Kalau dah bukan rezeki, yang ditangan pun boleh jatuh

Pernah dengar ungkapan macam tu? Mak saya selalu cakap macam tu. Hari ni agaknya hari yang menduga keimanan saya. Sesuatu yang sepatutnya saya boleh dapat, yang sememangnya pasti boleh dah, tetiba orang lain lak yang dapat. Berlaku depan mata pulak tu. Tergamam tapi buat-buat relax lagi. Tak nak mengeluh sebenarnya, tapi rasanya kena juga luahkan secara tak langsung supaya diri dan hati ini akan cepat lupakan apa yang telah berlaku tadi..

Sememangnya hidup ini penuh dengan perkara yang tak terduga, kan? Kalau kita kuat, insyaAllah akan dapat menempuh tak kira apa yang berlaku dengan baik. Buat sesuatu yang boleh mengalih perhatian kita daripada terus terganggu dengan perkara yang telah berlaku. Kalau Allah dah takdirkan sesuatu tu milik kita, pasti akan jadi hak kita juga. Tapi, kalau dah bukan takdirnya milik kita, tentu tak juga menjadi hak kita.

Hiburkan hati, tadi masak nasi dan sayur campur suka hati.... kailan campur carrot perisa belacan..

Comments

  1. wahhh kailan campur carrot perisa belacan sedap wooooo

    ReplyDelete
  2. Oiiiiiiiiii sayur campur goreng belacan le tu yer..

    ReplyDelete
  3. ya la...kalo dah nama bukan rezeki, bukan hak kita, memang macam tu....kalo dh nama bukan jodoh....esok nak nikah hari ni tunang meninggal ke, cabut lari ke...


    sabar yea ^_^

    ReplyDelete
  4. btol la. tak ade rezeki kan.harap tabah la yea.maybe ade rezeki lain yg tak di sangka tu

    ReplyDelete
  5. kadang2 tu, rezeki yg dh msuk mulut pun blh terkeluar kembali..

    ReplyDelete
  6. insyaAllah..akan ada rezeki lain yg lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..Allah nk bagi yg lebih baik....

      Delete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular posts from this blog

Bila rasa pedih luka operate akan hilang?

Drama Hadiah @ Komsas Tingkatan 1

Kuih bakul limau mandarin @komsas tingkatan 1