Monday, 17 June 2013

Tak beli tak kena, beli pun tak kena

Kereta mainan yang Naim beriya iaya nak beli ni nampaknya tahan lasak juga. Dah lebih tiga jam Naim main, kereta ni masih lagi dalam keadaan baik. Kereta kawalan jauh dengan kuasa lima biji bateri AA ni taklah mahal pun harganya.

Koleksi kereta mainan Naim memang cukup banyak. Tapi, antara banyak banyak tu boleh kira bilangan yang cukup sifatnya, sebab selalunya Naim memang akan 'repair' kereta yang dibelikan tu. Ada yang tak ada tayar, ada yang tercabut pintu, ada yang tanggal pelekatnya dan macam macamlah yang jadi..

Tu yang kagum sangat tengok kereta ni masih lagi dalam keadaan baik, sedangkan dah bermacam gaya Naim cuba. Dia letak kat atas meja dan gerakkan kereta tu jatuh ke bawah, buat gaya stuntlah nampaknya.
 
Mula mula tadi dia buat gaya langgar sana sini berkali kali. Bila langgar je dinding, kaki mama atau kaki adik, dia gelak seronok.. Mamanya pula yang macam tarzan asyik jeritkan Naim supaya main elok elok.. Adoi, memang bikin panas tul.. Bak kata Mama JJ, kena jadi tarzan bila dengan anak-anak..samalah kita nampaknya..
Nampak mahir juga Naim kendalikan kereta ini. Budak - budak kan? tahu aja permainan dia, tak diajar pun tahu nak kendalikan...

Naim: Sampai puas mandi

Kisahnya, semalam tu lepas je balik daripada sukan tahunan sekolah tu saya cepat cepat berkemas. Dah lama simpan niat di hati nak bawa Naim mandi puas-puas di Gold Coast Morib.  Sian anak mama ni ye, pantang tengok air pancut atau kolam mesti minta nak mandi... Bukan jauh pun, tapi masanya yang asyik tak sesuai je. Jadi, hari Jumaat hari tu tengah berpanas di Stadium Negara Panasonic tu tetiba saya terfikir, nak kena pergi jugalah Ahad ni. Sebabnya, tiket groupon yang dibeli dah nak habis tempoh. Daripada rugi cam tu je, tak elok kan? Itulah kalut jadinya, bertolak dari rumah pun dah pukul 3.20, jadi kami sampai pun pukul 4 lebih.



Lepas solat asar je terus semua turun ke tempat mandi. Naim, seperti yang dijangka, seronok betul dia. Sejam pertama masa main air tu, macam histeria dia menjerit setiap kali badan cecah air.. Rasa rugi pula tak rakamkan senyuman seronok Naim saat tu. Tak bawa turun kamera sebab kononnya semua pun nak mandi. Tapi, Nazif pula takut air. Mama pun tak jadi mandi manda sebab Nazif memang menangis kalau cuba bagi dia kena air. Ai, budak kecik ni.. Dia seronok tengok orang main je. Siap lambai lagi pada orang yang lalu lalang.

Malam pula kami ke Pantai Bagan Lalang untuk makan malam. Masa makan tu, dua beradik ni tidur. Agaknya penat main air banyak petang tadi. Tapi tidaklah romantik jadinya makan malam mama dan papa ni. Seorang pangku Naim dan seorang pangku Nazif. 

Tiket yang saya beli ni termasuk sarapan pagi. Tapi, tempat makannya bersebelahan dengan kolam mandi. Ini maknanya tak senanglah kami nak makan. Naim bukan nak makan pun, asyik ajak ke tempat mandi je.. Jadi, nak menunaikan hasrat Naim, papanya bawa Naim mandi lagi sebelum check out. Saya dan Nazif kali ni tak ikut, sebaliknya kami main air di jakuzi dalam bilik.
seronok Nazif main air agaknya, lepas tu dia tidur agak lama sementara kami menunggu papa dan abang balik ke bilik. 

Habis hati nampaknya Naim kali ni. Dapat mandi puas puas sampai dia yang minta nak naik ke bilik. "Naim penat, jom masuk bilik"' katanya. Sempat lagi dia minta papa belikan kereta mainan sebelum balik. 

Naim gembira, Nazif senang hati makanya mama dan papa pun gembira. Taklah rasa bersalah asyik sibuk bekerja saja pada beberapa minggu yang lalu.

Sunday, 16 June 2013

Benci betul kalau tak boleh tidur

Korang ada mengalami simptom macam saya tak? Saya ni kalau ada hal penting esoknya, malam tersebut tu memang payah nak lelapkan mata. Tadi asalnya saya dah tidur lebih kurang pada pukul 1.20 am tapi disebabkan terkejut, ni dah mula segar mata dan pusing kiri, pusing kanan pun tak ada mood nak teruskan tidur..baru pukul 3.40 am..

Cepatlah berakhir debaran untuk hari esok.. Semoga acara akhir esok berakhir dengan baik.. Nak letak jawatan sebagai guru ketua rumah sukan dengan jayanya untuk tahun ini... Semoga rumah sukan saya masih lagi juara bertahan untuk tahun ni.....cikgu pun berdebar woooi... masa jadi pelajar, tak minat bersukan pun, dah jadi cikgu tak boleh tidur masa hari ada sukan tahunan pulak... adoi...