Posts

Showing posts from 2019

Hadiah hari guru yang 'rare'

Image
Assalamualaikum semua..
Dah lama pun sambutan hari guru berlalu,  baru saya ada kelapangan nak menulis pasal ni.  Mungkin dapat jadi motivasi untuk sesiapa yang tak tahu nak sediakan apa benda untuk hadiah hari guru bagi cikgu-cikgu anak korang bagi tahun-tahun berikutnya.

Sebenarnya saya menulis ni sebab bagi saya hadiah tahun ni 'rare'.  Dalam 12 tahun ni, kali ni saya kagum sangat dengan kreativiti dan pemikiran logikal anakanda-anakanda saya ni.  Hadiah diorang berikan terkandung sekali apa yang cikgu dah ajar diorang..  Bukan biashe biashe orang cakap ni..
 Jom saya tunjukkan.  Satu kelas ni bagi saya kad ucapan buatan sendiri dengan masing-masing luahkan satu ucapan. Hasil usaha sendiri tu yang buat cikgu terharu sangat.

 Ha...  Yang nilah saya maksudkan diorang apply apa yang saya ajar.  Kelas ni muridnya belajar subjek Asas Sains Komputer,  dan antara tajuk yang diorang pelajari ialah kiptografi(penyulitan data).  Jadi ramai yang tulis ucapan hari guru dengan bahasa r…

Jom kita ke Seoul!!

Image
Hai korang.. dah 12 Ramadhan ya hari ni,, cepat pulak rasanya masa berlalu. Dengan menempuh musim peperiksaan sekarang ni, saya rasa bulan Ramadhan kali ni sibuk sangat. Betapa masa mencemburui kita, kan? Allah dah kata bulan Ramadhan ni penuh berkah, kita pulak disibukkan dengan hal keduniaan yang buat kita leka. Tapi itulah, bila sibuk melanda, mulalah merasa nak bercuti aje.


Hihi, ada hati nak bercuti pulak ya? Apa taknya, rasanya kalau dapat bercuti di bulan puasa ni lagi seronok, kan? Lagi-lagi kalau dapat bercuti guna buku merah, pasti lebih seronok kan. Sibuk sangat 2019 ni, kami satu family tak ada bercuti ke mana-mana pun lagi. Suami sibuk, isteri pun sibuk walaupun pada musim cuti sekolah. Kan dah cakap, cikgu zaman sekarang taklah semestinya free pada musim cuti sekolah.  Moga adalah masanya nanti kelapangan untuk bawa anak-anak bercuti. InsyaAllah, doakan banyak-banyak. Lagi seronok kalau dapat pergi bercuti dengan family besar, macam yang kami buat masa tahun 2013, berama…

Salam Ramadhan

Image
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah berjumpa lagi kita dengan Ramadhan,  bulan penuh kemuliaan ni.  Bermula malam ni nampaknya saya memang jadi 'bff' dengan si kecik ni.  Tadi semasa papa dan abang-abangnya nak ke surau dia beriya nak mengikut.  Buat beberapa helah barulah diorang lepas keluar.
Si kecil yang dah makin banyak akal ni memang pantang sesiapa keluar.  Sekarang ni dialah orang paling sibuk nak ikut kalau ada sesiapa keluar dari pintu depan. 

Bercakap pasal Ramadhan ni,  seronok sangat rasanya nak mula puasa.  Alhamdulillah perancangan dan ketentuan Allah lebih baik.  Rasa selamat bila berpuasa dengan ada suami di rumah.  Sepatutnya papa diorang ni kena outstation ke Boston tapi ada isu visa menyebabkan tak dapat ke sana.  Ada hikmahNya tu.  Mulanya saya memang dah susah hati memikirkan bakal tempuhi bulan Ramadan dengan anak-anak.  Kalau bulan biasa, lain kisahnya.  Kan?  Anak-anak berdua tu paling gembira sebab dapat ke surau dengan papa.  Dapat solat sambil mak…

Sambutan Hari Guru bernafas baru

Image
Sebelum korang baca entry ni,  amarannya,  entry ini mengandungi banyak warna kuning mustard.

Selama 12 tahun bergelar cikgu,  tiap-tiap tahun ada sambutan hari guru.  Namun,  untuk tahun 2019 ni sambutan hari guru sekolah saya lebih istimewa sebab dianjurkan oleh para AJK PIBG dan dilaksanakan 70% oleh murid-murid atau lebih tepat lagi oleh para pengawas sekolah.

Dengan bertemakan kuning mustard,  sambutan kali ni memang terasa perbezaannya.  Pentas telah disiapkan oleh para murid dalam dua hari sebelum majlis.  Biasanya ini kerja para guru,  sikit saja yang dibantu oleh murid.  Mungkin dikatakan majlis kali ni pecah tradisi sekolah kami yang biasanya tak banyak melibatkan murid dalam persiapan majlis.

Bertungkus lumus murid pengawas menyiapkan pentas ni.  Terharu melihat daya usaha mereka ni.  Nampak ceria warna mustard ni rupanya.  Sebelum ni saya memang tak ada baju warna ni. Disebabkan tema maka saya belilah baju warna ni untuk meraikan majlis.


Semasa persembahan pun meriah betu…

Perangai buruk yang kadang-kadang diri sendiri pun bengang

Image
Assalamualaikum semua.

Kita ni memang tak dapat lari daripada berkelakuan pelik atau dalam erti kata lain "perangai buruk" dengan orang tertentu atau pada masa yang tertentu, kan?  Korang setuju tak dengan kenyataan ni?  Eh,  ke saya sorang je macam ni paelnya?  Haha. . Baik mengaku. .

Al kisahnya saya ni kalau bab barangan saya memang pantang orang main redah amik je tanpa tanya elok-elok,  apatah lagi kalau dah amik baru bagitahu.  Memang i hangin satu badan masa tu,  dah kena azan di telinga kiri dan kanan pun ada masa memang tak terasa cool lagi.  Ha,  nampak hasutan syaitan nirojim memang kuat kat ditu.  Memang kalau berlaku gitu,  memang rasa geram sangatla.  Lagi-lagi kalau barang tu baru.  Selalunya memang benda baru, cantik dan mahalla orang berkenan tu kan?  Pesen manusia juga,  suka nau barang orang.

Padahal kalau ditanya elok-elok,  saya ni takla jahat nau.  Sebaliknya boleh jadi sebaliknya.  Kalau orang tanya baik-baik benda yang dah lama, contohnya dia nak pin…

LADAP ke Langkawi

Image
Assalamualaikum semua. . Kembali bersiaran dengan kisah lain.  Fikir nak menulis tetiba saya  teringat pasal Langkawi.  Jadi tercetuslah entry ni.  Panjang kisah Langkawi ni sebenarnya,  hampir dua tahun baru rombongan sekolah kami akhirnya sampai ke Langkawi. .. Hihihi. .

Awal bulan Mac haritu,  kami satu sekolah telah ke Langkawi untuk program Latihan Dalam Perkhidmatan(LADAP). Mula-mulanya semua pergi sebab terpaksa. Dah arahan pengetua, semua kena ikut.  Rasa sayang kena tinggalkan anak selama dua hari. Hihi.. Kalau tak alasan anak,  ada juga yang beralasan lain.  Ada yang rasa tak cukup masa rehat semata mata nak ke Langkawi pada hujung minggu.  Tapi sebab dah diwajibkan,  akhirnya semua pergi je.  Kalau tak ikut,  nanti pentadbir bising.  Relakan ajelah..

Tapi,  bila dah ke Langkawi,  siapa tak seronok ya. . Tak berkira dah pasal duit atau masa. . Sekali sekala dapat keluar dengan kawan-kawan semestinya  seronok.  Terus lupa masalah kerja yang berlambak.   Nampak,  muka semua g…

Siapa hebat?

Image
Sebenarnya ada ke manusia yang hebat ?

#stressdenganorangyanglerasanhebatsangat #diajebaikoranglaintak

Emo pulak entry ni. . Moga Allah beri petunjuk pada insan sebegini ya..  Moga diberikan hidayah-Nya yang maha luas itu. 

Minat seiring dengan usia

Image
Terfikir nak menulis blog tapi tak ada idea pulak apa benda nak ditulis.  So,  meh nak tunjukkan koleksi pokok hijau yang saya ada.  Ha,  cantik tak? Rasanya dah tua saya ni,  sebab dalam dua tahun ni minat tanam pokok. Padahal satu masa yang lalu, saya ni tak pernah pun ambil tahu pasal pokok ke apa.  Apatah lagi nak menjaga pokok-pokok sampai 20 pasu sekarang ni. Sampaikan masa balik kampung pada hujung tahun lalu,  bila balik semula ke rumah ada nampak pokok mati saya dah kemurungan dan sedih.  Memang tak jangka tu perasaannya bila sayangkan pokok. Memang sah saya dah tua ni. 
Inilah pokok pertama yang saya tanam.  Mula tanam dengan petik sikit batang pokok ni dari ruang depan pejabat sekolah. Dah lima kaki panjang tu sekarang. Segar mata memandang, kalau sampai di rumah nanpak pokok ni tergantung segar di laman rumah.  
Cantikkkan...  Jenuh juga masa awal minat pokok haritu. Berapa kali ajak suami ke nurseri di Sungai Buloh. . Mujur dia ikutkan aje minat bininya ni.  
Sesiapa tah…

Pengalaman anak pertama bersunat

Image
Ada tiga anak lelaki ni nampaknya tiga kalilah saya akan menempuh detik ke klinik untuk berkhatankan anak ya.  Mulanya tak ada apa-apa perasaan pun sebagai mamanya.  Dari awal tahun dah kami sebutkan pasal berkhatan ni kepada Naim agar dia bersedia mental dan fizikal bila tiba masanya.  Tanyakan kepada suami,  dia jawab,  "zaman sekarang dah canggih,  tak ada apalah,  kejap je nanti".

Ok,  tak ada apa kan.  Sebaik sahaja cuti sekolah bermula,  kami ke Langkawi.  Dah bagitahu Naim,  lepas balik dari Langkawi ni abang kena bersunat tau.  Jadi nati abang makanlah apa yang abang nak banyak-banyak sebab nanti masa dah sunat tak boleh makan banyak makanan sampai dah sembuh. Dia pulak pada masa tu,  macam tak ada perasaan pun.  Gembira je sepanjang masa di Langkawi.

Dalam perjalanan balik dari Langkawi,  bermula drama si Naim ni.  Tetiba dia menangis meminta simpati mama.  Pada mulanya kami ingatkan sesuatu berlaku bila dia datang mitak dipeluk.  Rupanya apabila ditanya,  dia menj…

MSSM dan cuti sekolah anak-anak

Image
Nampaknya cuti kali ini kami tak ke mana-mana. . Mama kena bertugas untuk MSSM,  ala,  majlis sukan sekolah sekolah Malaysia. . So,  beramai-ramaila kita melepak kat rumah. . Kesian anakanda semua ya.   Tak apalah kan. . Ada hikhmahnya tu.  Lagipun benda berkaitan tugas ni,  takleh kita cakap apa.  Dah namanya makan gaji,  kalau dah kena bertugas tu,  redo ajelah kan.. 
So,  inilah setakat apa yang menarik boleh dibuat sekitar kawasan rumah.  Bawa anak-anak makan makanan kegemaran diorang. 
Tengok kisah keris siamang tunggal.. Kali pertama semua orang fokus sampai rasa macam best sgt kisah ni. . 
Kecutkan diri diorang di wet world. 
Bolehla ya Ahmads.   Jangan jadi orang yang suka komplen,  sebaliknya jadi orang yang suka bersyukur.  Dapat sikit kita gembira dalat banyak pun kita gembira.  Selagi kita sihat dan bersama keluarga,  itu dah baik sangat.    Dapat naik keretapi kat mall pun dah sengeh macam ni..  Bolehlah nak ya. .

Sementara mama dan tugas MSSM.  Alhamdulillah dah selesai…

Diet secara sihat

Image
Saya rasa isu diet ni memang tak dapat dipisahkan dengan perempuan..  Kebanyakan perempuan memang rasa gembira kalau badan tak naik berat kalau dah makn banyak kan?  Kalau naik berat tu mula rasa nak diet.  Ada masanya cakap di mulut je lebihnya,  diet ke laut jugak akhirnya. 

So,  kat sini saya catatkan kejayaan diet saya yang boleh dikatakan sekali seumur hidup saya ni komited dengan diet bersungguh-sungguh.   Alhamdulillah berjaya turunkan berat badan sikit.  Kiranya impian di tahun 2019 ni salah satunya ialah nak menurunkan berat badan yang naik semasa cuti yang lalu.

Apa yang saya amalkan semasa tempoh 14 hari ialah minum banyak air kosong,  sekitar 2.5 L hingga 3.2 L sehari.  Selain tu,  tak minum air manis langsung.  Saya juga hanya makan nasi sekali untuk tengah hari , itu pun dua hari sekali je ambil nasi.  Nasi pun suku aje.   Makanan lain pilih yang dibakar atau sup.. Tidak ambil kuah.  Banyak makan buah dan sayur.  Jajan,  makanan segera,  gula-gula coklat semua tak sentu…

Setahun berlalu

Image
Tarikh last menulis rupanya hampir setahun yang lalu..  Wah,  rupanya masa berlalu cepat sangat.  Pejam celik dah setahun.  Seminggu yang lalu tetiba salah seorang murid saya bertanya ," cikgu , cikgu sekarang dah tak menulis blog ke? "
Kemudian saya pulak dengan nada terkejut tanyakan semula kepada murid tu,  "Eh,  macam mana awak tahu cikgu pernah menulis blog?". Dia pun jawab ," masa saya di form 1 cikgu pernah bagitahu saya pasal blog cikgu tu,  dah lupa ya? "

So,  nampaknya memori remaja 18 tahun lebih baik daripada orang yang dah akhir 30an ni. . Seharian sibuk dengan pelbagai urusan kadang kala memang rasa masa 24 jam tak cukup untuk buat semua perkara yang sepatutnya. .

Bila difikirkan balik,  masa lima tahun berlalu terasa cepat sangat.   Suatu masa dulu murid datang sebagai murid baru tingkatan satu,  sekarang pulak dah jadi lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang. . Cikgu yang dah tua rupanya. 
 Makan sempena meraikan murid dapat A dan A…