Lagi tiga minggu jer

Petang yang tenang, berangin dan panas tak terik macam ni best kan? Saya rasa syukur dapat menikmati suasana macam ni di rumah dengan Nazif. Jaga bayi ni nak kena tekniknya. Taklah susah, malah seronok dapat menjaga sendiri anak. Walaupun terpaksa curi masa untuk makan, masak, kemas rumah dan solat, namun insyaAllah semuanya sempat. Cuma kena pandai aturkan masa. Kalau terpaksa, sikit-sikit bagi Nazif menangis takpe, exercise bercakap..hehe..

Tapi, tetiba pula terfikir yang dah tak lama saya boleh menikmati suasana macam ni..Lagi tiga minggu dah nak kena masuk sekolah semula..cuti dah nak habis...oooo tak nak...
Amboi, sedap hati je tak nak masuk kerja semula kan?.. Kalau suami bergaji lima angka tak pelah nak bercita-cita cam gitu.. Jadi kenalah sedar diri dan sediakan mental dan fizikal untuk mula bekerja semula.. Lagipun cikgu ni kerja mulia, aper? Ayat-ayat pujuk diri..

Cuma satu je kena usahakan dalam masa tiga minggu ni, camna nak susukan Nazif? setakat ni dia cuma minum susu badan. Tak lah banyak mana, masa pamkan susu, sikit aje yang keluarnya, tu pasal dia asyik nak menetek aje. Ke pam yang rosak? Bagi susu formula dalam botol dia, setakat ni dia tak nak menyusu.. Macam mana mama nak kerja ni? Kena beli suppliment yang boleh tambah susu ke?

Comments

  1. tak lama lagi sibuk semula la mengajar ek....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..tulah, cepat tul abis cuti 3 bulan ni....

      Delete
  2. 3 minggu je lg ek.. sekejap je yer.. sy plak lg 3 minggu nak bersalin.. :-)

    *emmm nape cakap baby boy... actually saya sndiri pun xtau adik alisha ni baby apa... xnmpak time scan.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ina...kalau pusat terkeluar tu selalunya baby boy...famili sy mcm tu..

      Delete
    2. ooo yeke.. sy selama ni duk ingat seme ibu2 yg mengandung akn terkeluar pusat.. hihii yela, sbb bila tgk ibu2 mengandfung pakai baju, mesti nampak puasat terkeluar.. upenya saya salah la yer... heheh

      Delete
    3. nk kata tepat mcm tu tak pasti juga... apapun, mari kita lihat siapa yg datang nati? baby girl r boy? taklama pun lagi..

      Delete
  3. salam..lg 3 mgu ye, blh wat stok susu dr skrg, sblm pump minum susu dulu. minum cukup air.insyaAllah dpt 4-5 oz sekali perah.LM pki pump bateri pureen je dulu. murah je br 80 kot harga dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks LM.. kena minum susu dulu ye, nati sy try

      Delete
  4. Akak dulu dalam pantang minum air habatussauda..alhamdulillah susu memang banyak...

    ReplyDelete
  5. waa...sonoknya bru dpt baby yer,tahniah2
    klu blh nak bsama ngn anak je kan..x pe la,
    demi anak2 jgk kan...betul tuh,keje cikgu ni..keje
    yg mulia....:-)

    ReplyDelete
  6. xpe..masuk keje sekejap pastu cuti pjg lagi,dah nak hjg tahun,cuti sekolah pula,ada masa dgn anak2 lg..
    nazif xnak menyusu botol ke..susah juga ye..

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts