Beza setelah jadi ibu 2 anak

Tentulah ada bezanya kan? Saya perhatikan diri dan persekitaran dah ada beberapa perbezaan.

Pertamanya, lemak bertambah. Entah macam mana lemak melakat terutamanya kat perut ni. Maklumlah dah dua kali operatenya, manja ni malas nak beredar agaknya..ai, dah tak adalah orang yang puji, " ko ni tak ada perut," macam dululah nampaknya. Walaupun pernah timbang beberapa minggu lepas berat tetap sama macam berat sebelum mengandung kali kedua, masih lagi 45kg, rasanya penimbang tu salah kot...

Kedua, baju-baju atau seluar yang dulu macam baju pinjam sekarang dah jadi baju dan seluar sendiri. Faham ertinya? Memang badan dah naik sikit. Bra yang lama pun tak leh pakai dah, sebab menyusukan Nazif ni faham-faham lah keadaannya.

Ketiga lak, sekarang bak kata P Ramlee, saya makan tak berapa kenyang, mandi tak berapa basah dan tidur lak konfem tak berapa lena. Apa taknya kalau Nazif yang comel ni menangis, takkan nak buat tak tahu je tidur mati atau terus suap makanan. Sungguhpun boleh bergilir dengan suami pegang dia, namun naluri keibuan ni tak tahan dengar dia menangis lama. Naluri kebapaan tahla macam mana, sebab saya tengok papa N ni kalau saya dah ambil alih Nazif ni dia selamba je makan pelan-pelan..huhu, jangan dia baca ni sudah...bang, tak risau sebab dah ada isteri yang baik jaga anak kan???

Beza yang keempat pulak, pengurusan masa. Sekarang dengan masa ni memang tak leh main-main. Umpama emas, saya bangun je terus mandi, takut tak sempat mandi kalau suami dah pergi kerja jadi tak ada sesiapa tengokkan Nazif. Sama juga masa Nazif tidur atau duk main elok, mana kerja yag sempat dan patut dibuat, saya cepat-cepat buat. Contohnya soalan PBS yang saya tengah taip ni, dengan mengejar masa buat sesambil jaga Nazif tak sangka dah nak hampir siap..Kagum betul, tak sangka cepat juga siapnya.. Bila kita nekad dan bersungguh-sungguh, banyak kerja jadi mudah kan?

Itu jelah yang ketara bezanya. Ada lagi, tapi tak sempat masa nak taip, saya nak sambung buat soalan PBS lak...

Comments

  1. harap2 saya dpt merasa pengalaman menjadi ibu

    ReplyDelete
  2. saya pun nak jdi ibu...mohon dapat jodoh =)

    salam kenal....dari segmen adam azra ^_^

    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2012/10/segmen-jom-blogwalking.html

    ReplyDelete
  3. SEMAKIN LAMA SEMAKIN BERPENGALAMAN.. LEPAS NI BOLEH TULIS BEZA LEPAS DAPAT 3 ANAK PULAK.. HEHEH


    JOM JOIN GA BE NUFFNANG

    ReplyDelete
  4. Nur: amboi, tu entah bila lah.

    Xda perancangan lg nk tmbh..

    ReplyDelete
  5. mesti best kan jadi isteri jadi ibu ..
    nak kawin jugakk :D

    ReplyDelete

Post a Comment

KOMEN SEPATUTNYA SESUATU YANG DIFIKIR SESUAI...



Popular Posts