Kereta rosak

Alhamdulillah semua rakan-rakan nampaknya dah kembali dari kampung masing-masing.. Blog-blog yang sepi sehari dua masa raya hari tu pun dah kembali ceria dengan cerita masing-masing..

Saya buat masa ni sibuk curi masa menyiapkan kerja sekolah yang dah lama tertangguh tu. Memang kena pulunlah sebab minggu depan dah kena masuk sekolah semula. Mau kena marah kalau kerja tak siap, kan?

Tapi tadi, alahai, baru nak cuba gerakkan Myvi kesayangan , tak dapat. Entah apa rosaknya, kena panggil mekanik kot rasanya.. Jangan buat hal, minggu depan dah nak pakai ni... Harapnya taklah rosak teruk yang kena tinggal lama kat bengkel.. payah nanti..

Comments

  1. bah bah..susah tu kalau keta rosak..he

    ReplyDelete
  2. mmg haru kalau kereta yg rosak...wuwuwu

    ReplyDelete
  3. merajuk kot tu,sebab lama tak guna ke apa.. insyaAllah ok tu nnti,
    akak ni mujur je abg ipar pandai repair keta,kalu ada yg x kena je suruh abg ipar tgkkan,bole save bajet sikit..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya mmg sebab jrg guna kot.. dlm 3 bulan cuti ni beberapa kali je guna.. tp mggu lepas ada guna 3kali..tulah, bab kete ni selalunya mmg banyak kosnya... doa jgn rosak yg ribu riban kosnya sudah..

      Delete
  4. Memang nak kena hari2 start engine walaupun tak pakai, kalau tak dia senang merajuk. Tapi I ni... mmg paling malas nak buat semua tu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, saya pun malas nk start enjin hari2...

      Delete
  5. susahlah kalau kereta rosak :3

    ReplyDelete
  6. mudah2an tak lama dok dlm bengkel tu, mungkin bateri habis kot...

    ReplyDelete
  7. nanti mesti kekok..kan... dah lama tak drive...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Cikgu..

    Kereta bila dah rosak... Boleh nanges..

    Harap takde kerosakan yang berat :)

    ReplyDelete
  9. Sabar sister. semua ujian dariNya. mudah-mudahan ur car will be ok soon

    ReplyDelete
  10. aduhhh susahnya kita org perempuan nie kalau keter rosak huhu
    macam akak lagilah , semua abg yg settle ..
    akak malas nak amik tahu hal kereta huhu

    ReplyDelete
  11. ala kesiannya ..sabar je la kereta buat hal ..

    ReplyDelete
  12. Bateri buat hal kot, kadang kalau tak leh start ni batery week..

    Moga takdak pape yang serius..

    ReplyDelete
  13. Assalamulaikum,

    Harap2 tu tak lah lama rosaknya...sabar lah ya...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1