Semalam saya ber'sms' dengan Zilla, rakan di sebelah meja saya di sekolah. Saja bertanya khabar dan ucapkan selamat bersalin anak ketiganya. Zilla tentulah berdebar kerana untuk kali ni memang pergi menyerah diri untuk dibedah kerana kedua-dua kandungannya yang terdahulu pun terpaksa dibedah. Adoi, kalau saya pun ada rancangan nak tambah anak lagi nanti, pun tentu akan rasa macam Zilla kot sebab kes kami sama je.. Tapi itu lain kali lah fikir sebab tak tahu lagi jadi ke tidak.
.
Naim 5 bulan- masih lagi di Johor Bahru
Petang-petang macam ni saya layan Nazif jelah.. Hero kecil saya ni masih lagi batuk sikit-sikit, dan alhamdulilah demam dah baik. Selsema pun dah ok cuma nafas dia kadang-kadang bunyi kuat. Dia tak nak tidur pulak petang ni. Mamanya masih boleh buat kerja lain dengan syarat duduk di tepi dia.. Jadi, bolehlah edit blog dan BW blog kawan-kawan. Tadi, belek-belek gambar-gambar lama. Terasa sekejap sangat masa berlalu. Dulu Naim kecil, sekarang dah besar, banyak pulak tu perbezaan dia dulu dan sekarang.. |
|
|
Naim 7 bulan di rumah Tok Ayah |
Tak sabar nak tunggu Nazif boleh jalan pulak. Mesti best bila bawa kedua hero ni keluar. Takde lah nak kena angkut diorang je. Sila percaya Naim pun tak nak jalan bila tengok saya dukung adiknya, dia akan minta papa dukung dia. Ai, penat.
p/s : semoga Zilla dan bayi akan selamat dan cepat sihat. Semangat tul dia ni, bersalin ikut tingkap pun tetap ada impian nak anak ramai..empat...teruskan usaha ye..
tomey nyer...seronoknyer ada baby sendiri kan
ReplyDeleteInsyaAllah mudah-mudahan selamat semuanya
ReplyDeletemoga semuanya dipermudahkan..amin
ReplyDeletebaby syafiq dah pandai berlari tp klu lepaskan mmg haru. rela sy dukung smpi senget pun takpe.hahaha
smg dpermudahkan semuanya aminn..
ReplyDeleteapapun baby boy chomei sgt2,putih gebu...:-)
Ala comelnye Nazif...manis muka nya...
ReplyDeletesama je dgn adam ni,tetap nak berdukung juga,hmm..akak kalu ada rezeki nak tambah sorg lg tahun depan,sbb thn depan dah 35 jd kiranya last la kot..perancangan akak je la tu
ReplyDelete