan, Naim? Naim pun suka makan kicap kipas udang manis yang warna merah tu. Sedap, kan? E, sangat sedap.... Mula-mula kahwin dulu, saya selalu berbalah pasal kicap ni. Suami suka kicap tamin. Dia boleh gelakkan saya sebab tambah kicap kipas udang manis ke dalam nasi. Kurang asam tul, dia cakap macam budak-budak sebab saya suka kicap manis.. Amboi. sedap je ye. Saya pun apa lagi, saya cakaplah balik, "kicap cap tamin tu kicap orang lama lah. Kat kampong ayang, kami makan kicap tu dulu-dulu je, sekarang dah tak,".. Haha, lucu bila dikenangkan.. Mujur Naim ikut saya. Jadi, nak tak nak kalau dalam senarai beli belah tu papanya akan tak tinggal beli kicap manis cap kipas udang sebab dia tahu anaknya suka. Kalau dulu, dia belikan kicap yang dia suka je... Naim ni kalau nak makan, mudah je. Ada kalanya, saya lembutkan yee mee dengan lobak merah, lepas tu yee mee tu gaulkan je dengan kicap manis. Habis semangkuk dia ...

Petua saya semasa anak tak nak berenggang

ooo...akhirnya hari ni akan kembali bekerja setelah seminggu bercuti..Lama bercuti ni ada juga kesan yang kurang positif. Anak-anak saya ni bila mama diorang 24 jam ada di depan mata, mulalah macam macam halnya. Tak kira Naim atau Nazif, kedua-dua pun macam bergayut je di kaki mama ni. Ai, sampaikan nak ke tandas pun payah. Naim himpit dari kiri, kanan, depan dan belakang ikut suka hati dia. Sikit-sikit nak tanya mama, nak apa mesti nak mama ambil dan nak ke mana mesti kena ada mama. Nazif lak tak boleh nak jauh daripada mamanya langsung. Kalau jauh, meraunglah dia. Sampaikan kalau papanya pegang pun masih lagi dia meraung. Yang kelakarnya bila saya lalu dekat dia semasa dia menangis di pangkuan papa, dia diam dan siap siap hulurkan tangan macam suruh saya ambil dia. Hai, usia baru nak cecah 8 bulan dah pandai macam ni... Petua saya nak tidurkan diorang ni bila situasi saya macam ni, ialah selimutkan diorang dengan baju yang ada bau saya. Maknanya baju yang dah dipakai (ba...

Ini baru dua

Image
Keluar, jalan-jalan atau makan angin, seronok kan? Tapi, kalau dah ada anak ramai, takkan sama kan? Apa taknya, dengan dua hero ni, kalau nak keluar jalan jalan pun memang agak mencabar prosesnya. Ambil contoh hari ni, pada hal kami rancang nak pergi minum petang di Taman Warisan Pertanian Putrajaya je, dekat  tapi bukan main 'senang' prosesnya. Nazif pada waktu tu langsung tak nak diletakkan, nak didukung aja. Naim pulak lagi banyak cekadaknya. Mulanya payah nak mandikan dia. Asyik sangat tengok video di you tube. Bila dah mandi, dia buat hal sebab nak pakai seluar adik pula. Tak faham betullah, dah dipujuk macam-macam akhirnya kami yang mengalah, bagi juga dia pakai seluar Nazif walaupun memang nampak seluar tak cukup kain.. Kisah di dalam kereta semasa perjalanan tak payah ceritalah. Pendek cerita macam bawa lima orang anak, walaupun Naim je yang berkebolehan kat situ. Bila sampai kat Taman Warisan Pertanian tu pula, korang ingat boleh makan dengan nikmat? Jangan hara...

Naim tak nak naik car mama!!

Image
Kemahiran Naim ni makin lama makin berkembang nampaknya. Yang semakin menjadi-jadi sekarang ni ialah Naim tak nak naik kereta mama. Entah apa kurangnya kereta mama ni. Bila nak keluar dengan kereta mama je mengamuk-ngamuk dia ni. Petang tadi siap nyanyi soprano sekali lagi semata-mata protes tak nak naik kereta mama...Nak juga naik kereta papanya. Apa, Naim ingat kereta mama ni  tak hantar ke tempat mamat  bangla kat belakang tu untuk cuci apa? Ingat kalau naik kereta mama nanti orang kedai runcit tu takkan bagi Naim beli ais krim solero ke? Atau pun kereta mama ni tak sampai kalau Naim nak ke taman? Nilah kereta mama yang dah 5 tahun lebih berjasa nak ooi.. Masa kita kat JB dulu , kereta ni lah yang Naim naik tiap-tiap hari tau. Mama hantar Naim pergi ke rumah pengasuh dan ke klinik naik kereta ni tau.... Ai, jimat la minyak kereta mama ni nampaknya....   Nanti mama beli kereta macam dalam gambar tu, tak nak bagi Naim naik tau.  Mama pulak protes, h...