berakhirnya percutian rehat 37 hari

Lama betul tak update blog. Saya bercuti lama, gembira sangat rasanya dapat balik ke kampung untuk jangka masa yang panjang. Walaupun pengalaman balik kali ni tak dapat berseronok sangat kerana balik kerana berpantang, namun dapat tinggal lama dengan ibu bapa membuatkan saya cukup gembira. Sejak kahwin memang jarang dapat peluang untuk tinggal di kampung untuk jangka masa yang panjang macam ni. Selalunya kalau balik paling lama pun cuma seminggu.

Namun sejak semalam saya dah mula balik ke rumah sendiri. Jadi, hari ni bermulalah fasa menjaga kedua-dua hero ni sendiri. Tak ada lagi mak yang selalu bergilir menjaga Nazif, bila dia berjaga waktu malam. Selain tu, kenalah memandikan sendiri kedua-dua hero ni, tak ada lagi Kak Long yang datang mandikan diorang apabila dia kelapangan. Makanan pula tak lagi disediakan oleh orang lain, malah dah mula masak sendiri hari ini.

Ai, best sangat kalau saya dapat membawa situasi di kampung tu ke sini, tamak kan? apa pun, kehidupan mesti diteruskan. Pengalaman yang ditempuhi  akan mematangkan kita.

Comments

  1. salam..dah selamat kembali ye..anak2 sihat?

    ReplyDelete
  2. tahniah..
    selamat kembali.. pasti sedih ye..
    takpe.. ada buah hati baru tu.. sila letak gambar!!
    JOM JOIN GIVE AWAY SIMPLE!!

    ReplyDelete
  3. sekejap je yer... sy ni lagi sebulan.. hari ni 2/10, due 3/11... dah makin dkt... tiba2 pulak rs berdebar.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?