Posts

Showing posts from April, 2013

Ni yang tak gemar makan di kedai mamak!

Image
Kononnya Papa Naim nak pergi makan tossei atau capati. Saya ikutkan je. Tapi, akhirnya dia pesan mee goreng dan saya pula pesan roti nan. Bab makan tu satu hal. Ikutkan saya, makan tosei, capati atau roti nan ni boleh je, sedap je kalau kena tempatnya..

Yang buat saya tak gemar makan di kedai mamak ni adalah KENAPA, WHY pekerja di kedai mamak ni suka usik, cubit dan pegang pegang anak-anak saya? Naik hangin jadinya..tangan diorang tu bersih sangat ke nak pegang dan cubit pipi anak saya yang comel ni?

Papa Naim senyum, gelak aje. Katanya, biasalah tu, orang geram tengok budak yang tembam. " tak ingat masa Naim kecil dulu? Asyik kena usik je kalau kita makan di kedai mamak di Taman Tun Aminah tu?" amboi, senang je jawabkan...Bininya ni dah tak larat buat muka garang dah, tetap juga pekerja kedai mamak ni datang cubit dan sentuh tangan, pipi Naim dan Nazif. Nazif lagilah banyak kali. Ai, geram betullah...



Ni, ha, si budak yang berkali kali kena cubit pipi dan kena sentuh tang…

Impian dulu, kan?

Bila baca entry Mama JJ petang tadi, buat saya rasa seronok. Teringat akan impian yang tersimpan.. Memang dah lama saya simpan impian nak jadi tauke sebuah kafe yang santai.. haha, budget macam bini orang kaya tuh! haha, impian saya, ikut suka hati saya lah...

Setiap kali tensen kerja cikgu ni, mulalah rancang nak tukar kerja.. Dalam hati kononnya nak buka sebuah kafe yang santai dan lapang. Haha, kononnya macam kafe yang selalu tengok dalam drama Korea tu.. pasang lagu kegemaran saya, hidangkan makanan yang saya rasa paling suka makan, sediakan ruang untuk orang berbincang dan semestinya ada capaian internet. Ditambah dengan ilham dari entry Nas petang ini, saya hari ni tambahkan ciri ruang untuk anak-anak bermain juga di kafe impian saya ni..

Macam mana? boleh hidup tak? Papa Naim cakap tak boleh kaya kalau macam ni rancangannya.... Memang bukan nak jadi kaya raya pun.. Cukuplah apa yang ada, ada kerja boleh dibuat, dengan masa dan kuasa sendiri, saya akan ada masa untuk diri sendir…

Bau macam bulan puasa

Image
Kelakar betul dengar ungkapan macam tu kan? Baru bulan April ni. Lagi-lagi yang cakap tu, Papa Naim yang bukannya budak-budak lagi..

Bukan apa, nak tunjukkan yang dia seronok sangat. Hari ni Atuk (abahnya) memasak makanan yang menggunakan resepi keluarga yang katanya selalunya lauk ni akan dimasak pada bulan puasa. Rasanya ni kali pertama saya merasa lauk ni sejak empat tahun masuk keluarga ni..



Kan dah kata!

Masa maghrib malam tadi saja saya bermanja-manja dengan Naim yang mengekori saya sejak daripada saya masuk je pintu rumah tadi.. Dengan kepala yang terasa berdenyut-denyut dan panas sejuk, saya sesaja cakap dengan Naim "Naim, mama sakit la, sian mama" Korang tahu apa reaksi Naim? Dia letakkan telapak tangan ke dahi saya dan kemudiannya angkat tangan tu.. Lepas tu, dia pun keluarkan ayat yang cukup best.. "Ha, kan dah kata" "Siapa suruh main, kan dah sakit?" Amboi, mentang-mentang bila dia sakit sebab terjatuh, ayat tu yang selalu saya guna, dia guna balik ayat tu kepada saya ye..

anakku, bukan sama sakit sebab jatuh dengan sakit kepala, hai...

Bahaya ada kat mana mana : disamun di tempat parkir

Tetiba saya teringat kes yang berlaku kepada rakan di sekolah saya tiga hari yang lalu. Semoga dengan perkongsian ini boleh kita semua manfaatkan.

Hampir 32 tahun kehidupan saya ni, alhamdulillah tak pernah lagi saya alami sendiri kejadian disamun. Walaupun semasa pernah menyewa dengan rakan-rakan semasa belajar dulu, ada sekali rumah sewa kami dimasuki pencuri semasa kami tidur, tapi sekurang-kurangnya kami tak rasa trauma sebab dah sedar kehilangan barang bila bangun tidur. Kelakar pun ada bila difikirkan, macam mana boleh tertidur sampai tak sedar langsung orang masuk ke rumah. Mujur tak diapa-apakan kami..

Berbalik kepada kisah rakan saya ni, perempuan 30an, bujang dan seorang diri pergi membayar bil selepas sesi persekolahan berakhir. Pastinya dah malam, sebab sekolah pun 6.50 pm berakhir, dia pula antara orang yang selalu keluar lewat dari kawasan sekolah.

Malang tak berbau. Selepas dia selesaikan urusan, dia pun masuk ke kereta untuk pulang ke rumah. Korang tentu tak sangka, ke…

Boleh ke mendidik sambil mengugut anak?

Dalam entry ini saya ada bagi tahu situasi semasa dua putera comel kesayangan saya.   Saya sebenarnya rasa seronok dan sedikit kerisauan saya berkurang setelah ramai rakan yang memberikan komen positif tentang situasi yang dialami tu. Dalam hati tentulah sentiasa saya berdoa semoga kedua dua adik beradik ni akan ada hubungan yang mesra. Bukan apa, yang korang nyatakan dalam komen tu memang saya sendiri pernah alami.. Demo ni menurun mok dia kot...

Korang nak tahu, masa kecil dulu, saya dengan adik saya memang macam anjing dan kucing.. Boleh kata 12 jam sehari bergaduh, kalau hari cuti boleh jadi 18 jam sehari kalau sesuai memang akan bergaduh... Malah, masa saya berumur 5-6 tahun pernah saya dibawa ke klinik pada waktu maghrib kerana luka di kepala disebabkan kena pukul dengan arieal tv oleh adik saya.. Sikit aje lukanya, cuma darahnya banyak, doktor pun gelakkan kami masa tu, ikut cerita ayah sayalah.. jadi korang tahulah situasinya macam mana kan?
Kembali kepada tajuk hari ni, dalam hati say…

Selipar mama sakit

Image
Malam tadi kami makan kat luar. Keluar je dari kereta, Naim beberapa kali meminta saya tukar selipar jepun yang dipakai. ada ke patut, dia tak nak bagi saya pakai selipar ni sebabnya dia kata " ni selipar mama sakitlah"... "mama tukarlah"..
Kuat betul ingatan Naim ni. Saya pernah pakai selipar ni bulan 8 tahun lepas semasa melahirkan Nazif.. Selepas itu, memang tak pernah saya pakai lagi sehingga malam ni.. Kebetulan malam ni pada mulanya memang agak terasa sakit kepala, jadi saya sengaja tak nak pakai wedges yang biasa dipakai tu.  Si Naim ni tahu ajalah, memang jenis setia orangnya..hihi. istilah positif untuk kanak kanak macam dia yang memang mengecam barang kesayangan dan kebiasaan dipakai.. kalau korang jumpa Naim kat luar, korang agaknya akan gelakkan dia, asyik pakai jeans yang sama.. memang gitu orangnya.. Nampak je kering jeans kegemaran dia, memang dia nak pakai seluar tu.. Jadi, kalau kami pun. pakai barangan yang jarang dipakai, dia pun komenlah, tak…

kawan yang baik tak semestinya ramai

Korang setuju tak dengan kenyataan ni.. Alhamdulillah kalau kita dikurniakan sahabat, kawan, rakan atau teman yang baik daripada beratus ratus atau beribu ribu orang kenalan kita. Alhamdulillah. Memang, memang dan hakikatnya sukar kita nak dapat SEORANG sahabat yang baik.

kawan yang hai hai, bye bye memanglah ramai, kan? Masa di depan kita semuanya ok je, kalau di belakang kita kot-kot dia yang sebenarnya kuat lagi mengutuk kita tak kena di sana  sini..itu yang kita tak nak, salah percayakan orang, kita yang teraniaya...

Kawan yang baik ni, bukan sahaja menghilangkan atau mampu berkongsi tekanan kita. Malah insan yang baik ni ada masanya tak terjangkau pengorbanannya kepada kita. Tak sangka, kan?

Jom, kita sama sama jadi sahabat yang baik, semoga kita juga akn dirahmati oleh Allah dan akhirnya dapat juga sahabat yang baik kepada kita...

p/s : terima kasih  kepada sahabat yang pernah dan masih lagi baik kepada saya.. terima kasih juga kepada rakan rakan blogger yang baik sentiasa berku…

aksi lewat malam

Image
dua hero yang suka berjaga malam.. dah pandai dah Nazif berjaga sampai pukul 1 pagi untuk main. adoi, mamanya yang letih.. Masa dua beradik ni elok main manja manja, best lah, Ada masa yang lain, depa ni bergaduh, mama yag tak tahan.. Nazif pun pandai dah ambil barang Naim dan kalau Naim rampas balik, dia tahu jerit dan buat gaya macam tak nak lepaskan barang tersebut.. ai, anak lelaki...

Mama pun tak sempat lagi guna cawan dan sudu penyukat ni, diorang ni dah buat mainan. sah sah sudu dan cawan ni lepas ni kena sorokkan daripada diorang..

Semoga kedua duanya akan jadi adik beradik yang mesra hubungan diorang.. Risau pun ada kadang kadang, sebab diorang ni macam mula belajar gaduh. Naim tak nak kongsi barang dia, suka tolak adik sementara Nazif pun nampaknya boleh tahan. Apa yang abangnya main, dia pun nak main juga...

Kegemaran baru

Image
Mempelbagaikan minuman kegemaran..
Sebelum ni saya kurang gemar minum kopi kerana merasakan kopi ni pahit.

bila difikirkan balik, atau mungkin juga saya jatuh hati dengan kopi ni setelah terpengaruh dengan rakan baik, Zilla, yang gemar minum kopi, kopi ni sebenarnya taklah pahit mana.

Pahit, manis dan aromanya menarik.
Kehidupan kita pun, tak semestinya nak kena sentiasa manis sahaja kan?
Boleh kena kencing manis atau diabetes nanti, bahaya juga..
Daripada kepahitan kita boleh belajar erti sebenar kehidupan..
Lagipun kita boleh tentukan tahap pahit, manis dan aroma yang kita nak...
perancangnya, pembancuhnya kita, kan?

ooo...sedapnya minum kopi panas.. jom

Nazif's first taste of juice

Image
Anak dah dua baru saya jumpa benda ni.. comel tak warnanya? tak sangka pula ada alat untuk memudahkan kita untuk bagi anak kecil makan dan merasa jus buah dan sayur.. Tak payah nak blend buah kalau nak ajar anak merasa jus, macam yang saya lakukan  masa Naim kecil dulu. Padahal diorang yang kecil ni bukannya akan makan dalam kuaniti yang banyak pun... Gigit jejaring tu jus akan keluar dan yang hampasnya akan tinggal kat dalam jejaring tu.
Kebetulan terjumpa alat ni, saya beli petang tadi dan terus sebentar tadi bagi Nazif cuba.  Nampaknya Nazif cukup suka gigit benda ni,..  Tengoklah gayanya masa makan tadi. Bersungguh sungguh dia gigit dan tak nak bagi papanya tolong pegang, sebaliknya dia pegang sendiri. Epal dua potong kecil yang dimasukkan ke dalam jejaring tu habis dia gigit.
Hari ni Nazif rasa epal merah yang manis. Esok nak cuba apa pulak ye?

Bila lakiku rampas kuasa

Semenjak ada anak ni, kalau saya keluar selalunya lebih banyak saya pakai tudung yang ada awning walaupun saya sebenarnya rasa muka lagi comel kalau pakai tudung bawal. hihi, jangan korang termuntah baca ayat ni ye.. nak terangkan pada korang minat saya tentang tudung yang dipakai sebenarnya. Lagi senang diuruskan sebab utamanya.. Selalunya kalau saya pakai tudung bawal pun sebab tak ada tudung berawning yang color sama atau memang hari rajin nak gosok tudung.. Hari ni, korang tahu? baru nak capai tudung awning yang berwarna merah, saya tengok dah renyuk awningnya.. ooooooo... tak syak lagi... ni mesti kerja suami saya yang basuh baju... dia kutip dua tudung dan masukkan sekali ke dalam mesin basuh... malas nak whatapp atau sma tanya dia.. balik nanti nak minta dia ganti je.. hehe, ada alasan nak tudung baru nanti.. 

Jom jadi wanita paling bahagia

Image
Kalaulah setiap hari pun hari Jumaat kan best? Memang dasar pemalas, kan? Saya lah tu.. Hari Jumaat menjelang, rasa seronok je sebab esok dan lusa akan cuti.. Tak kisahlah kalau hari Sabtu esok ni saya kena menghadiri pertandingan kawad kaki dan kena masuk mesyuarat PIBG. Yang penting dapat cuti daripada menghadap budak nakal. Ni mood lepas terselamat daripada naik gila disebabkan kelas terakhir yang macam hantu je penghuninya petang semalam..

Kebetulan tadi saya ternampak buku motivasi yang saya beli masa cuti hari tu...tak sempat baca semua lagi, tapi antara kata-kata menarik yang boleh dipetik daripada buku ini, saya tuliskan di sini.. jom kita manfaatkan bersama..

Keindahan hidup dapat dinikmati oleh orang beriman. Manakala akhirat jadi keutamaan bagi orang yang bertakwa. Mereka itulah yang paling bahagia.. Jadikanlah sesuatu yang merugikan menjadi sesuatu yang menguntungkan Kata orang, hidup itu sememangnya sukar dan membuat wajah menjadi murung. Aku katakan teruslah tersenyum, b…

Resepi kuah laksam

Korang suka tak makan laksam? Di Kelantan, Terengganu dan saya baru tahu di Kedah juga ada laksam rupanya. Hari ni memandangkan Kak IntanFirdaus minta resepi kuah laksam ni, saya gigihkan diri taip entry ni. ( memang tak bebas lagi dari sikap malas, haha). Kena banyak amalkan doa hilangkan sikap malas dalam diri ni..

Kalau google, resepi kuah laksam ni ada pelbagai versi. Harapnya Kak Intan sukalah makan versi yang saya buat ni. Saya buat dengan tunjuk ajar famili saya. Kalau agak tak kena dengan selera akak, akak ubahsuailah sikit yang berkenaan, boleh? ubahsuai banyak pun tak apa...

Bahan bahan : ( untuk 4-5 orang makan)

5 ekor Ikan saiz sederhana ( pilihan kami ikan selayang,  tenggiri atau kembong)
santan setengah kilo
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
halia
lengkuas
lada hitam
garam dan gula
3-4 asam keping

Cara memasak:

1. Mula mula rebus ikan dengan asam keping dan sedikit garam.
2. kisarkan isi ikan dengan santan. Dah hancur, masukkan bawang dan halia.
3. Asam keping yan…

Doa menghilangkan sikap MALAS

Image

Yey, cuti!

Image
Apa hal saya bersorak sebab cuti hari ni? Terpaksa saya mohon cuti sebenarnya. Tak tipulah, sebenarnya dalam hati ada sikit rasa seronok sebab tak payah ke sekolah. hihi, normal, kan? Tapi, risau juga cuti ni sebab beban kerja yang kena buat akan pasti bertambah kalau tak datang sehari pun ke sekolah...

Sebab terpaksa ambil cuti hari ni ialah kerana Comel sakit mata. Pihak taskanya tak nak terima dengan alasan takut berjangkit kepada anak anak lain. Jadi, inilah kesannya.

Cakap pasal cuti ni, saya ada kisah dan pengakuan nak dicerita dengan korang. memandangkan ada masa sekarang ni Nazif tengah tidur bolehlah saya update blog sikit, kan? Dah alang alang bercuti hari ni...

Saya ni kalau tak betul betul sakit atau ada hal kecemasan, memang payah nak cuti. Walaupun selalu tensen dengan kerja, walaupun masa mengandung alahan penatnya, tapi memang tak pernah cuti disebabkan sakit sikit je. Malah tahun lepas, masa tengah alahan pun tak pernah saya ambil cuti tau. Cuma pengakuan saya pasal c…

Petua saya semasa anak tak nak berenggang

ooo...akhirnya hari ni akan kembali bekerja setelah seminggu bercuti..Lama bercuti ni ada juga kesan yang kurang positif. Anak-anak saya ni bila mama diorang 24 jam ada di depan mata, mulalah macam macam halnya. Tak kira Naim atau Nazif, kedua-dua pun macam bergayut je di kaki mama ni. Ai, sampaikan nak ke tandas pun payah.

Naim himpit dari kiri, kanan, depan dan belakang ikut suka hati dia. Sikit-sikit nak tanya mama, nak apa mesti nak mama ambil dan nak ke mana mesti kena ada mama. Nazif lak tak boleh nak jauh daripada mamanya langsung. Kalau jauh, meraunglah dia. Sampaikan kalau papanya pegang pun masih lagi dia meraung. Yang kelakarnya bila saya lalu dekat dia semasa dia menangis di pangkuan papa, dia diam dan siap siap hulurkan tangan macam suruh saya ambil dia. Hai, usia baru nak cecah 8 bulan dah pandai macam ni...

Petua saya nak tidurkan diorang ni bila situasi saya macam ni, ialah selimutkan diorang dengan baju yang ada bau saya. Maknanya baju yang dah dipakai (baju belum ba…