Posts

Showing posts from August, 2016

Belajarlah realiti hidup, anakku

Image
Malam ni kami satu famili berada depan tv menyokong perlawanan DLCW. Pada mulanya yang nampak bersungguh ialah Papa N. Tapi, bila game makin rancak, tak sangka Naim mula menunjukkan minat dan dia tak lepaskan pandangannya dari kaca tv.

Anak kecil 6 tahun ni dah tahu nak bergembira setiap kali si baju biru(itu yang digelarkan kepada LCW), mendapat mata. Malah, Naim juga sangat bersedih bila Cheng Long mendapat mata. Yang paling saya terasa adalah bila Naim bersedih apabila diumumkan China menang. Gaya dia bersedih dengan menutup muka, sambil berkata "kenapa biru tak menang, jahatla si merah ni". 

Duhai anakku, inilah realiti kehidupan..  Tak semua perkara bakal berlaku mengikut kehendak kita. Kalah, menang semuanya kuasa Allah menentukan. Begitulah juga harapan mama papa yang tinggi pada kamu, tiap hari doakan yang terbaik buat kamu! Tapi, andai kamu gagal atau tak mencapai tahap yang terbaik, kami tetap sayang kamu, kami tetap menyokong kamu, kami tetap percayakan kebolehan kamu!

B…

Not so baby anymore

Image
Alhamdulillah hari ni 7.8 genap usia Nazif empat tahun. Pada tahun 2012, si kecil ni lahir secara pembedahan pada pukul 7.28 pagi setelah mamanya cuba bersalin secara normal selama dua hari menahan sakit on dan off. Dah rezki macam tu, syukur sahajala apa yang ada. Asalkan mama dan anakanda sihat sahaja. Walaupun dua anakanda ni sama lasak dan aktif, alhamdulillah saya lega sangat sebab diorang ni takla lasak sangat. Kategori anak lelaki sihat dan cergas sahaja. Suka bergurau senda, berebut pun ada masa. Malah kalau masa baiknya, memang sweet sangat. Moga keadaan ni berterusan hingga korang besar nanti ya. 

Si kecil ni kalau bab makan memang selalu buat mamanya gembira. Makan nampak sedap je walau mama masak mudah. Kata orang, orang yang tak memilih ni jenis murah rezki kan, moga makbullah kata-kata tu. 😘😍😍
Kejadian Isnin, 25 Julai yang lalu, Nazif demam dan muntah sehari sebelum tu sehingga diminta ke hospital untuk pemeriksaan darah. Maka berkampungla di wad kecemasan, zon kuning s…

Tipulah kalau kata mama tak harapkan yang hebat

Image
Petikan daripada drama korea yang saya tonton sekarang
" Tipulah kalau saya tak mengharapkan perkara yang hebat-hebat untuk anak-anak saya".Rasanya cukup bermakna konflik yang ada dalam drama ni. Walaupun kedua Ahmad ni masih kecil, namun rasanya dugaan nak membesarkan anak tidakla mudah dan pasti pelbagai halangan yang tak terjangka bakal di hadapi semasa ke semasa.Sebagai mana kita pernah merisaukan ibu bapa kita, anak-anak kita pasti buatkan kita mengalami fasa yang sama. Apa yang pasti, kita cuba yang terbaik dan doakan yang baik-baik untuk anak-anak kita.  Doa ibu pastinya yang ayat yang terbaik!