Tak baca bismillah ke?

Malam ni kami makan yee mee tomyam. Bukanlah hebat sangat menunya tapi sebenarnya ni kali pertama saya beli dan buat sendiri yee mee ni kat rumah. Biasanya makan kat luar je. Tak plan nak beli pun sebenarnya. Al kisahnya pagi tadi, memandangkan adik ipar yang sedang bercuti ada di rumah, saya minta dia jagakan Nazif sementara saya keluar beli barang. Kali pertama keluar sorang selepas ada Nazif ni, mamanya ni sedaplah jalan-jalan tengok barang. Rasa bebas je. Padahal bukan pergi jauh pun tadi, cuma pergi kedai runcit dan 99Speedmart kat BSP ni je. Tengah tinjau-tinjau barang tu, tetiba ternampak yee mee lalu terus beli.

tak nampak menarik tapi sedap

Jadi inilah hasilnya, yee mee tomyam versi saya. Sedap rasanya. Senang pulak tu nak buatnya, campak-campak aje. Cepat je habis licin yee mee ni saya makan. Suami sempat tanya, "amboi cepatnya makan,tak baca bismillah ke tadi? "  Jahat tul kan? Macam lah dia tu makan tak habis pun, licin jugak akhirnya.. Siap tambah telur separuh masak lagi untuk dia. Cuma bezanya dia  makan sopan sikit, jadi lambat habis.

Comments

  1. suka suka suka..tomyam memang sedap..:)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dah baca bismillah..:)

    terima kasih komen n3 akak...degan izinNYA..melalui komen tu akak dapat follow sini juga..kalu tak..tak jumpa cari..kena setting betui2..check semula supaya nanti senang kawan2 nak follow....

    apa pun tom yam mmg sodap..

    ReplyDelete
  3. tomyam memang antara feveret saya...tapi blum penah try pakai yee mee ^_^

    ReplyDelete
  4. sedapnya makan mee tomyam.. nak rasa juga..

    ReplyDelete
  5. salam
    hehe nasib baik dia komen mcm tu...kalau dia kata...amboii masa bercinta dulu bkn main sopan bila makan....ha tak ke awak tarik muncung..:)

    ReplyDelete
  6. Cepat habis sebab ambil sikit yg lambat tu sebab dia ambil banyak aisy.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. sy pikir mkn cepat2 sb baby duk merengek... suami selamba je suap tu..

      Delete
  7. Hehehee, bila makan masa lapar memang laju je abis, tambahan pulak sedap ;D

    ReplyDelete
  8. tetiba saya terliur nak makan tomyam =)

    ReplyDelete
  9. Hehe.. Gurau senda rumah tangga bahagia.. :)

    ReplyDelete
  10. rupa tak penting,yg penting rasanya..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1