jom buat urutan...

Lega dah siap mandikan Nazif. Dah pun urut sikit dia lepas mandi tadi. Sementara dia boleh diam-diam kat tilam tu, bolehlah update blog sikit. Korang biasa dengar tentang urutan bayi tak? Semasa Naim kecil saya jarang buat urutan untuk dia. Entah kenapa, malas kot sebabnya.. Mungkin juga sebab tak ada masa kerana jaga dia sorang-sorang di JB. Tapi untuk Nazif ni saya rajin sikit nak buat urutan kat badan dia...

Memang pernah diberitahu tentang kebaikan urutan bayi tapi bila ada penyakit M tu tak dapatlah nak buat apa-apa kan? Namun bila saya dapat tahu yang salah satu kebaikan daripada urutan bayi ni ialah mengurangkan tekanan ke atas bayi yang suka menangis, apa lagi, terusla saya amalkan setiap hari. Maklum ajelah Nazif ni kalau tak kena caranya, memang juara nangis. Tak daya nak asyik dukung je dia semata-mata tak nak dia menangis. Lagipun kalau biasakan asyik dukung je pun payah juga untuk orang lain jaga dia bila saya dah kerja nanti.

Urutan boleh dibuat seluruh badan termasuk di bahagian kepala. Tapi kenalah urut secara lembut sebab bayi kan kecil lagi.Selalunya saya buat urutan ni semasa menyapukan minyak yuyi atau losyen pada Nazif. Boleh juga guna minyak bayi, tapi entah kenapa saya tak gemar guna minyak bayi ni. Kelebihannya urutan bayi yang lain:
  • menenangkan bayi,
  • melegakan kembung atau kolik,
  • melegakan kesakitan 
  • melancarkan penghadaman
  • menguatkan otot
  • membantu bayi membesar lebih cepat
  • Peluang eratkan hubungan ibu dan anak

Comments

  1. saya dulu rajin urut alisha.. sampai umo setahun baru berhenti.. bkn pe, lps mandi tu, mcm2 nak kne sapu dkt bdn dia.. alang2 urut la terus.. hihi

    ReplyDelete
  2. Kalau bangsa jawa meamng kena urut walau tak pandai pun kena belajar sikit-sikit - kakak just urut, kaki, tangan, belakang dan sapu-sapu perut. Baby pun kalau tidur lena tau... lagi pula kalau kena bedung memang lamalah dia tidur.

    psst: baby sekarang banyak yg tak nak bedung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, anak2 sy berdua ni mmg taknak bedung, meraung2 kalau bedung.. lagi2 yg kecik ni,, segan lak pegi umh mak mertua, dia tegur... bt sardin je lh, nak buat mcm mana anak kita tak nak.

      Delete
  3. assalammualaikum..

    salam perkenalan..
    baby mmg suka dibelai..bila baby tenang ibu pun akan rasa tenang kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. thanks berkunjung kat sini.

      Delete
  4. dulu2 selalu duk rut2 adik jer....memandangkan takde anak lgi..rindu la nak urut2 baby...nak kiss2 baby

    ReplyDelete
  5. baby pon kene urut kan.. >_<

    nk baby

    ReplyDelete
  6. Kita pun akan rasa lega dan selesa bila diurut apatah lagi bayi kan :D

    ReplyDelete
  7. akak pun jarang buat urutan kat anak-anak kadang2 je buat,pastu kasi diorg senam2 sikit..hihi

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..

    Dah lama anty tak mengurut bayi.. Ada cucu pun jauh2..

    ReplyDelete
  9. best kan ada baby. tapi, dulu malas2 je nk urut. hihihi. teruk betul. mengelat je :)

    ReplyDelete
  10. akak pernah baca teknik urut bb ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1