Posts

Showing posts from April, 2014

Choleq @ Bangi - Penangan JJCM

Image
Siapa yang menonton JJCM tengah hari tadi pasti perasan tentang kedai colek ni. Kami laki bini mulanya saja je, sambil-sambil tengok tu bila nampak menarik juadahnya, terus cakap nak terjah kedai ni petangnya.
Tapi tak sangka langsung kami, kedai yang dijangka beroperasi pada pukul 4 petang tu rupanya dibuka pada pukul 5.30 petang. Dapat kami menyaksikan penangan rancangan JJCM tu. Ramai giler pelanggannya pada petang tu. Yang sampai lebih kurang macam kami, dalam pukul 4.30 petang dah nampak ramai. Jadi, bila kedainya dibuka pada pukul 5.30 petang tu semuanya menyerbu masuk.
Menunggu sampai colek ni kemain lama. Budak berdua ni sempat lari-lari di celahan orang yang ramai tu. Makan kerepok hampir habis. Berebut air kosong  sampai habis pun belum sampai hidangan yang dipesan.
Bukan anak kami je, anak-anak pelanggan lain  pun sama. Dalam sejam menunggu tu bergilir kami laki bini dukung Nazif yang macam dah lapar sangat. Macam-macam karenahnya . Mulalah menyondol dada mama. Ai..Nazif…

Bersungguhnya

Image
Naim ni bila dia suka sesuatu, dia memang akan bersungguh-sungguh usahakan sehingga berjaya dapatkan benda tersebut.
Kalau dia menangis meraung sebab nak beli sesuatu semasa di pasaraya tu kami dah masak sangat. Kalau dia dalam mood menulis, habis ditulisnya buku dan dinding. Kalau mood nak makan ais krim, sepanjang harilah ais krim jadi santapannya. 
Yang terbaru, Naim minat baca set buku Noddy. Macam kat atas tu, sampai tak boleh buat kerja lain mama dan papanya sejak empat hari ni. Asyik disuruh bacakan buku-buku ni saja. Lepas satu, yang lain pula disuruh baca.
"Abis, Naim cakap apa ni?"
Itu ayat yang disebut oleh Naim sehingga petang semalam, yang mengarahkan kami bacakan muka surat tersebut kepadanya.  Hari ni dan malam semalam pula Naim mula pandai sebut,  " Mama, lepas tu apa?"
Tak sabar dia nak tahu kesinambungan kisah Noddy ni. Tapi yang tak tahan tu, dia minta kami bacakan buku ini ikut muka surat yang menarik minat dia. Bukan baca dari depan ke belakan…

Sakinahlah arwah Sakinah

Saya tak tahu macam mana nak menulis pasal ni. Dari tengah hari tadi saya terfikirkan pasal ni. Nak memulakan ayat terasa serba tak kena.Sebenarnya lepas makan nasi ayam Papa N tengah hari tadi, kami sekeluarga pergi ke Putra Perdana untuk menziarahi kawan yang baru kehilangan puterinya yang baru sahaja berusia 8 bulan 4 hari. Kawan saya ni, menunggu kedatangan puteri setelah mendapat dua anak lelaki, namun tak sangka hayat puterinya tak lama.Sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui segalanya. Saya terasa terkilan juga sebenarnya tak sempat langsung nak jumpa arwah Nur Sakinah ni. Sememangnya sejak 6 bulan dalam kandungan ibunya, arwah telah disahkan ada masalah. Saya dan Zilla sebagai rakan yang duduk di meja sebelah, sangat bersimpati dengan kawan saya ni. Selepas kelahiran arwah, banyak kali kawan kami ni kena bercuti untuk menjaga arwah yang banyak kali kena menghuni wad hospital. Namun, itulah, berat mata memandang, orang yang memikulnya pasti beribu kali lebih terasa. Saya dan Zi…

Chef Wan in the house

Hari ini kena tulis blog. Kali pertama dalam tahun 2014 ni suami tersayang masak hidangan lengkap untuk makan tengah hari. Haha.. Nasi Ayam Tapah Style ni, tak sama rasa dengan nasi ayam di kedai. Dimasak oleh ahli keluarga Tapah je baru rasanya sama. Bukan bodek, tapi kalau suami masak nasi ayam, memang sedaplah. Dia pun bukan jenis nak rajin masak sangat. Kalau hari biasa, jarang sekali. Rela pegang anak kalau diberi pilihan.Semuanya suami yang buat tadi. Daripada bersihkan ayam, goreng ayam separuh, buat supnya, sediakan kicap, masak nasi dan sos. Saya mulanya nak buat Nazif tidur tapi akhirnya saya pun tertidur sama. Jadi bila dah siap masak tu, sedang elok saya terjaga, saya sempat tolong sediakan daun salad, tomato dan timun je. Lagi satu, hidangkan semua makanan ke dalam mangkuk dan pastinya saya tolong makan dan bertambah nasinya. Chef Azwan, esok masak lagi?? Nasi tomato lak, plZ...gambar? Tak sempat nak ambil, bangun tidur terbau wangi nasi ayam terus ngap...

Pilihlah untuk bahagia tanpa melukakan orang lain

Entry motivasi di pagi Jumaat ni.Semua orang nak mudah, nak cepat, nak senang dan terbaik untuk diri sendiri. Tapi, seharusnya di saat yang kita mendambakan semua tu, kita juga patut elakkan mengambil kesempatan terhadap orang lain. Sesungguhnya doa orang yang tertindas itu.....semua pun tahu kan.. Saya taklah berdoa untuk yang tak baik. Cuma bila rasa diambil kesempatan oleh orang lain, diorang fikir dia je nak senang, mulanya rasa bengang. Namun, alhamdulillah, Allah bagikan sebab untuk rasa tenang. Insya Allah, setiap apa yang kita lakukan , pasti ada balasan yang setimpal. Kebaikan yang dibuat, mungkin hasilnya kepada kejayaan kita, keberkatan rezeki, kerukunan rumah tangga dan juga mungkin kemenjadian anak-anak. Bukan saya kata tu, ustaz yang kata. Sesungguhnya saya percaya itu. Saya pilih untuk bahagia tanpa melukakan orang lain. Terpaksa beredar dulu, hari ni saya kerja 8 pagi hingga 7 malam. Sunway, Kuala Kubu Bharu dan USJ.. Apa pun, saya doakan semoga korang semua bahagia da…

WW: Benda yang tak payah diajar tetapi anak pandai

Image
Anak memang tahu je kalau pasal main.
Dan yang kagumnya, walaupun budak berdua ni bukan tahu baca pun lagi, tapi boleh pula diorang tahu mesin kat belakang tu. Tahu fungsinya. Hairan tul. Naim pun setakat kenal huruf abc je baru. Boleh baca pun setakat ba, ma, cat, cot dan yang mudah-mudah je. Macam mana boleh dia suruh papa tukar duit kat mesin exchange tu untuk dia sambung main? 
Ai, apa lagi alasan nak bagi lepas ni?

Bawa Naim main boling kali pertama

Image
Masa latihan boling minggu lepas saya tiba-tiba terfikir idea nak bawa Naim bermain boling. Saya cakaplah kepada Papa N pasal tu. Tak sangka Papa N setuju je dengan cadangan tu. Katanya bagus juga bagi Naim cuba aktiviti baru.
Jadi, hari Sabtu lepas, kami pun pergilah main boling sama-sama. Naim mula-mula tu tak nak masuk ke tempat boling, jadi kena pujuk untuk bawa dia masuk. Naim ni, padahal jalan dari lif ke tempat boling tu bukannya jauh pun. Itu pun dia sempat berkenan pada beberapa benda yang dijual di sekitar perjalanan. Meraung-raung tak nak main boling sebab nak beli benda-benda yang dia lihat sepanjang perjalanan tu.
Itu sebelum Naim ni tahu apa itu main boling. Bila dah habis dipujuk, dan juga rasanya bila melihat balingan papa dan mamanya(walaupun taklah hebat mana), Naim mula ok moodnya. Mula dia cuba angkat bola boling yang ada tu. Papanya terus ambilkan bola yang paling ringan untuk Naim, sambil pujuk kononnya warna kuning tu cantik bolanya. 


Tengoklah gayanya. Bila da…

Rendang kering dan pulut kuning

Image
Tetiba saya merajinkan diri pagi tadi. Dah beberapa hari saya berhajat nak masak pulut kuning bila suami minta masakkan rendang ayam. Lagipun beras pulut yang dibawa dari kampung hari tu ada lagi. Jadi hari ni buatlah kedua-duanya. Pulut yang direndam sejak malam semalam tu  saya kukus pada pukul 9.40 pagi.
Kali pertama ni buat sendiri pulut kuning. Telefon mak masa nak mula kukus tu, tak berangkat. Saya telefon pula Kak Ja, juga tak berangkat. Akhirnya saya buat sahajalah ikut cara di internet. Resepi kata macam ni, saya buat macam tu. Hasilnya pulut ni masak ok tapi bab rasanya saya rasa patut tadi saya tambah lebih garam barulah kena. Warna kuningnya tu, saya tak puas hati. Rasa lagi seronok kalau lebih terang kuningnya.
Mujur rendangnya sedap je rasa. Apa tak jadinya, saya guna rempah rendang tok yang dah sedia, cuma kena tambah air, santan, ayam dan daun kunyit je tadi. Memang sedap dah rasanya. Masak rendang tadi dalam pemanggang ajaib, saya jenguk sekali sekala je sambil tu te…

Komen yang menyentuh hati

Bila jenguk ke blog popular tadi, saya terfikir, saya pun ada perasaan berterima kasih yang sama. Cepat-cepat karang entry ni.

Terharu saya kerana luahan saya dalam entry semalam, dapat banyak komen yang membina dan memberikan semangat. Sedih hati saya semasa dua hari kejadian dan masa nak karang entry tu pun saya masih lagi sedih. Terbayang muka anak-anak, sambil tu doakan semoga hari-hari seterusnya dimudahkan urusan saya dan suami. Pastinya saya kena keluar sekolah selepas pukul 6.50 petang, dah kerja di sesi petang. Papa N, saya harap semoga lepas ni kerja akan cepat selesai dan dapatlah kiranya ambil dua beradik tu awal sikit.

Antara banyak komen tu, saya akan ambil tindakan dengan komen Miss Mirror.



Miss Mirror a.k.a Sam17 April 2014 23:19 Kesiannya... bersabarlah menghadapi.
Kena deal dgn org taska tu utk simpankan
biskut2 atau roti (kita bwk dari rumah) supaya bagi bebudak tu makan
sementara tunggu Papa dia ambik. Betul juga tu, kalau minggu yang Papa N dijangka sibuk, kena sediaka…

Duhai anak

Image
Assalamualaikum semua..
Semoga mendapat hari yang penuh keberkatan pada hari ini ya.. juga untuk seterusnya.  Sesungguhnya Allah menguji umatNya dengan pelbagai cara.  Semoga kita menjadi umat-Nya yang berjaya menempuh ujian itu.

Doa saya pagi ni, semoga saya diberikan kekuatan untuk menempuh detik nembesarkan dua Ahmad ni dengan baik di samping tak mengabaikan tanggungjawab yang lain.
Dah dua hari agak kelam kabut. Papa N balik lebih lewat, anak-anak mula meragam bila terlalu lama berada di taska. Hari Selasa, Naim mengamuk tak nak masuk ke rumah kerana menagih janji nak makan donut. Di saat maghrib kedengaran tu, dia merengek di depan pintu. Nak tak nak, kami ikutkan jugalah bila memikirkan kesian anak yang lapar setelah diambil oleh papanya pada jam 7.15 malam. Pergilah ke tempat yang berdekatan beli donut, paling dekat J-co atau Big Apple's pun di USJ, redah jugalah masa tu. 
Sedih hati tengok Naim makan dengan comot.Anakku lapar rupanya. Lojiklah, bapaknya ambil dah lewat, s…

Time Tunnel

Image
Tengah terasa rajin nak menulis ni, jom cepat luahkan apa yang tersirat di minda ni. Nak tuliskan sesuatu memandangkan teringat pasal peristiwa malam ni, yang mengingatkan saya kepada kata-kata Papa N semasa kami masuk ke Time Tunnel, Cameron Highland hari tu.
Kami baru kali pertama masuk ke tempat ni. Biasanya kalau pergi CH, kami tak pernah masuk sini. Maklumla kalau yang dianggap arked atau muzium ni, bukan semua orabg suka masuk. Eh, tetiba rasa jeles MD kata esok nak ambil EL, nak bercuti.. bestnya cuti di tengah minggu ni.pergi mana tu?
Lepas bayar RM 10 untuk dua orang, kami pun masuklah ke Time Tunnel ni. Dah dapatkan khidmat En Google sebelum ke CH tu, jadi kami tahu tempat ni penuh dengan barang lama. Mula-mula tu, saya tengok dua Ahmad dan Papa N biasa je. Masuk ke dalam sikit, mula terasa sejuk. Rupanya tempat ni di bawah tanah, kat atasnya dijadikan deretan kedai jual strawberi, barang mainan dan makanan. Patutla sejuk, kan? antara benda lama yang terdapat dalam galeri n…

Nasi juga pujaan

Image
Korang dah sarapan? Makan apa? Pagi ni, awal pagi lagi saya dah bangun buat macam-macam. Mulanya saya taip surat sumbangan dengan penuh khusyuk. Bila Naim mula merengek nak donut, saya dah mula resah. Mana mama nak buat donut tetiba ni. Saya tawarkan dia benda lain, semua tak nak katanya. Dah tak macam sebulan pertama, sekarang Naim dah tak nak bersarapan sangat sebelum ke sekolah.
Bila tiga hero dah pergi, saya mula sambung kerja, tapi tak dapat nak khusyuk. Perut mula berbunyi. Tengok roti macam tak lalu. Akhirnya saya potong sayur kailan kecil dan goreng dengan cendawan. Makan pula dengan nasi semalam dan sambal belacan serta ikan goreng. Untuk sarapan ni, korang jangan tak percaya perut orang ni. Beberapa hari lalu beriya kata nak kurangkan makan nasi. Bukan apa, saya cakap nak kurangkan je, bukan tak nak makan langsung tau. Sebabnya masa naik 2kg berat tu, saya memang makan banyak kali. Di saat asyik lapar memanjang, 3 kali nasi dan dua kali menu sampingan pun masih boleh buat s…

Bukti Naim abang yang penyayang

Image
Naim ni, memang suka tengok kartun. Macam tu dianggap biasalah di kalangan kanak-kanak sebaya Naim ni. Tapi yang kelakarnya dengan Naim ni, di samping dia seronok menonton rancangan kartun kegemarannya, dia juga selalu kaitkan Nazif dengan kartun yang dilihat.
Kartun yang paling Naim gemari, Upin dan Ipin ni, Naim akan gelarkan dirinya Upin dan Nazif pula sebagai Ipin.

Kalau tengok Pada Zaman Dahulu pula, Naim ni Aris dan Nazif pula ialah Ara....Ara? Haha.. dah beberapa kali saya bagitahu Naim yang adik tak boleh jadi Ara sebab adik bukan perempuan, namun dia bertegas katanya Aris tu abang dan adiknya Ara. Layankan sahajalah..
Kalau tengok cerita Boboiboy pula, Naim ni Boboiboy dan Nazif ialah........ OCOBOT.... haha.. ada saja idea Naim ni. 
#p/s: Bila mama dipanggil Yaya dan Papa dipanggil Gopal, saya gelak besar. Tapi bila dia seronok dengan Kisah Pada Zaman Dahulu, mama jadi Aki ? Alahai...

rasanya kalau Naim baca entry ni bila dia dah besar nanti, dia gelak besar tak dengan gelagat sen…

Jemur baju dalam rumah

Image
Dalam masa warga Selangor menghadapi krisis air ni, banyak juga benda yang boleh diperhatikan. Maksud saya kesan yang berkaitan dengan penggunaan air. Antaranya, ada murid yang datang ke latihan rumah sukan dengan seluar atau baju yang lembab. Kedengaran kelakar kan? Budak-budak ni! Kenapalah nak pakai baju yang kurang kering, pakai jelah baju lain aje. Tapi mesti diorang ni takut cikgu marah kalau tak pakai baju rumah sukan agaknya. Tapi, di situasi macam ni, cikgu pun fahamla ooi.. 
Yang kelakar pula, bila ditanyakan kenapa tak kering, budak-budak ni memberikan jawapan yang baru je mak diorang basuh baju tu semalam kerana beberapa hari sebelum ni rumah kena catuan air. Logik alasan tu. Tapi, mak diorang ni tak tahu ke kalau jemur baju di bawah kipas di dalam rumah boleh keringkan baju dengan cepat. Malah memang akan kering kalau letakkan di bawah angin kipas semalaman. Kami pun selalu je buat gitu kalau terlupa basuh baju Naim pada hari sebelumnya. 

Bersangka baik sahajalah kan. Apa p…

Rentung lagi

Image
Terpaksa pinjam tagline MamaZir pula hari ni. Minta pinjam ya..bukan sengaja nak rentungkan roti pita ni, kalut pula pagi ni bila Nazif bangun awal. Semalam timbang berat dah jadi 47kg, terus rasa nak kurangkan makan nasi. Hihi.. kononnya kan.
Tengah saya menyiapkan sarapan dan kemas baju anak-anak tadi, Papa N turun sambil mendukung Nazif. Terus dihulur Nazif kepada saya. Nak mama katanya. Sambutla saya dengan penuh gembira. Si comel mama ni, kalau dia bangun awal, tak nak je dia duduk kat bawah pun.
Jadi, nak tak nak saya dukung Nazif sambil buat kerja yang perlu. Tetiba masa saya masukkan baju Naim saya terbau sesuatu. Bila pergi ke dapur, saya tengok roti pita saya dah hangus sikit. Padahal saya nak panaskan saja roti ni. Tapi, masa tu saya terbalikkan roti tu dan kembali mengemas baju Naim. Ingatkan dah ok masa saya tu tapi bila saya datang balik sebelah lagi pun hangus juga jadinya. Haha.. nak elak tak bolehla. Penyelesaiannya, saya bakar yang lain untuk sarapan Papa N dan yan…

What we think, what others think?

Image
Ceriakan pagi Selasa kita dengan petikan kata di atas tu..
WHAT YOU THINK OF YOURSELF IS MORE IMPORTANT THAN WHAT YOU THINK OTHERS THINK OF YOU...
Baru Selasa ke, dah mengharap esok Jumaat..hihi.. apa pun kena sentiasa positifkan diri sendiri... sokmo.. Positif Pa.. jangan marah dan jangan terkejut Naim dan Nazif beradu tenaga curahkan kreativiti hias kerusi ni. Nampak tak tahap keberanian diorang masa mencurahkan idea ni? Cukup bersungguh-sungguh kan. Adunan warna pun nampak seimbang dan sesuai.. haha.. apa nak dikata lagi. Bakal pelukis terkenal kot anak-anak kami ni...

Wordless

Image
Assalamualaikum semua..
Lama tak menulis ya. Alhamdulillah ada juga yang bertanya pasal saya semasa tempoh tak menulis ni. Adik manis ni dalam minggu ni sibuk sikitlah, Okje. Ditambah pula dengan rasa memendam perasaan, itu yang malas nak menulis entry baru. Haha, di samping tu, ada hati nak meniaga telekung ya? MD, entry pasal telekung tu saya dah delete, sebab takut tak sempat masa nak buat bisnes tu. Haha, saya sendiri gelakkan diri. Angan-angan nak cari duit lebih konon. Masa kemain mencemburui, nak ditambah lagi dengan kerja bukan kewajipan. Ish..memang cari nahas tu, kan?
Lagipun, tak ada yang buat pesanan pun dalam tempoh sehari tu. Kecewa saya. Bisnes pertama tak menjadi rupanya. Hihi. Saya menaip di sekolah sebenarnya ni. Walaupun hari Sabtu, namun memang ramai cikgu yang datang buat kerja masing-masing. Saya pulak kerja sikit je nak dibuat, tapi disebabkan kena mengawasi murid yang ada sesi perkhemahan pada petang ni, maka tak jadilah balik tengah hari ni. Terus tinggal di …