Hari pertama balik rumah..

Assalamualaikum.
Akhirnya saya ada banyak masa nak berehat dan update blog. Sebelum ni, dari awal pagi sehingga petang ni Nazif agak merengek dan tak tidur lama. Paling lama tadi dia tidur dalam 10 minit aje. Itu pun tidurnya di atas riba saya dalam pelukan.. Baru je saya nak letakkan dia di tilamnya dia mula meraung.. Ai, payah juga kalau berterusan, bukan ada ramai orang di rumah ni yang boleh bergilir nak pegang budak montel yang usianya hampir dua bulan ni. kalau hari bekerja papanya akan balik petang.. Dalam tempoh sehingga awal tahun depan, lama juga saya akan jaga sendiri Nazif ni.

Jika difikirkan, syukur sebenarnya saya bersalin awal bulan Ogos. Dengan cuti tiga bulan yang diberikan, tambah pula dengan cuti sekolah panjang, saya ada masa panjang nak jaga Nazif sehingga dia 'keras' sikit badannya, sebelum terpaksa tinggalkan dia di nursery bila saya dah mula bekerja nanti.

Nak tahu macam mana Nazif yang sepanjang hari asyik merengek tak nak tidur dan nak didukung aje ni akhirnya dapat tidur? Saya dapat idea selepas baca blog ni. Saya bagi Nazif susu, kemudian selimutkan dia dengan baju saya yang belum dibasuh... Agaknya dia tidur sambil terbau badan mak dia.. Lega mama dapat rehat jab sayang ooi...esok entah macam mana pula perangai Nazif ni..

Comments

  1. oo bole buat mcm tu ye,hmm..bole akak cuba nanti

    ReplyDelete
  2. ooo mnjadi ek buat camtu... nanti nak gtau biras sy lah.. sbb baby dia pun, asyik nak kne riba je..

    ReplyDelete
  3. cubalah, nampaknya dengan baby Nazif teknik ni berkesan..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...moga segala urusan berjalan lancar. lepasni boleh kita kongsikan kisah anak2 kan? moga blh bantu kwn2 lain juga mana tau kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?