Pengaruh Korea

Korang perasan tak kebelakangan ni produk dan pengaruh Korea memang menguasai negara kita dan rasanya hampir seluruh Asia macam ni..

Pakai telefon bimbit, dari Korea jenamanya.
 
 

Nak canggih lagi, guna tab atau note, jenama Korea juga.


Masuk ke dapur lak, mesin basuh, peti sejuk,  jenama dari Korea lagi.

Pergi ke ruang tamu, nak tengok tv, tv plasma, LCD atau LED jenama Korea lagi..

Tak cukup lagi, tengok lah siaran tv Korea, boleh pilih 391, 392 dan 393..
Bila cuti nak pergi melancong, ke Korea yang dipilih.
Yang agak terbaru pula, ramai yang minat dengan lagu Gangnam Style... Tak faham maksudnya pun ramai juga peminat..
 
Bukan ke bagus dan bangganya kita kalau suatu hari nanti akan ada produk Malaysia yang menguasai pasaran macam produk dari Korea ni. Paling tidak pun pasaran dalam Malaysia. Biar kita gah dengan barangan buatan kita sendiri, tak nak lagi mengagungkan barangan dari luar.
 
P/S : Penah terfikir alangkah bangganya kalau salah seorang anak murid saya jadi pencipta alatan yang boleh membanggakan nama Malaysia dan digunakan di seluruh dunia. (mood nak masuk kerja semula )
 
 

Comments

  1. Insyaallah Cikgu... Satu hari nanti semua gajet Dan barangan electric di rumah kita adalah hasil ciptaan anak bangsa kita sendiri..

    :)

    ReplyDelete
  2. heeheee...sy guna samsung..barang korea :D

    ReplyDelete
  3. inshaAllah cikgu. itu bukan sesuatu yang mustahil.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah, ade nanti tu. lagi bangga kalau org yg beragama islam yg ciptakan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul nik... mmg berbangga sangat klau orang Islam diiktiraf bakatnya.

      Delete
  5. Salam Kenal Sis..

    Yer memang betul pengaruh Korea sudah sampai. Pada dasarnya pengaruh Jepun pada satu ketika menyebarkan sayapnya tapi tidaklah begitu fanatik dengan apa yang terjadi sekarang dek Pengaruh Korea.

    Bertuah dulunya pelajar Malaysia yang dihantar ke Korea kerana pada saat itu pilihan utama pelajar yang disponosr ni ke US, UK atau Australia.

    Saya pernah ke Korea pada tahun 2006. Bila kita tengok negara mereka, kebanyakkan mereka menggunakan produk mereka sendiri. Terkejut melihat Samsung juga mengeluarkan kereta berjenama Samsung. Hyundai juga bukan sahaja kereta tetapi mereka ada pasaraya di sana. Negara Korea juga mempunyai produk makanan mereka sendiri seumpama McDonalds. Kerana mereka telah membuatkan negara mereka negara pengeluaran hasil sendiri tanpa bergantung kepada mana2 produk luar negara.

    Sebagai contoh, jika di atas jalan raya, jarang sekali boleh nampak kereta buatan luar negara sebagai contoh BMW or Merc. Berbanding di Malaysia. Rata-rata mereka memakai kereta berjenama Samsung, Hyundai...teksi pon sama. Teksi macam kereta mewah. Hehehe

    Alamak terpanjang pulak. Malaysia patut contohi mereka. Bangga dengan keluaran sendiri. Tapi bukan nak ckp apa, kereta negara kita sendiri mahal nak berbanding dinegara sana kerana semua mampu milik. Huhuhu..

    By the way DONE FOLLOW!

    ReplyDelete
  6. Rakyat negara kita masih ramai yg bangg dgn keluaran luar negara itu yg susah. Ada keluaran negara sendiri tapi kualiti pulak tak membanggakan. Serba-salah.

    ReplyDelete
  7. ehh..kakak cikgu..hehe..msti kak bnyk brngn koren bah kali nie kan..hehhe

    ReplyDelete
  8. barangan buatan malaysia yg akak guna kereta je la..hehe barangan lain xtau la samala spt dlm gambar kat atas tu..semua akak guna

    ReplyDelete
  9. SALAM KENAL. setuju sangat dengan pendapat kak zakie. jangan lupa follow kita balik ye..;)

    ReplyDelete
  10. khind tu jenama malaysia kan..hehe

    ReplyDelete
  11. pandang ke timur...so peralatannya pun dari Timur

    ReplyDelete
  12. sekarang nih zaman korea pulak kalau dulu jepun yg menguasai mcm2...

    ReplyDelete
  13. Tgk org bawa kereta wira kat UK pun dah rasa bangga, apatah lagi kalau suatu hari nanti kita guna barang yg student kita cipta pulak.... lagi la bangga berganda-ganda :)

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1