Posts

Showing posts from 2017

Moga membantu orang yang ada masalah cap jari

Image
Assalamualaikum semua. Lama sangat tak menulis ni, rasa memang tak tahu mana nak mula. Tapi mengenangkan ramai yang bertanya pasal borang JPN-KP 12 termasuk seorang saudara saya yang juga menghadapi masalah yang sama, saya buat entry ringkas ni. Bukan i nak jual barang ye, hanya perkongsian bahan yang saya rasa banyak membantu saya dalam masalah cap jari tak ada kerana kulit jari sensitif sangat dengan semua bahan yang dipakai seharian. Dipendekkan cerita, bila saya jumpa losen ni,alhamdulillah jari dah tak menggelupas. Tak tipu weh. Boleh kena marah pulak dengan pegawai imigresen sebab dah ada cap jari tapi tak pergi update cap jari di jabatan imegresen tempat buat keluar pasport. Sebelum ni, saya biasa ada masalah cap jari, kalau nak masuk ke tempat yang perlukan urusan cap jari memang ngeri. Ngeri sebab takut sebab bila cap jari tak sama dengan simpanan, takut dianggap nak tipu.. Pergi bank, kena lama berurusan sampai staff yang bertugas naik bosan mencuba. Inilah losennya, c

Demi ummah

Assalamualaikum. Siang tadi saya mengikut satu kursus motivasi yang cukup menarik pengisiannya. Lega sangat rasanya bila Allah gerakkan hati ini untuk sertai majlis ilmu tersebut. Biasanya, jarang nak sertai dengan rela majlis macam ni, kalau dipaksa atau diwajibkan itu lainla pulak kisahnya, hihi... Banyak ilmu yang dapat saya kutip hari ini. Betapa hebatnya perkongsian beliau penceramah.  Dapat sayang buat analisis yang insan-insan Yang hebat ni, dapat menjadi hebat kerana Allah berikan jalan dan kesempatan untuk diorang berkongsi kepakaran diorang dengan insan lain. Insan yang hebat sebegini juga kebanyakannya memang jenis manusia yang telah melepaskan kesenangan yang pernah digenggami demi menyebarkan kenaikan Dan ilmu diorang kepada orang awam. Kesenangan diri tidak diutamakan, sebaliknya perjuangan yang ikhlas menjadi matlamat diri. Berjuang untuk ummah . InsyaAllah moga lebih ramai termasuk kita akan mengguna pakai falsafah tersebut untuk menjalani kehidupan mendatang denga

Januari 2017

Image
Assalamualaikum. Dah hampir habis bulan Januari 2017 ni, tetiba terasa nak menulis sesuatu, kot kalau dah tak berapa ingat kejadian masa muda hari nanti, bolehla jenguk blog untuk mengimbas apa yang pernah ditulis. Awal tahun ni pastilah yang menjadi tumpuan ialah Encik dalam gambar di atas ni. Kemain seronok dia kerana dapat masuk ke tahun satu. Sebulan berlalu, mama dah rasa biasa aktif seawal pukul 5.30 pagi. Mujur Encik ni pun tak kisah kena bangun seawal 5.50 pagi. Mama jelah yang terlebih emo dalam masa seminggu pertama bila melihat anak naik van untuk ke sekolah pada pukul 6.15 pagi. Balik pulak dah pukul 6.45 petang paling awal. Keluar masa masih gelap dan balik ke rumah pun dah gelap. Tak apalah ye nak. Alah bisa tegal biasa ye anakku.. kalau tak susah dahulu macam mana nak senang kemudian, Kan? Dua Encik ni pun alhamdulillah, baik-baik juga. Sejak sesi persekolahan ni, macam diorang tahu je kalutnya mama, tak banyak karenah diorang. Kecuali sekali sekala Encik kecil