Pengecualian cukai pendapatan ke atas bonus

PUTRAJAYA 17 Okt.- Tindakan mengecualikan cukai pendapatan ke atas bonus yang diterima penjawat awam boleh memberi kesan terhadap hasil pendapatan negara, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr. Ali Hamsa.
Ini kerana, jika dilaksanakan, pekerja sektor swasta juga berhak ke atas pengecualian itu sekaligus memberi kesan kepada hasil cukai negara, katanya.
"Pengecualian cukai pendapatan itu juga tidak memberikan manfaat kepada penjawat awam yang berpendapatan kurang daripada RM2,700 yang sememangnya tidak membayar cukai," katanya pada majlis perjumpaan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dengan kepimpinan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) di sini, hari ini. - BERNAMA

Apa reaksi: seronok atau geram?

Comments

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts