Geramnya, lalu kucapai satu...

Baju-baju budak perempuan memang kebanyakkannya cantik, kan? Setiap kali pergi ke pasar raya, geram betul saya bila tengok gaun-gaun, semua nampak cantik!!! Tak ada rezeki lagi nak dapat anak perempuan jadi tak dapatlah nak beli gaun-gaun yang comel ni..adui rugi kan? eh, ke boleh kata syukur sebab selamat duit saya kalau macam ni...
pic dari google: mana boleh tunjuk baju baru tu, nanti tak surprise nak bagi hadiah, kan?

Semalam, kami satu famili pun pergilah ke IOI Mall. Niat hati nak belikan Nazif pakaian baru. Tapi belum lagi sempat beli baju untuk hero-hero kesayangan ni, saya dah tersinggah di kedai baju gaun untuk kanak-kanak.. Semuanya cantik, berkenan tengok.. Dalam hati saya mula-mula tu tak ada apa-apa niat nak beli. Saja tengok sebab rasa lawa baju-baju tu.. Apa kes nak beli kalau tak ada anak perempuan pun, kan? Siapa yang nak pakai? Jurujual di kedai tu pun tanya, Nazif ni lelaki ke perempuan? Agaknya dia pelik tengok saya pilih-pilih baju gaun sedangkan saya bawa bayi pakai seluar jeans dan t-shirt. Keliru dia agaknya. Sambil tersenyum, saya cakap, " saya saja tengok, kalau berkenan saya nak beli untuk anak buah yang baru nak lahir. Anak saya ni lelaki, tak boleh pakai baju ni." Waras lagi saya, taklah sampai nak pakaikan anak lelaki yang comel ni dengan baju gaun lak?

Jadi, akhirnya saya beli sehelai baju gaun yang paling cantik di mata saya waktu tu.. Harapnya biras saya yang sedang menunggu detik-detik kelahiran anak sulungnya ni betul melahirkan bayi perempuan.. baby, aunty dah beli hadiah cantik untuk baby ni tau... tak dapat beli untuk anak sendiri, beli bagi anak buah pun tak pe lah, dapat lepas geram...

Comments

  1. hehe.. mak L pun suke sgt belikan adik pempuan sy tu gaun2.. hehe.. mmg xleh bawak g shoping.. hehehe=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana blh tahan, sb baju girl mmg cantik

      Delete
  2. memang geram tengok baju2 comel ni...nasib la tak beranak lagi..hihi

    ReplyDelete
  3. masa dapat 1st anak saudara dulu mgg sya berbelanja hbs2an belikan gaun...dah mcm anak sendiri jer..hehehhe

    ReplyDelete
  4. Memang cantik, kalau MJ pun sure beli, tp blom ada bb girl lagi :D

    ReplyDelete
  5. baju baby girl mmg cantik2 kan.. geram je tgk.. selalu kalu nk beli baju alisha pun, mesti rambang mata.. hii

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1