Disangka hackeR ; selamat tak maybank2u



Ai,assalamualaikum.. Macam mana ari raya korang?  makan ape? Pergi beraya kat mana? Ada yang makan nasi dagang tak? Emm, bestnya..
Kali ni saya beraya di Tapah. Semestinya menu lain daripada nasi dagang. Nak citer tentang maybank2u lak. Korang penah tak terfikir tentang keselamatan data dan penggunaan maybank2u ni

Pagi tadi, papa naim nak buat satu transaksi maybank2u melalui i pad adiknya. Tau apa yang jadi? Berkali-kali buat tak boleh, sedangkan biasanya ok je. Akhirnya papa naim buat panggilan ke maybank. Selepas disiasat rupanya, transaksi yang nak dibuat jadi gagal kerana server maybank menganggap papa naim buat hack ke akaun tu.. Adalah istilah yang disebutkan tadi, saya yang lupa apa istilahnya. Kata diorang lagi, ikut rekod biasanya papa naim log in dari Australia guna pc, sedangkan hari ni guna i pad di Tapah, Malaysia. Huhu, haru kan? Terpaksalah papa naim terangkan yang dia biasanya log in guna notebook Hp Di Cyberjaya tapi kerjanya support server di Australia setiap hari.

Rupanya canggih juga sistem maybank2u ni.. Tak mudah nak hack sistem diorang..
Jadi, disebabkan tak berjaya transaksinya terpaksalah keluar ke pekan untuk ambil duit di ATM. Sesambil tu apa lagi, sempatlah singgah di Tapah Value Mart.. Oooo, kat Tapah dah ada pasaraya besar..banyak juga barangan yang dijual. Tak payahlah ke Kampar atau Ipoh lagi kalau gini. Bak kata papa naim, kalau nak yang lebih gempak balik KL je lah..
Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

  1. kiranya sistem tu terjamin selamat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya terjamin selamat...diorang dpt detect apa yg beza...

      Delete
  2. Mereka takut kes fraud la tu...
    Insya Allah, kalau kita login pada maybank2u mmg tak de masalah. Tapi jgn sesekali masuk guna link dari email... yg tu sgt bahaya :)

    Ada juga kes kawan kat sini, dia kena hack oleh website yg palsu... tertipu dgn jualan barang yg sgt murah, padahal kedai tu mmg tak wujud langsung. Mcm2 cara orang boleh menipu rupanya :)

    Saya raya kat sekolah hari ni... sob sob!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa beraya di sekolah lak? Ada apa majlis ke?
      Tulah, kiranya kena beringat selalu

      Delete
  3. bagus la mcm tu.tak senang2 org nak hack kan

    ReplyDelete
  4. ok tu selamat jugak acc kita drpd kena hack tapi..macam cerewet pulak haha :D

    ReplyDelete
  5. akak takde maybank2u..penah daftar dulu tp lupa password hehe..

    ReplyDelete
  6. a,ah..bgus jugk tu kan..sistem dia okey..:)

    ReplyDelete
  7. mnjamin keselamatan kiter jua..;)
    salam aidiladha aisy

    ReplyDelete
  8. nampak ketat dia punya kawalan keselamatan...

    ReplyDelete
  9. sue mmg selalu guna maybank2u tuk transfer atau bayar bill...mudah dan selamat...asalkan guna link web yg betul..pastikan yg ori......hehehe...

    ReplyDelete
  10. owh, kiranya sistem tu mmg terjamin la kan.. bagus lah kalau sistem tu boleh detect sebagus tu..

    ReplyDelete
  11. wow...canggih la maybank...

    rasa terjamin sikit bila baca n3 mcm ni...

    ReplyDelete
  12. saya blum ada akaun maybank...tp ingat nak buka juga sebab nanti senang bleh tengok tiket MAS...sekarang ada cimb click jerr...MAS x terima dr CIMB

    ReplyDelete
  13. Okla macam tu, 'secure' tu penting..
    Diorang takut orang hack kan, better ni cara selamat..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1