Posts

Showing posts from June, 2014

Rempah segera yang memudahkan saya

Image
Atas permintaan Nur, inilah dia gambar perencah segera yang saya guna buat masak nasi beriani semalam. Teknik gambarnya buat tak nampak jenama, tapi kedua-dua paket ni jenama sama, iaitu Iman. 
Paket nasi daging saya belum cuba.Yang beriani tu, bagi saya dan Papa N, dah sedapla. Naim dan Nazif pun makan ok je, ikut kata Papa N, kalau Naim boleh makan habis tu kenalah dengan selera dia yang sememangnya tak gemar makan nasi.  Semestinya sesuai untuk ibu bekerja dan tak pandai masak macam saya. Dalam setengah jam dah siap nasinya. 
Ok, selamat mencuba ya..

Menu buka puasa hari pertama

Image
Terima kasih kepada MIL dan Mak Su Rok sebab berikan perencah nasi beriani masa saya ke Melaka pada minggu lepas. Saya mulanya melawak je pada masa saya ternampak banyak paket produk Iman dalam peti sejuk di rumah Mak Su. Pada masa tu, MIL dan Mak Su sama-sama cakap, " kalau nak ambillah". 
Haha.. apa lagi? Mula besar biji mata menengok apa yang ada. Masa saya nak balik petang Ahad minggu lalu, MIL yang masukkan ke dalam plastik lalu dihulur kepada saya untuk dibawa balik. 
Jangan ada yang nak komen, hebat masak nasi beriani tau..tak ada yang luar biasanya oun, sebabnya memang mudah sangat bila guna perencah jenama Iman ni tau. Saya rendam beras basmathi setengah jam. Nak masak tu, tumis serbuknya ikut arahan pada paket, masuk air yang telah disukat, bila mendidih air saya masukkan beras. Tak sampai setengah jam dah masak nasinya. 
Bab lauk tu, atas permintaan Papa N, saya buat ayam merah. Kemudian disebabkan tergoogle resepi kaki ayam, tak jadi saya nak masak kari kari kak…

Budak bandar masuk kebun

Image
Balik dari sekolah hari Jumaat tu, Papa N dapat panggilan dari maknya, jemput kami ke Hulu Langat, ke kebun adiknya untuk makan-makan sempena nak mula berpuasa. Memandangkan kami tak ada buat apa yang penting, kami pun setujulah. Rezeki jangan ditolak, kan?
Masa pergi kami tersilap pilih jalan, ikut jalan Batu 14, jam teruk. Mujur kami keluar dari rumah awal, jadi taklah sampai lewat sangat.
Sampai kat kebun Atuk Mus ni, terus dua beradik ni meneroka alam. Nazif je ada dalam gambar sebab pada masa yang sama Naim sedang sibuk mengejar ayam kampung yang dibela oleh Atuk Mus. Berkali-kali Naim berlari ke sana sini mengejar ayam. Tak kurang juga berkali-kali dia nak berlari ke arah tempat peliharaan ayam belanda, itik dan ikan. Berpeluh satu badan.
Mama dan papanya pula, makan durian. Kebun durian, jadi buahnya segarlah. Bolehla saya makan lebih 3 ulas. Kalau buah dah agak lembek saya memang tak leh nak telan. Semalam tu, sempatla merasa sikit-sikit buah durian dari jenis yang berbeza. A…

Kisah malam 1 Ramadan

Dah lewat sebenarnya, tapi saya tak dapat nak lelapkan mata lagi. Bukan saya tak sabar nak bersahur, dan bukan juga saya menonton perlawanan bola sepak. Lepas siapkan sup tulang tadi, saya kemaskan baju-baju yang bertimbun kat atas sofa. Mulanya saya lega bila anak-anak dah tidur awal. Memang huru hara juga tadi sepanjang dua jam lebih Papa N pergi terawih.Dua beradik ni main macam-macam sampaikan akhir sekali dahi Nazif benjol jadinya kat tepi kanan. Mula dia merengek sedih dan lepas saya pujuk dia terus tidur. Naim pula takut kena marah agaknya bila dia tengok adik macam tu jadinya, dia mula diam dan yang lain daripada biasa, malam ni tak minta saya tepuk dan teman dia tidur. Tapi bila adik dah lena, saya sempat juga tepuk dan nasihatkan Naim supaya jangan usik adik lagi. Rasanya saya tak dapat nak lena cepat kerana memikirkan benjol di dahi Nazif ni. Langsung saya lupa nak tuam tadi. Sebaik saja Nazif nangis, saya letakkan minyak gamat dan bila dia diam, saya pujuk dia tidur terus.…

Jadilah seperti manggis

Image
Kali pertama saya dengar pepatah ni, terus rasa berminat kerana sangat bermakna pepatah ni. Jadilah seperti manggis, apa yang di luarnya, begitulah yang ada di dalamnya.Baru saya tahu yang kalau kat bawah manggis tu tunjukkan ada 5 kelopak, maka isi kat dalam juga ada lima. Kalau besar kecilnya sekata, kat dalam, isimya lebih kurang sama. Menarik sungguh kan? Jadi, semoga sama-sama kita contohi sifat tidak berpura-pura yang ditunjukkan oleh manggis ni.  Rasanya saya pun kena kurangkan masa berblog, ada beberapa perkara yang kena diselesaikan dahulu sementara waktu. Kalau saya tak menulis lagi untuk seminggu ni, saya ambil kesempatan siap-siap, untuk ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa tahun ini lebih berkat dan bermakna.

Persahabatan

6Petang ni seronok nampaknya anakanda Naim. Sebabnya Naim dapat main kat luar dengan anak-anak jiran. Kebetulan ada anak jiran yang umur sebaya Naim tadi. Tak main lama pun sebenarnya sebab dah nak maghrib masa saya sampai tu. Kebetulan ada hal nak berbincang dengan jiran, jadi saya ikut serta perbincangan santai jiran-jiran yang bertempat di depan rumah diorang tu. Naim pun ikut sekali.Masa cuti sekolah hari tu, Naim banyak kali mengadu yang anak jiran yang lebih besar, bersekolah menengah dan bersekolah rendah enggan berkawan dengan dia. Abang-abang tu sekali sekala jumpa, pastilah tak nak berkawan dengan dia. Hari ni dia nampak gembira, legalah hati saya. Masa cuti hari tu, puas saya memujuk Naim, masa dia bersedih kerana abang-abang tak nak berkawan dengan dia. Entah macam mana nak terangkan kepada budak seusia 4 tahun ni yang bukan semua orang akan berkawan dengan kita. Kita tak boleh paksa orang sukakan kita. Akhirnya, saya jelah yang kejar Naim ke sana sini sebab nak puaskan ha…

Dah besar rupanya anakku

Semalam ada kawan tunjukkan kasut bergambar Mc Queen, tiga pilihan warna. Saya terus berkenan. Bukan untuk saya, tapi untuk anakanda yang memang peminat setia Mc Queen ni. Kawan tu siap pesan supaya ukur kaki anak untuk tentukan saiznya. Saya cari tali ukur tak jumpa. Rasa macam pernah beli tapi entah kat mana simpannya. Jadi, alternatifnya, saya ambil pensel dalam beg saya, panggil Naim datang dan letakkan pensel di tapak kaki dia. Kelakar teknik mengukur tu kan? Tapi, masa ukur tu, terkejut saya. Saya rasa pensel tu panjang. Tapi, bila bandingkan dengan kaki Naim, sikit je lagi kaki Naim nak sama panjang dengan pensel tu. Alahai,  cepatnya anak ni membesar. Tak perasan mak kamu. Bila ada adik ni, macam banyak bagi tumpuan kepada adik. Teringat lagi, masa dalam pantang, ukuran kaki Naim cuma sepanjang jari telunjuk saya. Kat mana ya gambar jari saya mengukur kepanjangan kaki Naim masa tu?

Cara sepatutnya menaikkan bendera

Image
Selama ni saya ingatkan cara menaikkan semua bendera ialah mesti dinaikkan ikut iringan lagu. Rupanya, salah macam tu. Mengikut PPP Petaling Perdana, Pn Azlina, hanya bendera Malaysia perlu dinaikkan semasa dinyanyikan lagu Negaraku. Sementara itu, bendera lain, bendera negeri dan jika ada bendera sekolah, contohnya, kedua-dua bendera tersebut perlu dinaikkan terlebih awal dan dibiarkan berkibar di atas seolah menunggu kedatangan bendera Malaysia. 
Setelah dinyanyikan lagu Negaraku, maka diteruskan dengan lagu negeri dan akhirnya diikuti dengan dendangan lagu sekolah pula, tanpa ada lagi proses menaikkan bendera berkenaan.
P/s : Tak nak mengambil tahu pasti tak bertambah pengetahuan dan berterusan amalkan apa yang kita tak tahu.

Email yang cukup berinfo

Saya nak kongsikan email menarik yang saya dapat daripada Pn Lina Karim, ibu kepada anak-anak pintar hafaz al - Quran di usia muda, Darwish dan Darwisya. Ramai yang kenal beliau ni kan? Asalnya saya mendaftar untuk menyertai ceramah beliau dan sejak seminggu lebih ni, setiap hari saya mendapat email perkongsian pendapat daripada beliau. Cukup bermanfaat intinya jadi saya kongsikan di sini, salah satu email yang saya dapat.
Jika ramai orang lain bersuara melalui facebook mengenai isu Coklat Cadbury yang hangat diperkatakan baru-baru ini, saya pula ingin bersuara melalui emel ini. Isu Cadbury ini sebenarnya adalah satu hikmah untuk menyedarkan kita tentang apa-apa produk lain bahawa kadang-kadang betapa kita berhati-hati pun, kita tidak boleh menentukan kehalalannya. Nasib baiklah akhir cerita Cadbury ianya adalah HALAL.
Terpulang kepada kita untuk mengkonsumsinya atau tidak. Jika di kepala sudah was-was, walaupun ia diisytiharkan halal, janganlah di makan. Ingatlah bahawa minda kita sa…

Pencetus semangat nak ke sekolah

Image
Dua hari lepas, saya mengeluh cepatnya habis cuti sekolah. Didengar pula oleh suamiku tersayang. Mulalah kena bebel, katanya kalau dah cuti panjang macam itulah, sedangkan gaji dapat. Dush.. tajam menikam kata-katamu itu. Tapi betullah, gaji sebulan walaupun bulan ni kerja berapa hari je. Tapi sebelum korang mengutuk, sambung komen tu, sila pertimbangkan kerja lebih yang dibuat oleh para guru anda ya. Okeh?Pagi ni, gosok baju cepat, cuba hiburkan diri sambi fikir bagus ke sekolah ni. Mana tahu yang saya bayarkan duit kursus, kawan akan bayar balik. Mana tahu duit belian tudung halfmoon secara online kawan akan bayar juga. Mana tahu duit saya tolong bayar bowler untuk murid Pandu Puteri, murid tu bayar hari ni. Haha.. tapi itu duit di tangan orang kan, tak pasti betul akan dapat hari ni. Yang betul-betul pencetus semangat saya nak ke sekolah hari ni ialah hadiah daripada MD ni. Dah tahu sampainya masa cuti sekolah lagi, jadi hari ni dapatlah tengok apa bendanya. Terima kasih MD, macam …

Sup urat keting

Image
Mencari mood nak mula kerja, kenalah buat benda yang kita suka kan? Mujur ke Bandar Baru Bangi petang semalam, Naim yang tak berapa elok moodnya bila dikejut bangun, kembali ok bila disuakan Satay UK yang dibeli di Restoren Sup Urat Keting. Penat sebab bermain di padang tepi Satay Kajang, semalamlah tu. Dikayuhnya basikal sekeliling padang, naik benda-benda yang ada dan main lari-lari tak nak balik. Mujur bila dapat main belon, dapat dipujuk balik.
Papa N pula seronoklah dapat makan sup urat keting tu. Katanya, kalau tak kena tunggu balik Pasir Mas je baru dapat makan sup yang sedap macam tu.
Apa tu urat keting? Saya pun lupa apa nama yang lain. Korang google sahajalah. Tapi yang pasti, kalau jadi sup, memang sedap. Balik ke Pasir Mas, Papa N wajib cari sup ini.  Sekali sekala ok lagi, kalau kerap bahaya juga sup macam ni kan?

Kuantan-Gambang : menghabiskan cuti

Image
Mulanya kami merancang nak ke Taiping dan Pulau Pinang, Papa N dah ambil cuti awal. Tapi dalam cuti tu, tiba-tiba kami dapat perkhabaran tentang hari keluarga Tapah untuk tahun ni juga akan diadakan di Pulau Pinang. Jadi, bila bincang lagi, tak jadilah kami ke utara.
Kebetulan Zilla menulis pasal Gambang, jadi kami pilih ke Kuantan. Perancangannya kemain banyak, rupanya tak macam apa dirancang. Beberapa tempat je yang sempat disinggah dalam dua hari satu malam tu.
Nak tinggalkan Lembah Kelang ni dah kemain lama, sesak teruk hari Khamis tu. Lebih dua jam baru dapat lepas ke Plaza Tol Gombak. Disebabkan dah agak lewat, kami terus ke Kuantan, check in ke tempat nak bermalam.
Petang pula hujan rintik di Kuantan, kami tetap juga ke Pantai Teluk Cempedak, nak bagi Naim seronok sikit.
Tak main air lama pun sebenarnya, dah lewat dan hujan pula. Cukuplah kami tengok je Naim berseronok dalam 10 minit.
Malamnya, kononnya mencari Ana Ikan Bakar Petai di Tanjung Lumpur. Tapi ternampak Super Top…

Tak berjaya lagi

Proses nak berhentikan susu badan untuk Nazif nampaknya gagal lagi. Semalam boleh lawan selama 12 jam lebih. Menjelang pukul 1 pagi tu saya dah terasa tak larat, bagi dia nyonyot dan terus lena si kecil ni. Kesian tengok mukanya sepanjang 12 jam tu. Saya bukan nak minta petua apa nak sapu, Nazif ni dia jenis faham. Saya cakap je "adik dah besar, tak boleh tek lagi tau. Adik minum susu dan air kosong je tau". Kelakuan dia macam dia faham yang menyelak baju mamanya adalah dilarang. Sama juga, sebelum ni, saya pernah cuba dengan letakkan nescafe di breast, Nazif tengok tu, dia terus menangis sambil cakap , " tek sakit". Apa yang tak tahannya dia menangis meraung. Dia minta izin secara tak langung sambil tunjuk muka kesian. Dia macam nak tunjuk dia wajib dapat tu. Dia buat macam-macam hal. Memang jenis kuat semangat orangnya si Nazif ni agaknya. Hari ini pun sama, dia tak minta menyusu secara langsung, tak ada selak baju mamanya tapi dia merengek meraung buat hal dan t…

Bila patin dimasak

Image
Sam minta resepi MIL , tak ada ya Sam. Sebelum ni saya masak ikut suka hati saya. Kalau biasanya terasa bosan makan dengan sup, tomyam, masak kicap atau taucu, saya akan masaklah tempoyak. Kononnya masakan mudah, sebab tak perlu ke kedai kalau nak masak tempoyak ni. Ikannya belasah je apa yang ada dalam peti sejuk tu.
Ikut pembacaan saya, hilangkan bau ikan dengan tepung gandum. Lepas tu, masak. Semalam saya google resepi masak cara Pahang. Nak masak sedap macam yang dimakan di Temerloh tu kononnya. Tapi nampaknya beberapa blog yang saya baca tu ada kelainan juga. Jadi, saya pilih jelah mana yang saya rasa nak buat. Pastinya tak ada serai dan gula ya, selamanya saya memang letak serai dan gula.. hihi.
Resepi semalam tu cukup mudah.
1. Bawang merah, kunyit hidup dan cili padi ditumbuk bersama.
2. Dah nampak hancur, gaulkan dengan tempoyak.
3. Masak tiga bahan tu dengan air sehingga mendidih dan sedikit pekat, ataupun ikut tahap yang korang suka, masukkan garam dan ikan.
4. Tunggu ikan ma…

I masak ikan patin?

Haha. Penangan masakan ikan patin sedap masa di Temerloh tengah hari semalam. Selama ni saya tak pernah masak sendiri ikan patin di rumah. Kalau pernah ada ikan patin yang dimasak di rumah ni, MIL yang masak. Bukan geli,entahla, sebab memang masa membesar saya tak pernah makan. Tahu ikan kembung, ikan aya dan ikan yang biasa-biasa je. Dah besar dan merantau ni baru belajar makan ikan keli, patin dan ikan sungai yang lain. Dah sedap sangat makan nasi dengan lauk ikan patin masa singgah di Temerloh, saya ingat lagi kedai tepi sungai tu yang bernombor C10, Papa N pun tanyalah pada tauke kedai tu, mana nak beli ikan patin. Terus kami ke Kg Bangau, beli ikan patin dan bawa balik ke rumah. Nak kena google resepi masak tempoyak yang sedap la nampaknya. Saya masak tempoyak ikut selera saya selama ni. Tapi bila makan yang betul-betul sedap macam semalam tu, barulah rasa faham kenapa selama ni ramai yang gemar masakan tu. Anakanda berdua tu tak bangun lagi, pastinya penat lagi disebabkan mandi …

Kumpul resepi

1. Ayam masak lemak cili padi
2. Ikan percik
3. Ayam percik
4. Sup tulang
5. Ayam belado
6. Nasi ayam
7. Ikan taucu
8. Ikan asam pedas kelantan
9. Kari ayam
10. Ikan goreng
11. Kuzi ayam
12. Sup ayam
13. Nasi ayam
14. Nasi tomato
15. Ayam masak merah
16. Ikan bilis kicap
17. Daging gulai kicap
18. Ikan masak tempoyak
19. Kerang masak kicap
20. Tomyam
21. Serunding ikan bilisJenuh memikir senarai menu yang boleh disediakan untuk sepanjang bulan puasa. Itu je yang saya dapat fikir, yang mana saya rasa gagah nak masak. Yang hebat-hebat nanti, bukannya biasa masak pun. Takpun, mungkin dengan ramai kawan blogger buat entry nanti, dapatlah tambah ke dalam senarai tu. Yang penting, udang ke sotong ke ketam ke, tak masuk dalam senarai. Kalau teringin beli je yang siap di kedai. Kalau ke Pasar Ramadan tu, biasanya hari pertama kedua je lalu, lepas tu dah tak berapa nak telan. Masakan biasa di rumah juga yang paling sedap dan bermakna rasanya. Paling tidak kalau ke Pasar Ramadan tu untuk beli…

Apa yang tak best bila cuti lama..

Image
Ada ke yang tak best bila dah cuti lama ni? Naim tadi, bila saya bagitahu yang esok dia kena ke sekolahnya sebab saya dipanggil ke sekolah, dia mula mengeluh tak nak.
"Naim nak mama je jaga. Tak payah hantar Naim. Kita sama-sama ya mama?" Gaya nak bodek pun ada tu. Siap minta saya janji dengan jari lagi. Sabar jelah.
Mestilah bagi dia best sangat cuti lama macam ni,sebabnya dia dapat main macam-macam sepanjang cuti ni.
Mama bawa ke taman.
Ikut mama bershopping. 
Pow mama beli mainan dan main beberapa permainan yang dijumpai. 
Kalau kena gaya pujuknya, sehari dapat ke taman dua kali. 
Mama yang tak best.. korang main kuat, magrib dah tidur, tapi lepas isyak bangun lagi, nati berjaga sampai pukul 2-3 pagi.. mengantuk woo...

Ke Akuaria : panik seorang ibu

Image
Hari Jumaat tu kemain berfikir mana nak pergi hujung minggu, nak menghabiskan cuti sekolah. Mulanya kami merancang nak pergi ke tempat yang sikit jauh, nak bermalam kat mana-mana. Tapi, tiba-tiba saya teringat yang saya kena menghadiri Karnival Pandu Puteri Kebangsaan di Putrajaya pada pagi Ahad. Mana boleh nak pergi jauh kalau macam tu, kan? Kan menangis pulak murid saya tu, tak ada orang yang nak pergi menghantar dan bawa dia balik dari karnival tu.
Jadi, kita pergi dekat-dekat sajalah, pagi Sabtu tu juga baru buat keputusan. Papa N kata, " jom bawa Naim Nazif ke Akuaria, bagi budak-budak ni tengok ikan". Ingatkan tak ramai orang masa cuti sekolah ni, kononnya menjangkakan orang banyak keluar dari KL. Pukul 11 baru kami bertolak keluar dari rumah. Dah sampai tu, kami letakkan kereta di tempat letak kereta yang berdekatan Akuaria. Mudah jelah macam tu, jalan sikit dah sampai Akuaria pun. Masuk je ke Akuaria tu, mak aii.. ramaiiinya manusia. Bukan CH je beratur panjang nam…

Siapa kita di mata anak-anak kita

Image
Dah lama saya tergelak dengan gambar ni. Diambil daripada IG seorang yang saya kenal.  Kelakar pastinya. Tapi simboliknya, apa yang tersirat ialah apa yang telah kita buat sebagai ibu bapa, kan? Dah terbaik ke apa yang kita berikan kepada anak-anak ni.. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua dan menunjukkan jalan yang terbaik untuk semuanya.

My A.B.G

Image
Hasrat di hati hari ni nak betul-betul pulun menanda kertas soalan. Tak nak menulis di blog. Tak nak BW. Tapi, ada tapi, kalau tak tak dapat korang baca apa yang bakal saya tulis ni. Tapi, mula rasa pen dipegang tak kemas, tulisan nampak dua dan mula rasa menguap tu, tak dayalah nak teruskan lagi.
Teringat kepada A.B.G. atau lebih tepat lagi Ahmad Kecik. Semakin pandai bercakap kebelakangan ni. Dalam usia nak dua tahun Ogos nanti, dah banyak perkataan dua patah atau tiga patah yang tahu disebut dengan tepat oleh Mr A.B.G ni. Sekali gus dia pandai sebut dua patah dan tiga patah perkataan ni. Dulu rasanya dia sebut perkataan terakhir yang didengar je, kiranya sebut satu-satu.
Sebelum tu, nama gelaran Nazif kebelakangan ni ialah A.B.G, sebabnya Nazif suka sangat sebut, tengok, nyanyi dan bergelak ketawa dengan lagu ABC. Dah diajar sebut abc pun dia nak juga sebut a.b.g. Dalam tidur pun, pernah dia mengigau sebut a.b.g, sambil matanya pejam. Kira peminat sangatlah tu. Malah 26 huruf tu,…

Pengalaman kereta rosak di tengah kesesakan jalan

Image
Malang tak berbau betul.. ingatkan Papa N balik awal hari ni bolehla kami jalan-jalan di waktu petang. Naim pun sejak dari tengah hari menagih janji nak keluar.
Orang sekitar USJ dan Seksyen 20an Shah Alam ni pasti tahu jalan depan kilang Proton. Kat situlah temperature kereta Papa N tiba-tiba naik. Mulanya kami rasa tak sejuk penghawa dingin. Tak syak lagi nak rosak, tetap keluar ke Shah Alam. Mujur masa perasan suhu naik tu dapat cepat-cepat berhenti di tepi jalan. Dengan cuaca panas masa tu, saya mula panik juga. Naim yang cukup sayang kereta papanya tu mula bertanya macam-macam.
Bila Naim ikut papanya mencari bengkel, Nazif ni pula meraung. Bukan dia sedih kereta papa rosak tapi sedih ditinggalkan oleh abang dan papanya. Haru pulak nak pujuk si kecil ni di tengah panas dan tepi jalan pulak tu.
Alhamdulillah, tak lama Papa N pergi mencari bengkel. Terus mekanik yang datang tu periksa kat mana kerosakannya. Terus diberi cadangan supaya kami ke kedai makan yang ada berdekatan sam…

Cara nak tambah widget follower dan follow blog yang tak ada widget follower

Image
Entry khas buat Potomayo a.k.a Ahkak Diva yang blognya makin meletup letup semenjak musim bola ni, eh memang dah lama kebabom sebenarnya, saja nak mengusik MD. Entry MD ada bertanyakan cara nak follow blog. Blog popular memangla, cer tengok bilangan follower saya, sebulan pun baru ada yang bergerak sekali. 

Saja melarikan diri selepas baru menanda sikit kertas jawapan. Masih ingat amaran Papa N supaya jangan berblog tapi kena siapkan apa yang patut. hihi, kejap la bang, saja nak hilangkan stress. Binimu ni kan cekgu, dah lama cuti mula meroyan nak membebel, jadi buat entry macam ni kira lepaskan tekanan. Kalau yang baca ni faham, maknanya pengajaran saya kali ni berjayalah. Okje hari tu pernah kata nak tengok cara saya mengajar di kelas jadi kalau terbaca ni, bolehla anggap berada dalam kelas saya ya..berdebai ai...

Ok, cukupla set induksi mudah kali ni, kalau panjang sangat nati korang hilang punca pulak. Tak pun ada yang tutup camtu je. Kita kembali ke apa yang sepatutnya.

1. Cara nak …

In the house

Image
Ai semua. Assalamualaikum.. Meriah nampaknya entry kawan-kawan sepanjang saya balik kampung hari tu. Niat di hati nak balik lama, memang tak cukup 3 hari je. Tapi, suami tak boleh cuti lama, dan mengenangkan kertas soalan yang belum lagi habis ditanda, maka kenalah juga balik ke sini.
Sampai sini petang semalam, saya diserang gastrik. Petang masih manja-manja rasanya. Sempat lagi melayan anakanda berdua berkaraoke dalam kereta. Masa lagu abc, abu ada ayam, ok lagi mamanya. Bila diorang nyanyi lagu sandiwara cinta, makin menjafi sakit perut tu. Tapi, lepas disuapkan dengan gula-gula, sakitnya hilang pula.
Sampai kat rumah, ingatkan dah baik. Seronoknya mengemas dan menonton cerita korea. Kat kampung memang tak sempat nak hadap tv, asyik makan dan sembang je.  Menjelang tengah malam, sakit perut menyerang lagi, hampir berguling-guling jadinya. Dah lama tak kena gastrik teruk macam ni. Akhirnya pukul 3 pagi baru saya dapat melelapkan mata, itu selepas menelan dua biji ubat tahan sakit…