Hari sabtu kami

Korang hari ni keluar pergi mana? Memikirkan Nazif belum dilatih minum susu dari botol, saya tak keluar lama pun hari ni. Banyak habiskan masa duk rumah je. Rindu nak tahu update dari blog kawan-kawan. Hari ni saya tengok blog - blog yang selalu saya jenguk kebanyakan sepi je. Korang keluar bersuka ria ye? Ok, nati update kisah hari ni ye, korang?

Saya ? Tak banyak citer sangat. Pagi, kami keluar bersarapan di Restoran Ubi Kayu, USJ 9. Bagi yang pernah pergi tahu lah situasi restoran ni macam mana kan? Tadi agaknya rezeki bawa bayi kot, tak lama kami berdiri intai meja, terus dapat. Cuma lambat dapat makanan, sebab yang kami makan tadi nasi lemak dan roti jala tu barisan yang beratur ramai sikit. Lagipun adik pekerja yang serve benda ni macam lambat sikit buat kerja. Tapi apa pun, dapat juga kami makan, alhamdulillah. Naim apa lagi, makan ayam goreng aje lah..macam upin kata papanya. Abis, kalau papa pun sama macam Naim duk tokak ayam goreng sedap tu dengan bersungguh-sungguh, papa pun macam ipin jugak lah! Apa resepi nak buat ayam goreng sedap macam ni? Nak belajar lah resepinya, ada yang tahu tak? Tengok tu gaya Naim makan..


Tengah hari kitaorang makan kat umah je. Sayalah yang masak. Orang tu jaga anak-anak sambil buat internet research, tah apa ke benda tu, katanya ada kaitan dengan kerja.

Petang ni lak, saya paksa suami pergi ke pasar malam di belakang kawasan rumah ni. Hasilnya.......apam balik dan taufu fah kuah gula.. Menghabiskan masa berkualiti dengan keluarga ni tak kisah kat mana kan? Yang penting ahli keluarga ada bersama-sama. Lagipun masa takkan berulang. Pengalaman sekarang kita nikmati sekarang, esok boleh dikenang sebagai memori terindah.

Comments

  1. Ayam goreng berempah ke?.. Google la resepi nya.. Hihi.. Bersungguh betul dia menatap ayam goreng tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur, ini ayam berempah yang sedap..dh pernah google n buat sdri tapi rasa lain sikit dari kedai ni..diorang ada resepi rahsia tambahan kot

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1