Polisi satu anak mencengkam China
Polisi satu anak di China selalunya menyebabkan seseorang itu menyara keperluan ibu bapanya dan juga empat orang yang berstatus datuk dan nenek kepadanya. Jika si anak itu mendapat kecelakaan lalu mati, kebajikan ibu bapa dan datuk serta neneknya terabai begitu sahaja.
Sejak polisi itu diambil pada tahun 1980, dianggarkan sejuta keluarga China telah kehilangan satu-satunya penyambung warisan mereka akibat kematian.Dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang, antara empat hingga tujuh juta keluarga di China dijangka mengalami nasib yang sama.
Ramai yang mengalami nasib seperti Wu dan tidak ada orang boleh membantunya melalui waktu-waktu kecemasan atau menampung kos perubatan ketika lanjut usia. sumber: Kosmo Online
Syukur kita jadi warganegara Malaysia kan? Kalau ditakdirkan lahir sebagai warganegara China, kita semua mungkin tak ada adik beradik macam sekarang. Tak pun mungkin juga tak lahir langsung ke dunia ini.. Yelah, kalau dah kena lahirkan seorang anak je, mana boleh ada anak ke 2, ke 3 atau ke 5 macam saya. Kat Malaysia ni ramai juga yang kita dengar ada adik beradik 7, 8 atau 11, kan? Mesti meriah keluarga yang besar macam tu. Macam-macam boleh dikongsi bersama.
Teringat saya masa dalam pantang hari tu, bila saya cakap serik dah dua kali kena operate bila nak melahirkan anak-anak yang comel ni. Kak Ja saya terus cakap, "tak cukup dua orang, nati akan rasa sunyi bila diorang dah besar. Rumah pun tak meriah sangat kalau dua je anak. Sekurang-kurangnya tiga atau empat".
Kak Ngah saya lak cakap, " Mana boleh dua je, kalau mati sorang tinggal sorang je..macam mana?".. Terus saya jawab, "jangan lah mitak anakku mati, biarlah panjang umo,"
Sebenarnya saya faham maksud diorang tu. Kak ngah pun ada maksid tersirat dalam ayat dia.. tengoklah dulu ye, Nazif pun baru dua bulan... Kualiti lagi penting dari kuantiti kan? Ada rezeki lain, insyaAllah.
Bagi anak sedara saya, Kakak yang sedang belajar di Beijing tu, jangan cari jodoh orang sana ye...Balik sini cari suami kat sini, boleh ada ramai anak...
kesiannya kalu m'sia buat mcm tu juga..mana seronok sorg2 je,ramai2 la best nak makan pun berebut2 hihi
ReplyDeletexbest la sorg... ramai2 baru meriah time tua nanti.. :-)
ReplyDeleteOverload with people. Dilema...
ReplyDeletepolisi ciptaan manusia sll je dtgkan masalah kemudian ari..
ReplyDeletebtw..salam kenal..singgah follow awak..:)
Tak boleh bayangkan kalau ada anak sorang je, tak cukup..Nak masuk 3 ni pun dah rasa alhamdulillah ~ tq Tuhan
ReplyDeletesian kan? sedih ibu2 kat sna tu..huhu
ReplyDelete