Posts

Showing posts from November, 2014

Family day: mengajar anak erti berkongsi

Image
Berkongsi barang mainan dan beralah jika abang-abang lain nak guna..
Berkongsi makanan
Bersabar walaupun dah rasa bosan, kena tunggu semua siap baru boleh gerak sama-sama.. sementara tu korang mainla apa-apa, asalkan tak mengamuk.
Juga belajar berdikari.. makan dan main tanpa mama kat sebelah pun ok je.. kan?
Gambar ni berkongsi apa yer, saja saya rasa comel Nazif dan sepupunya kat sini.. makan lain-lain tapi elok je kat tempat sama..tak macam kalau makan dengan abangnya, hingaq...
Lokasi gambar-gambar : sekitar Pulau Penang Acara : Hari Keluarga sebelah MIL.

Kami pun ada mutobike

Image
Ha, bukan kes dengki Adik Luqmann ada mutobike ni tau, kebetulan masa jalan-jalan terjumpa replika motosikal kecil ni, saya pun belilah lima ketul. Pilih warna yang berlainan, jenis yang berlainan. Kononnya nak buat hiasan rumah. 
Maka pindahkanlah pasu bunga hiasan yang ada kat sini dulu, ke tempat lain, digantikan dengan lima ketul motosikal cute ni dan frame gambar kereta antik tu. 
Motosikal ni beli kat Mr DIY je, RM 6.90 dan Rm7.90. Frame gambar kereta tu pun sama tempat, RM 11.50. Setakat ini selamat lagi, sebab tinggi dan jauh daripada capaian dua Ahmad ni. Diorang boleh jeling-jeling sahajalah setakat ini.

Bila dah rezeki

Image
Rezeki hari ini.. alhamdulillah.. dipelawa menyertai jamuan kelas untuk salah satu kelas yang saya ajar. Rezeki betul ni, dapat makan percuma hari ni.. Rezeki lagi sebab Nando's hadiahkan cheesecake caramel ni secara percuma kepada cikgu. Sedapnya, makan sorang sikit beramai-ramai.
Rezeki sekali lagi bila pihak Nando's berikan monopod percuma kepada cikgu-cikgu. Walaupun saya ni bukan kaki selfie, tapi benda percuma, siapa tak nak ya? Ambil sahajalah. 
Banyak duit kelas diorang ni rupanya, dah makan ayam, pergi makan aiskrim pun masih lagi setiap sorang bawa balik RM 28.

Projek mewarna

Image
Salah satu aktiviti yang saya rancangkan untuk masa cuti bersama-sama anakanda saya. Tak sempat apa-apa lagi, diorang dah nampak cat warna dan bekas warna tu. Dalam perjalanan lagi dah beriya-iya Naim dan Nazif nak mewarna, maka petang semalam saya kosongkan ruang tamu untuk bagi ruang  untuk kedua-dua anakanda ni berkarya dengan bebasnya.. 
Yang ini hasil kerja Nazif. Sebenarnya Nazif memang banyak menconteng petang semalam, digoleknya berus ke dalam warna dan digolek pula ke atas kertas A4 ni sesuka hati dia. Siap satu, diminta lagi kertas yang baharu. Bukan kertas je jadi mangsa, lantai dan baju dia pun penuh warna. Namun, kertas inilah yang saya rasa paling lawa hasil tangan dia. 
 Yang korang tengok di atas dan bawah ini pula hasil kerja Naim. Yang atas tu pada petangnya, dan kat bawah tu pula Naim tekun melakarnya pada masa malam. Budak empat tahun ni, nampak tahu arah tujuan sikit, kan? Naim ambil warna satu persatu, diwarnanya kertas ni ikut gerak hati dia, namun nampak la ka…

Kalau dekat i dah lega dah

Image
Di saat hujan ni, teringat perbualan saya dengan kakak petang semalam dan pagi tadi. Kakak saya yang baru kematian suami ni, katanya rumah terasa sunyi. Katanya lagi, kalau dekat nak je beliau minta jaga anak-anak saya, moga keceriaan anak-anak kecil ni bakal memeriahkan rumah beliau.
Maklum jelah, ada anak remaja ni, pasti dah pandai buat hal sendiri. Menghadap internet, baca buku, buat kerja sekolah atau apa-apalah ya. Tak perlu nak ibu jaga macam menjaga anak kecil seusia Naim dan Nazif ni.
Kesian dan simpati dalam masa yang sama. Akak saya ni, sepanjang perkahwinan dia dia memang tidur berbantalkan lengan arwah suaminya. Jadi, memang pasti rasa kehilangan yang amat sangat bila dah tiada orangnya. Itu yang dalam hati saya bermonolog, kalau dekat adik pun dan hantar je budak berdua ni ke sana. Lagi-lagi si Adik ni yang memang tak diam pun. Ada saja dia nak menyanyi atau bertanya apa-apa ikut suka hati dia..
"Ibu, nanti mama kita dah habis buat kerja, mama kita bawa kita pergi…

Rendang dan budu

Dah sarapan semua? Korang makan apa?
Pagi ni saya makan nasi putih dengan rendang. Pagi-pagi dah makan nasi, tak kisahla sebab masak sendiri ya.  Kalau beli, pastinya tak pula makan nasi putih pagi-pagi macam ni. Kesnya kerana rendang ayam semalam yang sedap sangat di tekak saya. Masa ke pasar tani semalam, Papa N beli ayam kampung. Saya pula masa tu, ingatkan ayam ni keras, terus saya teringat nak buat rendang. Dah masak tu baru terfikir, ayam yang keras tu ayam pencen kan? Patutla cepat je lembut ayam ni bila masak. Kebetulan menjadi masakan rendang ni, itu yang tulis di blog, lepas ni entah bila lagi sedapnya kalau saya buat lagi rendang. Itu yang pagi ni, saya masak nasi, tengah panas-panas tu, masuk ke dalam pinggan, letak rendang, masuk sambal belacan dan budu sekali tuang ke dalam pinggan makan tu. Lepas tu gaul dan makan. Nikmatnya....Semestinya masa suami tak ada je saya berani buat macam ni. Kalau ada Papa N, segan juga nak makan budu macam gitu. Kena masuk ke dalam mangkuk …

Naim the big hero

Image
Nampaknya hari ni memang hari yang menggembirakan untuk Naim. Malam ni dapat pula tengok wayang cerita si gemuk putih ni..
Seolah-olah pengalaman pertama buat Naim, sebab masa dibawa menonton wayang masa dia kecil dulu pasti Naim tak ingat lagi pengalaman menonton wayang. Yang kelakarnya, masa mula-mula Naim tengok je, dia terus cakap yang papanya si gemuk, tapi bila dah habis ceritanya dia mengaku yang dia sendiri si gemuk sebab Big Hero tu hebat katanya. Faham ceritalah tu ya?
........................... Sepanjang jalan balik tadi, saya teringat pesanan seorang kawan yang di usia macam saya ni memang kena banyak bersabar. Dugaan dan cabaran cukup banyak. Kawan ni yang berpangkat kakak berkongsi sikit kisahnya masa muda. Sebelum suaminya menjadi seorang yang hebat macam sekarang, katanya banyak pengalaman susah yang pernah dihadapi. Bagi saya, alhamdulillah rezeki akak tu murah, mungkin juga berkat kesabaran beliau dah berusia kini nampaknya hidup mewah. 

Bukan payah nak ambil hati isteri

Image
Assalamualaikum semua. Untuk kami, cuti sekolah bermula hari ni. Apa taknya, tengah hari semalam, saya menghadiri kenduri anak kawan, jadi kena tinggalkan tiga hero saya 3 jam. Bila dah balik, Papa N masih lagi bekerja (WFH) sampai ke tengah malam. Putus harapan kami nak ke mana-mana. Redho jelah walaupun masak makan malam semalam tu dah gaya orang mengamuk.. hihi, buruk betul perangai.. ish-ish.. Mujur la orang tu, hari ni pandai sikit. Masa saya bersiap-siap nak ke pasar tani, elok je diajak saya pergi sama-sama. Terkejut juga saya, ingatkan suami tak suka ke pasar tani. Ok, dah satu pencapaian tu. Balik dari pasar tani tu saya saja je mengomel sebut pasal Aeon. Terus je dibawa kami ke Jusco. Eh, ini dah bagus, dah boleh senyum lebar si isteri ni.Sampai kat Aeon tu, ditawarkan saya membeli belah sorang-sorang. Anak-anak diberi peluang bermain kat tempat permainan di Aeon tu. Lagilah rasa seronok masa tu. Tak beli banyak pun, tapi kalau dapat peluang jalan sorang-sorang, tengok baran…

Ayat seribu makna

Ya, anda tak salah baca dan saya tak salah taip, memang saya nak bercerita pasal ayat seribu makna, bukan ayat seribu dinar.
Sebaris ayat yang kita sebut, kita tulis atau kita sebarkan boleh ditafsirkan dalam macam-macam cara menjadi banyak maksud terpulang kepada orang yang menerima maklumat tersebut.
Niat tak menghalalkan cara, jadi seelok-seeloknya dan sepatutnya kita berfikir panjang sebelum cakap sesuatu, sebelum komen pada sesuatu dan sebelum bertindak pada sesuatu. Bagi yang berfikir panjang pasti takkan telan bulat-bulat dan terus buat andaian sendiri pada sesuatu perkara. Contoh CiK MD dan PK dalam entry saya yang lepas, diorang tak biasa dengan istilah roti jantan, diorang bertanya apa bendanya tu. Bagus la korang. Sel-sel otak masih berkembang nampaknya. Minum susu apa? Haha, melawak je.
Tapi dalam melawak tu ada mesej yang saya nak sampaikan di sini. Kalau kita tanya dan minta penjelasan, maka kita takkan tersalah anggap tentang sesuatu. Memang ada benda yang dirasakan…

Read Aloud

Image
Istilah read aloud ni saya belajar dari entry Mama Adam. Kagum betul dengan MA yang memulakan aktiviti ni seawal usia Aleesya setahun. Sebelum tu saya pernah juga sekali sekala buat aktiviti bacaan dengan anak-anak macam ni. Cuma tak tahu istilahnya macam ni untuk aktiviti ni. Asalnya suka-suka je, tak faham kesannya dan tak tahu cara yang sepatutnya. Tak ada ilmu, memang tak patut, kan?
Rasanya saya mula buat aktiviti read aloud ni selepas saya diberitahu kesannya semasa saya sertai ceramah Puan Lina Karim. Betul kata beliau, anak-anak kecil memang sangat kreatif dan sangat pandai berimaginasi. Cuma mama Naim ni sajalah yang agak culas nak buatnya sebagai aktiviti mingguan. Selalunya pun, masa nak buat sesi macam ni, atas inisiatif Naim sendiri. Naim biasanya akan ambil buku dan cakap, " Mama, tanya Naim what is this?". Tengok tu, cikgu kecil mengajar saya? 
Sekali sekala buat macam ni, Naim dan Nazif pandai saja nak kaitkan apa yang disebut tu dengan benda yang ada di sek…

Ambo selsema weh..

Image
Pagi semalam, kuat betul selsema saya. Kejap lap, diam-diam kejap lagi lap. Lap air mata, air hidung dan mujur tak ada air meleleh keluar dari mulut sekali. Memandai je sebut pasal air mulut tu. Mana ada selsema macam tu sekali kan? Hihi..Kisahnya pagi-pagi Ahad kami laki bini bangun awal. Saya sempat siapkan nasi goreng dan roti jantan  buat santapan tetamu yang ada kat rumah. Lepas tu terus kami ke PJ, angkutla dua Ahmad ni yang marah dikejutkan awal. Pandai je Naim jawab, "Hari ni tak sekolah, Naim nak tidur". Dah konsert tadika Naim, takkan nak tinggal Naim kat rumah? Kan tak lojik tu. Jadi, tahankan jelah dia buat suara-suara merengek masa dalam perjalanan pagi semalam. Masa tu pun saya dah beberapa kali keluarkan tisu untuk lap hingus. Selsema katakan..Masuk je ke Dewan Sivik tu, cikgunya segera uruskan Naim yang memang tak nak masuk pun. Lega..selamatlah tu kata hati saya. Masa tu tak selsema teruk lagi.Masa masuk dan duduk kat dalam dewan tu mulalah fasa selsema teru…

Seeing big something small

Image
Kisahnya saya ke Aeon Taman Maluri, seorang jurujual buat kerjanya, " Miss, beli pencuci baju Top hari ni ada diskaun, ada freegift lagi".
Bila dengar ayat ada hadiah tu, terus bulat mata saya. Angkutla cecair pencuci yang bersaiz besar. Lepas dah bayar, datang tuntut hadiah yang dijanjikan tu, haha gelak sendiri. Cenonet je bendanya...

Teman susah dan senang

Image
Teman yang baik ialah teman yang ada di sisi kita sama ada masa kita susah dan juga masa kita senang, kan?Makin nak hampir masa cuti sekolah ni makin banyak kerja yang kena diselesaikan. Disebabkan kesuntukan masa dengan arahan PPD secara tiba-tiba semua nak disiapkan sebelum 14hb, terpaksalah saya buat kerja semasa di rumah sekali. Bukan malam je, bangun pagi-pagi dah kena menghadap komputer selepas solat subuh, demi memastikan sempat siap bendanya pada tarikh yang ditetapkan.Namun, dalam kesuntukan masa ni rasa bersyukur sangat dengan keprihatinan Papa N, suamk tersayang ni. Walaupun pagi tadi saya dah kena marah sebab lepas bangun je terus buat kerja tanpa uruskan anak-anak, namun lepas diberitahu pasal tarikh yang nak dikejar tu, nampaknya beliau memahami. Alhamdulillah.Alhamdulillah, makan malam tadi, Papa N yang masak. Anak-anak pun dijaga kat tingkat bawah lepas masa kami makan dan saya diberi peluang siapkan kerja kat atas. Tampal gambar lama masa Papa N memasak suatu ketika d…

Kerabu maggi

Image
Kali pertama saya makan ni.  Asasnya nampak macam maggi bersayur je, tapi kat dalamnya ada macam-macam. Ada isi ketam, sosej, sotong, kupang, daging, udang, tomato, hirisan mangga, hirisan lobak merah, bebola ikan, sawi dan bahan utama pastilah maggi. Diperisakan dengan air limau nipis dan garam gula untuk digelar kerabu.. wah, boleh dicuba lagi..

Teman bergaduh, teman mengadu

Image
Geng baju hijau.. Nampaknya anak dan bapak sama-sama pakai baju berwarna hijau hari ni.
Kami masih lagi dalam mood sedih kerana kematian arwah abang ipar. Namun, mengenangkan nasihat kakak saya pasal menghargai suami sementara masih ada suami, gigih saya pergi ke seksyen 18 hari ni untuk membelikan kek sempena hari jadi suami. Kira kami buat sikit sambutan di samping niat utama nak menggembirakan dua budak kecil yang sememangnya cukup seronok nak makan buah-buahan yang ada kat atas kek ni. 
Sekadar kek kecil, namun ketiga-tiga hero saya ni tersenyum seronok bila makan kek tadi. Entah mungkin disebabkan diorang rasa lapar kot, masa kami makan kek pada pukul 7.15 malam tadi. 
Memang sedih mengenangkan kakak saya yang kini dah kehilangan tempat bermanja, bergantung. Doa sahajalah yang dapat dikirimkan buat arwah di sana. 
Sempena hari jadi hero tempat bermanja saya, tempat bergaduh juga ni, saya berdoa semoga kesudahan antara kami juga baik. Semoga di saat akhir kehidupan kami, hubungan antar…

Kosong

Image
Bila sampai masanya,
Apa yang tinggal cuma ruang kosong,
Dengan tangisan  mengiringi,
Ratapan insan tersayang,
Kenangan diimbas,Sesungguhnya, tiada yang lebih mengetahui selain Allah. Daripada-Nya kita datang, kepada-Nya jua kita kembali...amin

Sesekali ke pasar tani

Image
Mujur juga saya merajinkan diri pergi ke pasar tani tadi. Dah lama betul sebenarnya saya tak jejakkan kaki ke pasar tani. Pergi pula sorang-sorang tadi. Lagilah rasa macam dapat membeli belah kat pasar Dongdaemoun. Dapat tengok sayur-sayur segar pun dah buat saya rasa seronok. Mujur juga ke pasar tani tadi kan.. dapatla saya merasa kuih ni. Semalam nak buat tapi malas, akhirnya dapat juga saya merasa bila beli di pasar tadi.
Masak tengah hari pun istimewa sikit. Dilihamkan oleh komen Okje hari tu, saya masak udang masak tempoyak dengan petai. Huhu.. nak jamu MIL yang ada kat sini hari ni, keeelas kan? sebenarnya saya beli udang ni sebab teringat yang Nazif suka makan udang. Tapi nampaknya orang lain dapat tumpang makan sama. Saya rasa makin tua allergik makanan laut saya dah makin kurang, sejak beberapa tahun ni makin jarang saya terasa gatal-gatal kalau saya makan makanan laut. Mujur juga Nazif bukan jenis sensitif kulitnya..

Ubi kayu sira

Image
Program pagi tadi, kami membersihkan tanah di laman depan rumah ni. Padahal kecil je, tapi alhamdulillah setakat ni dapatlah juga hasilnya. Kononnya nak buat tanam semula nak jadikan kawasan tu nampak kemas memandangkan pokok ubi kayu dah merimbun sangat, ada kalanya macam mengganggu masa nak masuk kereta. Mengali punya mengali, terkejut kami suami isteri melihat ubi kayu membiak dengan jayanya kat bawah tanah tu. Memang patutla ada peribahasa Melayu, "diam-diam ubi berisi". Memang tak sangka betul, banyak ubinya. Paling besar ialah sebesar saiz bayi baru lahir. Lupa nak timbang pula beratnya tadi. Tapi besar nau. Takut pula nak makan, walaupun mak saya kata lembut isinya. Terus saya bagi kepada jiran-jiran berdekatan, sama-sama merasa. Harapnya lembutla ubinya. Ini pula yang saya masak sendiri. Mulanya nak buat kuih, baru parut sikit dah rasa lenguh tangan, seterusnya saya potong halus, kononnya nak blend supaya hancur, dengan niat di hati nak kukus ubi kayu ni. Pun malas j…