Yang penting mesti sejuk

tiga warna dan tiga rasa berbeza
Siapa pernah makan benda ni? Best kan? Inilah stok ais krim Malaysia@buatan  sendiri di dalam peti sejuk rumah saya sekarang. Buat ni untuk anak bujang kesayangan, siapa lagi kalau bukan Naim.

Maklumlah semasa tinggal di kampung sebulan tempoh hari, hampir setiap hari Naim makan ais krim. Malah kadang-kadang sampai 3-4 batang dalam sehari. Balik rumah sendiri pun dia asyik minta ais krim dan satu memang dia tak cukup.kat kampung tak pelah, kosnya Tok Ayah yang tanggung. Sini mama yang berjimat ni risau habiskan duit semata-mata untuk ais krim je. Membazir betul kan? Jadi sebagai penyelesaian, buatkan ais krim ni untuk pujuk Naim.

Sebenarnya Naim ni tak kisah ais krim yang dimakannya tu ais krim yang mahal atau ais krim yang murah. Selagi sejuk bendanya, dia tak kisah. Pernah masa di kampung, suatu hari stok ais krim tak ada dalam peti sejuk. Naim apa lagi, berkali-kali tunjuk jari ke arah peti sejuk. Sambil menarik tangan orang sekeliling ke arah peti sejuk dan minta membukanya, dia akan cakap ,"Naim nak peti sejuk". Kelakar betul, mula-mula heran kenapa dia asyik minta peti sejuk. Lama-lama sikit baru dapat agak yang dia minta benda yang ada di dalam peti sejuk. Jadi hari tu, lepas dapat ais ketul baru dia diam. Asalkan sejuk, bolehlah...

Tapi korang jangan ingat saya bagi Naim makan ais krim banyak macam  tu aje. Saya pastikan Naim selalu gosok gigi. Tapi ada kalanya terlupa juga nak suruh dia gosok gigi. Tapi sekarang Naim dah tak meragam bila disuruh gosok gigi, malah semakin berdisiplin bila menggunakan berus gigi, tak lagi bawanya merata-rata, malah segera serahkan kepada mamanya bila dah siap gosok giginya.

Comments

  1. Sedapnya tgk.. Hijau tu perisa apa?

    ReplyDelete
  2. perisa kacang hijau yg terbaekkkk :)

    ReplyDelete
  3. eady: menarik juga tu...nati kalau rajin saya cuba buat

    ReplyDelete
  4. dah lama ndak jumpa aiskrim macam nie...sedap bah nie...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?