Ubah kedudukan perabot

Korang rajin tak ubah kedudukan perabot dalam rumah? Berapa kerap tu? Saya ada kawan yang memang suka mengemas. Dia mengubah kedudukan perabot di ruang tamu sebulan sekali. Rajin betulkan?

Kalau saya, tak berapa rajin nak ubah suai kedudukan perabot, kecuali bersebab baru nak ubah. Raya ke, ada orang nak datang ke, tak pernah nak tukar kedudukan perabot..Ni pun setelah setahun saya duduk kat rumah ni, baru semalam terlintas nak ubah kedudukan sofa dan tv. Nampak lebih lapang ruang tamu ni rupanya dengan susunan baru ni.. Dalam hati terfikir pula nak tukar kedudukan meja makan lak..Rasa lebih elok kalau semua barangan ni berada di kedudukan lain, baru lah ada pemandangan baru...Tapi kena tunggu suami balik kerjalah nampaknya, bukan larat nak angkut sorang diri..

P/s: dah ubah kali ni entah bilalah akan ubah lagi.....saya lagi suka ruang besar dan lapang sebenarnya..mudah nak kemas dan senang anak nak main..

Comments

  1. bab suka alih perabot ni encik laling saya.yg menurut nye anak lelaki saya.kalau duduk2jap dia tarik sofa, tarik itu ini.ayah dia blk pun terkejut.saya pandang je..haha

    ReplyDelete
  2. dulu2 akak suka juga,tp skrg dah malas sikit..hihi,sejak mendapat kedudukan yg lebih selesa,luas & rasa lapang utk anak2 bermain,jadi kekalkan dulu kedudukan yg ada skrg ni

    ReplyDelete
  3. Kakak tak rajin Aisy sebab rumah kakak pun tak besar. Kalau ubah pun sekadar sofa di luar aje..

    ReplyDelete
  4. Kakya kan Cikgu.. Masa budak2 Ada dulu rajin la jugak ubah sana ubah sini.. Ada askar Bettina tu boleh di kerah.. Skarang.. Dah tua2 ni.. Takde mana nye boleh buat.. Pejam mata jer bila rasa sakit mata memandang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. says pun yak sabar nk tgu anak2 lelaki ni besar. Arapnya boleh tolong kemas nanti...

      Delete
  5. kalau ruang besar dan luas leh main alih perabot. cam umah sy ni kecik je, so ubah kecik-kecik jela. bg nampak lain skit aura.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rumah sy pun ruangnya kecil..tu pasal satu tahun baru tukar sekali susunannya.

      Delete
  6. saya pun tak rajin nak ubah2 perabot tapi bila dah ubah mcm2 idea pulak datang hu huu...

    ReplyDelete
  7. bestnye kalau ade ruang yang luas dan besar. rasa lapang, senang nak ubah suai.. hehe

    ReplyDelete
  8. tak rajin sgt nak ubah2 kedudukan perabot...kalo ubah pun setahun sekali

    ReplyDelete
  9. rajin nyeeee
    kalau akk punn x rajin , tunggu raya jee
    tu punn kalau mak ajak ubah ekek ;)

    ReplyDelete
  10. rajin betul..hehe.kanak kanak pun best bermain kalu luas tmpt..:)

    ReplyDelete
  11. akak pun gitu.... kadang2 memang nak ubah selalu perabot.. tapi kadang2 tak de idea dah.. dan2 time ubah perabot tu... fikir nak beli sofa baru..hahahha

    ReplyDelete
  12. haha..ini mmg favourite akak..smpi hubby pun bising..ntahlah mmg suka deko mendeko nih nk pulak kalu ada perabot baru..hehe
    mmg betul ruang yg luas npk lebih kemas dan yg penting anak2 bole bebas bermain dlm rumah kan ^_^

    ReplyDelete
  13. saya kalo lapang memang suka berkemas..tp rumah mak, bukan boleh ubah apa sangat..jap g ada jerr yg mak x berkenan...jd tgu ada rumah sendiri je la ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Cara daftar kad Touch N Go

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1