Tepuk amai-amai

Tepuk amai-amai ,
belalang kupu-kupu,
tepuk biar pandai,
mama upah susu.
 
susu lemak manis,
santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
Mama nak buat kerja..
 
Dah beberapa kali saya main-main dengan Nazif sambil menyanyikan lagu Tepuk Amai-amai..Sekarang Naim lak yang semakin syok, bila dengar adiknya menangis dia akan minta saya menyanyikan lagu tersebut. Bahagian yang paling suka dinyanyikan oleh Naim ialah SSSUUSSSU (susu) dan kerja...

Lagu ni saya jarang nyanyikan masa Naim kecil dulu. Tahu kenapa? Sebab bibik yang pernah menjaga Naim waktu tu selalu mendodoikan Naim untuk tidur dengan lagu ni. Bila dengan akak tu nyanyikan lagu ni dalam versi indonesia(korang bayangkan sendiri), saya tak jadi nak nyanyikan lagu ni lagi,,,hehe..

Alhamdulillah syukur, saya perhatikan Naim dah kurang sikit memberontak dalam minggu ni.. Namun saya masih lagi terus berdoa ketika solat, tiupkan ayat-ayat tertentu ke kepalanya serta kerap usap-usap kepalanya. Saya juga mengelakkan menyebut adik apabila menegur Naim sekiranya dia melakukan sesuatu yang tak kena. Memang Naim ni terasa berbahagi kasih dan nak perhatian agaknya.. Daripada tegas melarang dia, saya banyakkan panggil dia dan cakap dengan lembut supaya dia tak buat perkara yang tak kena tersebut. Semoga seterusnya Naim akan jadi lebih baik dan tak memberontak lagi. Harapnya juga Allah memberikan saya lebih kesabaran untuk menempuh dugaan ini. Ayat yang pernah saya katakan kepada ibu seorang pelajar bermasalah, tahun lepas, kini sering bermain-main di fikiran saya..
  " kalau puan rasa tensen, rasa susah nak kawal anak puan yang sorang ni, bayangkan kami cikgu yang terpaksa kawal 40 orang budak sekelas."...

Rasanya bercakap memang senang, bila saya berada di tempat ni, saya dah faham dan rasa kesukarannya... Hakikatnya tiada benda senang kekal di dunia ini... Berusahalah semoga kita ditempatkan di syurganya untuk senang di akhirat nanti.

Comments

  1. sama la dgn adam ni..kdg2 geram je ckp baik2 pun x jalan..mula la akak rasa nak cepuk, pagi tadi hantar pegi taska dia mengamok2 taknak pegi jeritan satu taman bole dgr..nasib baik masa teacher dia keluar amik dia,dia ok kalu tak mau meroyan akak kat situ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha,kita sm2 byk bsabar la ye... Ank2 lelaki ni mmg nakal agaknya. Akal pjg kdg2 rasa mgalahkan umo..

      Delete
  2. saya ramai adik, jadi masa kecik2 saya la ibu kedua dodoikan adik2 tdo..hehe

    sekaranga ada anak buah sorang....geram nak dodoi2..tp dia bukan macam kami adik beradik...tdo sepalit kata orang (sekejap)

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 dulu, mmg kuat jealous. hhihii

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Beli dengan foodpanda tapi makanan tak sampai?

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?